Chapter 1

Mystery & Detective Completed 7108

Bab 1

- Untuk tempoh selamanya, biar aku jadi misteri –

Beg laptop aku galas dan tangan kananku menjinjing beg kecil yang aku letakkan kain telekung. Peluh berjejeran di dahi. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga tanpa menghiraukan Mary dan Hawa yang sibuk berbual tentang novel. Kutahu jam sudah menginjak pukul 5.45 petang dan sekolah makin lama semakin sepi kerana kebanyakan pelajar dan guru sudah pulang. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mempunyai kelas tambahan sehingga pukul 5.30 petang pun sudah pulang.

“Aku penatlah.”

“Kau ingat aku tak penat?” soalku kepada Mary.

Wanita Cina yang menganut agama Kristian itu sengih.
“Kalau budak-budak tak dapat straight A dalam PMR dengan SPM memang nak makan penampar aku sungguh,” tambah Hawa.
Aku kematian kata. Langkah tetap dihayun. Kini berjalan menuruni jalan tar yang agak curam. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati.
Dan tiba-tiba pandanganku dilabuhkan pada sebuah rumah agam tiga tingkat yang terletak di tepi sekolah. Halaman rumah tersebut dipenuhi dengan lalang. Pintu pagar rumah tersebut tidak tertutup rapat.

“Fahat, kau tengok apa?”

Mataku jatuh pada wajah Mary.

“Aku tengok rumah tu.”

Wajah Hawa dan Mary berubah. Dahiku berkerut.

“It’s a haunted house, y’know. Do you know the story ‘bout the house?” soal Mary kepadaku.

Keningku terjongket sebelum kepalaku digelengkan.

Banyak khabar angin tentang rumah agam tersebut namun aku tidak ambil pusing sebab aku takkan ambil tahu benda yang bukannya urusanku namun prinsipku tiba-tiba berubah hari ini. Seolah-olah ada magnet yang menarikku untuk memandang rumah itu dan mengetahui kisah di sebalik rumah itu.

Mary tarik nafas.

“Ceritanya bermula lima tahun yang lalu.”

Dan Hawa terus tolak kepala Mary. “Boleh tak cakap straight to the point je? Kau bukannya nak masuk pertandingan bercerita bagai.”
Mary sengih.

“Sorry, sorry.”

“Cepatlah cerita,” gesaku tidak sabar.

Gadis itu mengangguk. Riak wajahnya kosong. Bola matanya berlari memandang rumah agam yang lengang itu.

“Ada seorang lelaki bina rumah tu lima tahun yang lalu dan siap setahun lepas tu. Orang cakap dia bina rumah tu sebab rasa kasih kat bini dia. Alah! Macam Kellie’s Castle tu. And lelaki tu ada seorang anak lelaki. Masa tu, anak lelaki dia umur 25 tahun. Tapi kalau dia ada sekarang ni, dah umur 29 tahunlah. Sebaya aku, tua empat tahun daripada kau dan tua tiga tahun daripada mek Hawa ni. Hari yang sepatutnya lelaki tu bagi kejutan kat anak dengan bini dia, dia dengan bini and anak dia terlibat dalam kemalangan depan rumah tu. Langgar lori minyak. They died. Rentung.”

…bersambung
Bab akan datang:
Apakah kisah mengenai anak lelaki tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience