Setelah wanita itu pergi, Olive terus melepaskan pelukan dipinggangnya
"u ni ambik kesempatan kan? Kenapa u cakap kat dia yang kita dah kawin?"
"Laa dah memang kita nak kawin pon kan tak lama lagi, jadi ape yang salah?"
Olive yang menahan marah terus pergi ke kereta dan meninggalkan jelingan maut kepada Danny.
Danny hanya tersenyum dan mengikutnya dari belakang.
Sampai sahaja dirumah, Olive terus masuk ke biliknya. Dia memikirkan tentang masa hadapannya apabila dia sudah berkahwin dengan jejaka yang menjadi musuhnya itu.
"Ee geramnya aku tengok dia tadi. Dalam banyak banyak lelaki kat luar sana, kenapa aku kene kawin dengan dia jugak? Muka je handsome, tapi playboy. Jangan jangan nanti bila dah kawin mesti ade simpan perempuan belakang aku." Kata Olive yang membuat andaian melulu.
Hari berganti hari. Persiapan semua sudah disiapkan. Hanya tunggu harinya tiba. Berdebar debar rasanya mereka berdua untuk menunggu hari esok. Hari yang akan mengubah status dua orang pasangan yang tidak saling mencintai bergelar suami isteri. Kedua dua ibu bapa mereka tidak sabar mahu menunggu harinya.
"Weh bro, asal termenung ni. Tak sabar nak kawin ke? Hahaha" Famy bergurau.
"Tak sabar ape bendenye. Gelisah ade la. Dah la aku kene kahwin dengan minah sombong tu. Nanti bila dah kawin, tak dapatla aku nak dating lagi. Kalau dating konfem kene belasah ngan dia."
"Hahaha seram gak kan kalau dapat isteri garang? Tu la kau, mainkan hati perempuan lagi, kan dah tuhan dah bagi jodoh kau yang garang."
"Banyak la kau punya jodoh. Ni kes kene paksa tau tak?"
"Terima jela kenyataan yang kau akan kawin dengan dia. Nanti lama lama korang okay la."
"Hmm" Danny mengeluh.
Majlis disambut meriah dengan kedatangan saudara mara dan rakan rakan. Selesai sahaja majlis berakhir, Olive terus masuk ke bilik untuk menukar bajunya. Keluar sahaja dari bilik air untuk menukar baju, tiba tiba Olive melihat jejaka yang baru sahaja bergelar suaminya dihadapan pintu bilik.
"Aik, dah tukar baju dah?" Soal jejaka itu
"Dah la. Yang u ni taknak tukar baju ke?"
"Nak la. Tapi i nak u tukar kan boleh? Hehehe" jawab Danny
"Takpayah nak mengada la. Tukar la sendiri ish" kata Olive terus memberi jelingan kepada Danny
"Eleh, nak manja manja pon tak boleh" Danny terus masuk ke bilik air untuk menukar bajunya.
Selesai Danny menukar bajunya, dia melihat Olive yang sedang hayal memain phone nya.
"Ehem" Danny berdehem
"Ape" soal gadis itu
"U ni asik main phone je, tido la jom"
"U tido la dulu, nanti i tido la"
"Mana boleh macam tu, i nak kita tido sama sama..." kata Danny yang berbisik ditelinga Olive
"Matila aku" bisik hati Olive
"I tak ngantuk lagi la. U tido je la" katanya lagi
Danny terus mendekat kan mukanya ke leher Olive
"Hmm wanginya" kata Danny
"Woo woo what are u doing ha?" Soal Olive yang terus menjauhkan dirinya sedikit
"Why? Takut ke?" Danny mendekatkan mukanya lagi. Muka Olive bertukar merah kerana diperlakukan begitu.
"Hahaha tau takut. Tula, sombong lagi dengan i. Dah la pi tido" kata Danny terus memejamkan matanya.
"Haih ape la salah aku dapat suami macam ni" kata Olive dengan nada yang rendah
"I dengar ye Olive" Danny menyampuk
"Hehehe"
Share this novel