BAB 9

Romance Completed 1383

“Sejak bila awak kenal abang saya dan macam mana?”

Siddiq bertanya sekali lagi untuk mengesahkan cerita yang diterimanya daripada Pak Anuar.

Kayla semakin pelik apabila terasa dirinya disiasat seperti pesalah namun dia tetap menceritakan semuanya kepada Siddiq. Pemuda itu mendengar ceritanya dengan tekun. Sekali-sekala mengangguk, tersenyum dan ketawa apabila Kayla menceritakan tentang Aziz kepadanya.

“Memang betullah orang yang awak ceritakan itu abang saya.”

Siddiq membuat kesimpulan setelah Kayla habis bercerita. Tangan kanannya mula menggaru hidung sekali lagi. Kayla hanya memerhatikan.

“Tapi….”

Siddiq kehilangan kata untuk menjelaskan semuanya kepada Kayla. Dia bimbang jika Kayla tidak mampu menerima kata-katanya. Siddiq menarik nafas panjang mengumpul kekuatan untuk menyatakan realiti kepada Kayla.

“Kayla, abang saya dah meninggal dua tahun yang lalu. Abang Aziz ada asma yang teruk. Pak Anuar yang jumpa mayat dia kat tepi kolam sana.”

Tangan Siddiq menunjukkan arah kolam tempat mayat Aziz ditemui dua tahun yang lalu.

Pengakuan Siddiq umpama petir yang menyentap seluruh hati Kayla. Adakah pemuda ini menipu? Namun perwatakan Siddiq yang semirip dengan Aziz mencurigakan hatinya. Mana mungkin pelanduk dua serupa. Hatinya seolah-olah mendesak untuk mengiyakan kata-kata Siddiq.

Setiap peristiwa yang dilalui bersama Aziz sejak sebulan lalu kembali bermain di layar ingatannya. Kayla keliru. Terasa seperti kepalanya telah dihempap dengan batu besar dan pandangannya menjadi berpinar-pinar. Tubuh Kayla terjelepok jatuh di situ.

Kayla membuka kelopak matanya dengan mendapati Puan Mariam dan Encik Bilal sedang setia menunggu di sisi katil. Suasana asing di sekitar bilik meyakinkannya bahawa dia kini berada dalam wad hospital. Denyutan dikepalanya masih terasa. Puan Mariam dan Encik Bilal segera mendapatkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience