BAB 10

Romance Series 29210

Keesokan pagi nya, Olive bangun di awal pagi untuk berjogging seperti yang dilakukan setiap pagi di tempat tinggalnya. Dia berjogging seorang diri dikawasan berdekatan dengan rumahnya. Terdapat jalan kecil untuk dia berlari walaupun dikawasan hutan. Semasa Olive berjogging di kawasan tasik, terdapat beberapa orang lelaki yang memancing di kawasan itu yang melihatnya.
"Weh John. Aku tak pernah nampak pon minah tu kat sini sebelum ni" kata Nuqman iaitu salah seorang yang memancing disitu.
"Itulah yang aku cakap kat kau semalam. Dia tu baru je pindah dengan suami dia dekat rumah hujung sana tu" jawab John.
"Haih lawa pulak awek tu. macam anak mat salleh. So, ape plan kita lepasni? Aku dah tak sabar ni hehehe" jawab Jamal seorang lagi rakan mereka.
"Kawal la sikit Mal, gelojoh betul. Tunggu line clear ah" kata John.

John, Nuqman dan Jamal adalah pekerja di stesen minyak yang berhampiran dengan hutan itu. Mereka tinggal bersama di rumah kecil tidak jauh dari kawasan rumah Olive dan Danny. Mereka seperti merancangkan sesuatu yang tidak baik terhadap kedua pasangan suami isteri itu.

Selesai sahaja Olive berjogging, dia terus pulang ke rumah. Dia melihat Danny yang sedang menonton tv di ruang tamu.
"Pegi mana tadi?" Tanya Danny
"Jogging" jawab Olive selamba.
Danny kembali menonton rancangan tvnya.
"Tadi masa i tengah jogging, i nampak ada tiga orang lelaki tengah memancing. Ada orang lagi yang tinggal dekat kawasan ni selain kita?" Tanya Olive pula
"Hish mengarut la u ni. Mana ada orang tinggal kat sini. Yang tinggal sini cuma kita je" jawab lelaki itu
"Betul la tadi i nampak ada tiga orang lelaki yang memancing lepastu pandang i semacam je. Sebabtu la i cepat cepat balik"
"Tak payah nak mengarut la. Dah dah i nak tengok tv ni jangan kacau" kata Danny yang tidak pedulikan Olive.

Olive terus masuk ke bilik dan membersihkan dirinya. Selesai sahaja mandi, dia turun ke tingkat bawah untuk makan bersama Danny.
"So, u start kerja bila?" Tanya Olive
"Lusa i dah start kerja" jawabnya
"Cepatnya"
"Biasala. I kan bos. Banyak lagi kerja i nak kena selesaikan. U start kerja bila?" Tanya Danny pula
"Ohh. I start kerja minggu depan. Biasala bos bagi cuti kawin lama sangat" jawab gadis itu

Selesai makan, Olive mengambil kemeranya untuk mengambil gambar permandangan yang cantik di kawasan rumahnya. Sewaktu dia mengambil gambar, dia terdengar bunyi pokok bergoyang. Dia menoleh kearah pokok itu dan memberanikan diri untuk pergi melihat ada apa di pokok itu. Sewaktu dia berjalan ke arah pokok itu, tiba tiba Danny mencuit dia dari belakang.
"Hui, buat ape tu" kata Danny yang mencuit bahu Olive
"Ei u ni kan, buat i terkejut je" kata Olive
"Yela habistu i pelik la kenapa u tengok tengok pokok ni. Ada apa kat pokok ni?" danny hairan
"Tak de ape lah! Sebok je" kata Olive dengan nada yang marah
"Tanya pon nak belagak" jawab lelaki itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience