Kami yang tenang dan tenteramnya sebentar tadi kini berlari macam tak cukup tanah.
ingatkan si Jinyoung ni hangat- hangat tahi ayam je waktu dia bagitahu Sung jae kena belasah dengan samseng. Rupanya betul- betul kena belasah.
Macam mana kami hendak percaya, wajahnya terlalu tenang dan suci tika menyatakan kejadian itu. Sekarang tidak pasal kami semua dikejar dan hala tuju kami sekarang ini adalah balai polis.
Hendak dipendekkan sependek-pendek cerita akhirnya kami tiba di balai polis, wajah kami jangan dicerita panjang lebar pun sudah tahu. Penuh dengan kesan pergaduhan. Samseng tersebut , sudah disumbat sedalam-dalam penjara. jinyoung dengan sung jae sudah dibawa pulang oleh keluarga sung jae.
Sementara kami hanya menunggu kehadiran omma dan appa.
Takut?
hahahaha jangan cakap
Jimin dah mundar-mandir dari tadi. Asyik berpusing-pusing di tempat yang sama.
Min jae pula sekejap duduk sekejap bangun. Garu-garu kepala yang tak gatal. Usap-usap dada tanya selera.
Aku pula hanya memandang jam menanti penuh debaran.
Rasa sakit yang kami hadapi sekarang ni semua kami ketepikan dulu.Utamakan kerisauan yang telah banjir menggunung.
"Kim Taehyung, Kim min jae , Jimin." Suara appa kini jelas kedengaran. Nadanya dingin. Seketika merasakan roh telah melayang keluar dari jasad. Kaku dan beku.
Hendak memberi reaksi, sel-sel otak tidak mampu berhubung kini.
Aku melihat omma. Dia tidak kecewa atau marah. yang hanya terpancar hanyalah wajah kerisauan yang dipamerkan. Perlahan-lahan omma mengahampiri kami bertiga.
Kami ditatapnya lama sebelum omma bicarakan sesuatu.
"Omma tak marah, appa pun tak marah. Kami cuma risau."
Appa yang mendengarnya terus memasuki kereta. Dia tak nak terlibat. Bukan marah cuma dia tidak tahu emosi apa yang harus ia tunjukkan.
Marah?
Risau?
Biarlah..
Aku tahu appa lagi ego. Tidak mahu menunjukkan kerisauan seorang ayah.
Ya dia tidak menunjukkan wajahnya yang risau.
Appa tidak pernah risau aku gagal.
Appa tidak pernah risau aku ponteng sekolah.
Appa tidak pernah risau aku dimarahi guru.
Dia hanya tersenyum.
Tersenyum Tika Jimin meraih pelajar nombor satu do tingkatan.
Tersenyum Tika jimin mendapat anugerah pelajar cemerlang.
Tersenyum tika Jimin penuh kehadiran ke sekolah.
Nak kata aku pandai.
Kedudukan aku hanya biasa-biasa. Bukan di bawah dan bukan di atas.
Jawapan appa ketika aku memperoleh keputusan adalah senyap.
ia diam.
Bila ditanya jawapannya hanya perkara biasa.
"Omma..."
Aku memanggil omma dengan nada hendak menangis.
"Wae?"
"Apayo." Aku menunjukkan rasa sakit aku yang aku alami kini. Aku tidak menunjukkan pada wajah aku tapi di bahagian hati.
Air mata aku yang bertakung ni bila-bila masa sahaja boleh tumpah.
omma memeluk kami bertiga. Pelukannya erat umpama tidak mahu melepaskan ke tangan orang lain.
Untuk beberapa saat kami tenggelam dalam emosi. Di Sebalik kebahagiaan yang kami pamerkan terselit sebuah kisah yang kami sembunyikan.
Appa...
Dia hanya memandang Jimin.
Share this novel