BAB 5

Romance Completed 1383

“Sebelum ni memang saya duduk kat sini tiap-tiap hari, tak pernah pulak nampak awak. Pesakit baru ya?”

Aziz cuba beramah untuk merungkai ketegangan suasana yang dirasakan. Kayla yang masih leka mendengar muzik alunan piano di telinga mematikan muzik lalu mencabut earphone dari telinganya.

“Awak cakap apa tadi?”

Aziz tersengih menampakkan sebaris giginya. Tangannya segera menggaru hidung yang tidak gatal. Kayla cepat menangkap tabiat Aziz yang satu itu walaupun baru semalam mengenalinya. Senyuman terukir di bibir mulusnya tanpa disedari. Gelagat Aziz sedikit menghiburkan kerana pemuda itu gemar berjenaka.

Sejak perkenalan pertama dengan Aziz, hari-hari Kayla lebih menceriakan seolah-olah awan mendung sudah berarak jauh meninggalkannya. Aziz juga sering datang melawatnya di wad jika mereka tidak bertemu di taman. Kayla tahu, kehadiran Aziz sedikit diragui kedua ibu bapanya kerana wajah Aziz yang seiras wajah Ibtizam. Masih tergambar di ingatannya riak terkejut ibu apabila diperkenalkan dengan Aziz.

“Saya tanya sesuatu boleh?” Aziz berhenti bercerita dan matanya memandang ke arah MP4 di tangan Kayla.

“Kenapa awak sentiasa sumbat telinga awak tu dengan earphone? Tak takut pekak ke? Awak dengar lagu apa?”

Aziz menyoalnya bertalu-talu. Kayla hanya tersenyum. Dia menanggalkan earphone di sebelah kiri lalu menyerahkan kepada Aziz. Lelaki itu lantas menggeleng.

“Eh, tak naklah. Nanti saya jadi macam awak. Addicted.” Usikan Aziz berjaya memancing senyuman Kayla.

“Tak lama lagi saya dah boleh balik rumah.”

Kayla menyampaikan berita yang baru diterimanya pagi tadi. Aziz menguntum senyuman. Dia segera bertepuk tangan meraikan berita gembira tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience