Chapter 7

Mystery & Detective Completed 7108

Bab 7

Kedua-dua belah kakiku dibawa dekat ke dada. Angin pagi menyapa kedua-dua belah pipi. Dia di sebelahku tetap asyik melihat awan. Terleka dengan keindahan dunia. Sehelai rambutnya yang terjuntai di dahi tidak dipedulikan. Wajahnya ceria tanda bahagia. Aku berjaya akhirnya. Membawa dia keluar dari dunianya. Dia mungkin suatu misteri bagi orang lain namun tidak bagi aku. Dia cuma manusia biasa.

Fahat, kenapa dengan kau? Kenapa kau tolong lelaki ni sebenarnya? Niat kau apa?

“Malam tu. Malam accident tu. Aku tak naik kereta sekali dengan mak and ayah aku. Orang salah faham. Orang ingat aku ada sekali. Masa kereta meletup, aku baru sampai. Aku tak boleh buat apa-apa. Yang aku tahu hanyalah lari masuk ke dalam rumah dan duduk diam-diam. Lepas tu nangis.”

Rupanya yang dikatakan Mary tidak semuanya benar. Heh. Nama pun khabar angin. Kalau khabar betul, mestilah betul.

“Aku marah masa kau datang tapi bila kau balik, aku harap sangat kau datang semula sebab aku bosan. Aku tak ada kawan,” terangnya perlahan.

Sebab itu dia meminta aku membelikan nasi ayam untuknya. Nasi ayam cuma alasan. Dia mahu aku datang kembali kerana dia terlalu sepi. Kerana dia terlalu sendiri. Untuk tempoh empat tahun ini, dia tidak ada tempat bergantung. Yang dia tahu hanyalah tinggal di dalam rumah agam itu. Yang dia tahu hanyalah tidak memungkiri janji.
Bukan salahnya orang menganggap dia hantu.

“Aku keluar sekarang ni sebab aku rasa kau pinjamkan semangat kau.”

“Bukan. Awak boleh keluar, ada dekat sini sebab kekuatan awak sendiri.”

“Really?”

“Yepz.”

“Hahaha. Aku rasa terharu.”

“Uh. Cut it out.”

Kami sama-sama tertawa.

Hidup ini indah, bukan?

*****
Mejaku yang berselerak aku kemas. Bilik guru lengang kerana kebanyakan guru mengajar. Yang tidak mengajar pula ke kantin. Bibirku mengoyak senyuman tatkala teringatkan pesanan lelaki di sebelah sekolah ini.

“Aku nak nasi lemak pulak kalau kau datang sini. Dah jemu makan nasi ayam kau tu.”

Bahuku disapa. Aku tersentak. Lamunanku terus hilang.

Wajah Mary terbiar di kornea mata. Handbag dan buku-buku Biology diletakkan di atas mejanya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusinya.

“Kau tak ada apa-apa maklumat pasal hantu sebelah sekolah ni?”

“Tak,” tipuku.

“Kenapa kau nak sangat tahu pasal hantu tu?” soalku ingin tahu.

“Aku memang suka ambik tahu pasal hantu,” jawab Mary.

Okey. Yang tu aku tahu. Mary memang macam tu. Kegemaran dia semua melibatkan hantu. Novel hantu, cerita hantu, filem hantu dan semua pasal hantu dia suka. Jangan jatuh cinta dengan hantu sudah. Nak lagi sakit hati kalau dia jatuh cinta dengan hantu sebelah sekolah. Yang merananya aku. Tidak begitu, Tuffahati?

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Mary akan terus bertanya mengenai misteri rumah dan hantu tersebut kepadaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience