BAB 12

Romance Completed 1383

Suasana di kawasan perkuburan Islam berhampiran Masjid Darul Makdum kelihatan tenang dengan rimbunan pokok yang meredupi persekitaran. Haruman kemboja putih yang berguguran di atas pusara menerbitkan haruman segar yang mendamaikan jiwa. Kayla dan Siddiq duduk berteleku di sisi pusara Aziz.

‘Assalammualaikum abang Aziz, semoga awak tenang di sana. Awak… mungkin awak tak kenal siapa saya namun kehadiran awak walaupun sedetik cukup membawa seribu kenangan dalam hidup saya. Kehadiran awak yang hanya sedetik namun berjaya menyuntik satu harapan baru untuk saya teruskan hidup. Terima kasih juga sebab awak dah temukan saya dengan insan yang mampu melindungi saya dalam kehidupan ini. Terima kasih untuk semuanya.’

Kayla memandang Siddiq di sisi. Suami yang sudah dua tahun dinikahi itu telah berjaya mengajarkannya erti hidup yang sebenar. Hidup di atas landasan yang sebenar. Kayla bersyukur kerana ditemukan dengan Siddiq melalui peristiwa lewat dejavunya bersama Aziz.

“Mak saya kata, sahabat Rasullullah yang bernama Umar Al-Khattab pernah berpesan bahawa manusia yang memiliki masa silam yang pahit akan berpeluang menikmati masa depan yang cerah berkualiti. Jadi, tak mustahil awak juga mampu tersenyum gembira suatu hari nanti.”

Kayla terkenang semula kata-kata yang meniti dari bibir Aziz suatu ketika dahulu. Pemuda itu segera menggaru hidungnya apabila Kayla tidak memberikan sebarang respon. Itulah antara kenangan dejavunya dahulu.

‘Sekarang saya percaya dengan kata-kata awak tu.’ Kayla menguntum senyuman kepada suaminya. Tangan Siddiq digenggam erat. Kebahagian ini akan dia jaga sehingga akhir hayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience