"u nak bawak i pergi mana ni" tanya Olive
"ikut jela. banyak tanya pulak." kata Danny
"jauh lagi ke ?" tanya wanita itu lagi
"haish u ni tak boleh berhenti bertanya ke? ha ni dah sampai dah" kata Danny sambil parking keretanya.
"dah turun cepat" katanya lagi.
Olive pon turun dari kereta
"dah jum" kata Olive
"eh eh minah ni pandai nak ajak aku pulak. padahal aku yang bawak" kata Danny dengan nada yang perlahan
"i dengar Danny" kata wanita itu dan terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu.
"oi tunggulah" kata Danny yang mengejar Olive dari belakang.
Sudah hampir satu jam mereka berjalan di taman itu. Olive hanya sibuk mengambil gambar permandangan dengan menggunakan camera canon nya.
"u ingat i bawak u pergi sini untuk temankan u ambik gambar je ke ?" kata lelaki itu dengan muka yang tidak bepuas hati.
"habistu buat ape lagi?" Olive menjawab dengan selamba.
"we need to talk" kata Danny lagi
"about what?" Olive
"about us" jawab Danny
"okay then" Olive terus berhenti mengambil gambar seketika.
Belum sempat Danny bersuara, sudah ada seorang budak perempuan yang sekitar 5 tahun jatuh dihadapan Olive. habis seluar Olive basah terkena aiskrim yang dimakan budak itu.
"habisla, budak ni mesti kena maki dengan Olive punyalah" bisik hati Danny apabila melihat perubahan muka gadis itu sudah berkerut dahi.
"sorry.... saya tak sengaja" kata budak perempuan itu sambik menundukkan muka nya. Danny hanya mampu melihat, tetapi ada rasa kesian dekat budak kecil itu.
memandangkan saiz Olive yang tinggi dari budak kecil itu, Olive melutut dan memandang ke arah budak itu.
"eh takpe, takpe saya tak marah pon" kata Olive sambil tersenyum. Danny hanya tergamam melihat gadis itu senyum kerana itulah pertama kali dia melihat gadis itu senyum.
"lawa jugak minah ni kalau senyum" bisik hatinya.
"tapi baju awak dah kotor terkena aiskrim saya" kata budak perempuan itu.
"takpelah. sikit je nanti saya basuh, dia hilanglah" kata Olive dan terus mendokong budak itu.
"mana mama awak?" katanya lagi
"saya taktau. tadi saya beli aiskrim lepastu mama saya dah hilang" kata budak itu
"apa nama awak?" tanya Olive
"Anis" jawab budak itu
"takpe anis jangan risau, kita cari mama Anis sama sama ye?"
"okay"
Share this novel