Keesokkan harinya Danny mengikut Dato Bahaman dan Datin Ziela kerumah kawan mereka untuk berjumpa dengan bakal menantunya itu. macam macam yang difikirkan oleh Danny. ikutkan dirinya, hendak saja dia lari. tapi demi menjaga air muka orang tuanya, die lembutkan hati untuk pergi.
"assalamualaikum" Dato Bahaman memberi salam
"waalaikumsalam Man. jemputla masuk" Tan Sri Wilson mempelawanya masuk ke rumah. setelah menjejakkan kaki ke rumah, Danny terus memandang sekeliling rumah untuk melihat bakal isterinya itu tetapi tiada.
"Olive kat atas lagi, kejap lagi dia turun la tu" kata Puan Sri Lina
"Olive! turun cepat tetamu dah sampai ni." panggil Tan Sri Wilson
"okay dad!" kata Olive. Olive yang berada di tingkat atas terus turun untuk bertemu dengan tetamu orang tuanya itu. semasa tiba di ruang tamu , alangkah terkejutnya apabila dia melihat lelaki yang di belasahnya semalam ada di rumahnya.
"ha Olive. this is Dato Bahaman, Datin Ziela dan anak mereka, Danny" kata bapanya
"eh, takpayah nak berdato datin la. panggil je aunty dan uncle" kata lelaki itu
"hai uncle. hai aunty...." tiba tiba Olive menghentikan percakapan. geram saja dia melihat lelaki dihadapannya itu.
"ni bukan minah yang sepak burung aku semalam ke?" bisik hati kecil Danny. dia memandang Olive tak berkelip.
"baiklah sekarang ni Olive dan Danny pergi la bersembang dekat sebelah kolam sana tu. kami orang tua tua ni nak bincang pasal hal perkahwinan kamu berdua ni. kalau dah selesai nanti kami panggil" kata Tan Sri
"okay dad" kata Olive dengan nada sedih
Share this novel