Buka sahaja mata, dia melihat musuhnya yang terlena disebelahnya.
"Hmm dah kawin dah aku" katanya seperti tidak percaya apabila sudah berumah tangga. Olive terus mandi dan turun ke bawah untuk sarapan.
"Aik Olive, sorang je? Suami kamu mana?" Soal ibunya
"Dia tido lagi kat atas" jawab Olive
"Habistu kenapa tak kejutkan? Ish kamu ni. Kejutkan dia cepat boleh sarapan sama sama" bapanya menyampuk
"Yela yela" Olive terus melangkah pergi untuk mengejutkan sang suami. Sampai sahaja dibilik dia terus mengejutkan Danny.
"Hey, wake up" kata Olive sambil menggoyangkan badan jejaka itu
"Alaaa sebuk la u ni, janganla kacau i tido" jawab Danny dengan mata yang tertutup
"Ewah ewah u ni. Mummy and dady dah tunggu u la kat bawah. Nanti i yang kene marah" kata Olive
"Ish kacau je la" Danny terus melangkah masuk ke bilik air.
Selesai sahaja sarapan, mereka sekeluarga berborak di ruang tamu.
"Ha Danny. Kamu kata nak pindah tu harini kan? Pukul berapa geraknya?" Soal bapa mertuanya
"Aah harini. Kejap lagi kitorang gerak la" jawab Danny
"Lepasni rindula daddy dekat anak perempuan daddy yang sorang ni"
"Ish daddy ni. Macam la nanti Olive tak datang sini" kata anak perempuannya
"Hahaha yela. Nanti kalau ada masa singgah la datang rumah ni ye" kata bapanya
"Alright dad"
Rumah mereka terletak di kawasan yang agak terpencil kerana Danny suka suasana yang tenang. Berbeza dengan Olive yang lebih suka tinggal di kawasan yang dekat dengan bandar.
"U nak bawak i pergi mana ni?" Tanya gadis itu
"Rumah kita la mana lagi" jawab suaminya
"Tapi ni dah macam dekat hutan je. Takkan la rumah kita dekat hutan?"
"Ah ikut je la banyak bunyi pulak"
"Eleh belagak betul. Orang tanya pun nak marah"
"Dah dah tak payah tanya"
Sampai sahaja dirumah baru mereka, Olive mengeluh. Danny yang tahu akan perasaan isterinya itu buat tidak peduli sahaja dan memperkenalkan beberapa tempat didalam rumah itu kepada isterinya. Rumah mereka ialah rumah kayu tetapi agak besar dan mewah. Terdapat tasik yang berdekatan dengan rumah mereka. Rumah yang kelihatan mewah itu dikhaskan supaya tidak berpagar.
"Okay ni bilik kita" kata Danny
"What do you mean 'bilik kita'?" Tanya Olive
"Yela inilah bilik tidur kita. Kenapa?"
"Takkan kita tidur sama kot"
"Habistu"
"I nak tidur bilik lain"
"No"
"But why?"
"Because I'm ur husband" jawab Danny dengan tegas
"Jangan nak melawan cakap i ye, nak jadi isteri derhaka ke?" Kata Danny lagi.
Olive tersentak dan mendiamkan diri.
Share this novel