Chapter 3

Mystery & Detective Completed 7108

Bab 3

Daun pintu aku tolak berhati-hati. Peluh merenik di dahi. Jantungku berdetak laju. Hari semakin gelap. Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Sudah tiba waktunya untuk malam menggantikan siang dan aku telah melakukan satu kerja gila! Kalau Hawa dengan Mary tahu mesti aku kena marah punya. Sengaja nak cari masalah.

Selepas hampir separuh perjalanan pulang ke rumah, aku berpatah balik. Memakirkan kereta di hadapan sekolah dan berjalan kaki ke rumah agam tiga tingkat yang terbiar di tepi sekolah.

“Assalamualaikum,” ucapku perlahan sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.

Langkahku diatur dengan penuh berhati-hati. Aku memandang sekelilingku. Bersih. Langsung tidak bersawang. Beberapa keping gambar tergantung elok pada dinding rumah. Setibanya aku di satu ruang yang sangat besar yang kuagak ruang tamu, langkahku terhenti. Rahang bawahku jatuh. Ruang tamu itu sangat bersih mengalahkan ruang tamu rumah aku. Sofa-sofa dan meja makan dilitupi kain putih.
Kepalanya didongakkan. Memandang siling ruang tamu. Terdapat chandelier putih.

Ni memang rumah terbiar ke?

Namun tak dapat kunafikan rasa seram tetap bertandang di hatiku. Aku menggosok lenganku. Seluruh rumah ini gelap tanpa cahaya. Suram.

Cuping telingaku tiba-tiba saja menangkap suara orang berdeham. Aku tersentak. Mataku membulat. Aku menapak ke belakang.

“Kau buat apa kat sini?” tanya satu suara kasar.

Tubuhku kaku. Mulutku terkunci. Hanya memandang lelaki yang aku lihat sebentar tadi melompat dari aras dua. Dia berdiri di hadapanku. Aku melihat wajahnya yang pucat. Seperti tadi, renungan itu sangat tajam.

“Makhluk mana bagi kebenaran untuk kau jejakkan kaki ke dalam rumah ni?” Sekali lagi dia bertanya.

Dan aku tetap terdiam. Tubuhku menggeletar.

Fahat, kau memang sengaja nak cari masalah.

Lelaki itu meluru ke arahku. Dalam sekelip mata, hujung pisau menyentuh anak tekakku. “Kenapa kau masuk sini?”

“Sa… saya.”

“Saya apa?” tengkingnya.

Kus semangat aku. Mangkuk betul hantu ni. Main tengking-tengking pulak. Ni mesti masa hidup pun tak reti nak bersopan.

“Le… paskan pi… pisau ni. Sa… saya tak bo… boleh n… nak cak… cakap.”

Dia merengus kasar. Pisau dijatuhkan. Lelaki itu melompat ke atas meja makan dan duduk bersila.

“Kau ni gagap ke apa? Cakap tersekat-sekat.”

Aku bukan gagaplah. Cuma takut. Kang tak pasal-pasal dia bunuh aku. Aku tak mahu jadi hantu sekali dengan dia.

“Now, tell me. Kenapa kau masuk sini?”

“Saya nampak awak petang tadi kat tingkap. Saya tertanya-tanya pasal awak. Tu yang saya masuk sini.”

“Kau ni perempuan yang aku nampak kat tepi sekolah tu tadi kan?”
Kepalaku dianggukkan laju.

“Err… awak ni manusia ke hantu?”

…bersambung
Bab akan datang:
Aku mampu berckap dengan makhluk tersebut. Adakah itu manusia ataupun hantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience