BAB 2

Romance Completed 1383

Ibtizam ponteng kelas kerana hendak menyediakan kejutan untuk majlis hari jadi Kayla.

“Kayla suka gambar ni.”

Jari Kayla menunjuk kepada sebuah foto ketika dia dan Ibtizam meraikan kejayaan Ibtizam sebagai olahragawan sekolah. Ibtizam memegang trofi olahragawan dan Kayla disisinya memegang sejambak bunga yang dihadiahkan kepada Ibtizam. Ibtizam turut tersenyum.

“Ibtizam masih simpan bunga ni kat rumah. Dah kering dah. Tapi sebab Kayla yang bagi, simpan sajalah…”

Ibtizam tersengih menampakkan sebaris giginya. Kayla tersenyum bangga. Terasa seperti pemberiannya dihargai.

“Kayla nak simpan semua gambar-gambar ni dalam ipad la, boleh bawak pergi mana-mana. Lagi sweet kalau rindu, terus bukak ipad, tadaaaaa!”

Ibtizam hanya tersenyum melihat gelagatnya yang sedang menggayakan ekspresi seorang santa.

Kayla terkesima apabila tersedar dari lamunannya. Tanpa diminta, air mata itu menitis lagi untuk kesekian kali. Kayla hanya membiarkan. Tidak berapa jauh dari situ, si ibu juga sedang menitiskan air mata melihat nasib puterinya. Puan Mariam mengesat air mata. Dia harus kuat demi Kayla. Segera langkahnya diatur mendekati si puteri.

“Sayang… kat sini rupanya. Puas mama cari Kayla tadi.” Puan Mariam merapati Kayla lalu duduk di sisinya. Rambut Kayla diusap lembut. Puterinya itu hanya mengukir secalit senyuman sambil matanya masih tetap pada skrin ipad. Foto-foto Kayla bersama Ibtizam silih berganti dalam pelbagai suasana.

Kenangan hari sukan. Kenangan berkelah. Kenangan perkhemahan. Kayla tidak mampu menahan empangan air matanya daripada mengalir laju membasahi pipi. Terlalu banyak kenangan yang disimpan bersama Ibtizam. Bagaimana nanti dia harus meniti hari-harinya tanpa kehadiran pemuda itu?

“Awak dengar lagu apa tu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience