Rate

Bab 1

Fanfiction - KPOP Series 1136

Jimin  selaku abang sulung aku kini sedang berjumpa guru kelasnya bagi mengambil keputusan peperiksaan awal tahun. Guru itu asyik menyemak semula keputusan peperiksaan anak muridnya sekali lagi sebelum diserahkan kepada Jimin . Tanpa sengaja Jimin terlihat markah keputusan peperiksaan nama seseorang. Apa yang lagi mengejutkan Jimin adalah markah yang tertera

23%?

Apa yang lagi mengejutkan Jimin  adalah pemilik markah itu merupakan milik  Kim Min jae yang merupakan adik kesayangannya lahir pada hujung bulan disember.

Dan apa yang lebih mengejutkan lagi

Aishh banyak pulak terkejut-terkejut.
Semput Eden nak membaca.

Sekian kita sambung.

Benda paling mengejutkan si Jimin ni  adalah sehari sebelum peperiksaan matematik dia nampak Min jae lagi khusyuk, tekun, fokus ,terpaku, tertancap , terpana  di meja belajar.

Seketika Jimin di bawa ke imbasan kembali kenangan lalu di mana tika itu malam sebelum peperiksaan matematik.

Waktu itu Jimin  lagi lena diulik mimpi dan terjaga akibat bunyi tawa seseorang yang belum tidur.Diceliknya mata bagi melihat siapa orang itu dan ternyata dia min jae.
Si Min jae yang lagi fokus di meja belajarnya.

Gigihnya dia.
Rajinnya dia.
Bagusnya dia.
Tekunnya dia.

Huh kau melebih Lak hyung kau ni puji.

Sempat Jimin puji memuji secara tidak langsung menjadi terharu seketika.

Melihat  Min jae yang berusaha keras untuk belajar. Harap dia peroleh keputusan yang cemerlang.

Dan tiba-tiba kenangan itu umpama diputar kembali dan tika itu bayangan Min jae lagi bermain game di telefon pintarnya dan itu  mula jelas terpancar.

Hyung ditipu?

Oleh wajahnya yang tidak bersalah itu walhal bersalah?

Kesakitan apakah yang hyung alami saat ini?

“Jimin, nanti serahkan kepada kawan sekelas kamu.’’Pinta Cikgu jae suk dan Jimin yang sudah terbakar hangus di situ hanya mengganguk sambil mengucapkan ucapkan terima kasih.

Sepanjang perjalan entah mengapa ada daya tolakan di situ. Mereka yang lain yang berada di sekeliling itu tiba-tiba terpelanting tika jimin  lalu di sisi mereka.Laluan yang telah jimin lalui itu tiada siapa berani pijak umpama sudah terbakar hangus yang membuatkan sesiapa yang lalu di situ akan terjunam ke bawah.

Ah, dia benar-benar marah kini!

Di situasi lain pula ada satu kumpulan pelajar yang baru masuk ke kawasan bangunan sekolah. Mereka kumpulan “BB2P.’’
Menyebutnya sahaja nama kumpulan itu membuatkan semua orang yang berada sekeliling itu dihimpit rasa cemburu. Mana tidaknya ahli kumpulan itu semuanya anak dato’ dan doktor.

Macam drama bukan?

Anggotanya terdiri daripada tiga orang pelajar senior yook sung jae, park jinyoung dan Kim min jae.

Sebentar ingin diperjelaskan dan diperincikan seketika di sini bahawa Kim min jae itu tidak popular di dalam kumpulan itu. Diulang tidak popular wahai teman-teman. Dia hanya perasan popular.

Mereka kaya , berharta , dipandang tinggi yang dan bla bla bla . Kalau nak dikupas dan dirungkai kisah hidup dorang sekian sila pergi ke bilik guru. Ianya terlalu panjang sehingga boleh buat novel.

Yang penting dorang ni popular Dan berpengaruh.

Kim Taehyung.

Sebentar ya kawan-kawan sekarang ini bukan bahagian cerita aku mula diceritakan kerana sekarang ini adalah bahagian cerita untuk Jimin dan min jae yang bakal berperang.

Perarakan masuk kumpulan popular itu seolah –olah ada karpet merah terbentang lalu ada seseorang yang muncul di tengah karpet merah itu mewakili diri  sendiri untuk menangkap gambar mereka menggunakan kamera paloroid.

Beberapa saat kemudian gambar tersebut meluncur keluar dari kamera itu. Min jae dengan pantas mengambil gambar tersebut sebelum gambar itu terbaring dia atas lantai.

Gaya dia sedang mengambil gambar itu seolah-olah dia seorang model. Dia tengah menunjuk.

Min jae melihat gambar tersebut dan dia tersenyum bangga tanpa sedar.

“KIM MIN JAE.”

Gambar yang dipegang Min jae kini seolaoh-olah lenyap terbakar. Dia kenal siapa yang menjerit namanya itu dan dia dapat rasakan apa yang bakal berlaku.

Jelas kelihatan jimin datang menghampiri dirinya.

Min jae yang menggigil sedari tadi cuba untuk lari tapi malang, kakinya seolah-olah sudah terpaku di situ dan dia redha dengan apa yang bakal berlaku.

Bush!

Bush!

Maka sesi tumbuk –menumbuk antara mereka berdua pun bermula.

“That’s normal.’’Jinyoung yang melihat pergaduhan percuma itu seolah-olah sudah terbiasa dengan perkara tersebut lalu bergerak maju melangkah ke hadapan menuju ke kelas sendiri.

Sung jae juga turut melangkah maju mengikuti langkah jinyoung.

Di situasi lain pula aku yang sedang makan di dalam kelas terasa bergegar-gegar pula.

Gempa bumi ke?

Mengapa aku rasa tak sedap hati ?

Apa yang berlaku?

Aku memandang ke tingkap kelas lalu ada dua orang pelajar yang popular melintasi pandangan aku. Seorang mengenakan kot pakaian jenama yang mahal dan seorang lagi mengenakan topi yang berjenama.
Aku terpegun seketika melihat  mereka.

Park Jin young.

Pelajar cemerlang nombor dua di tingkatan ini.

Aku tahu.

Aku sering melihat namanya yang terpapar di kedudukan paling atas peringkat pelajar di papan info.

Usai sahaja aku habis makan min jae muncul di balik pintu dengan mengenakan pakaian kot yang mewah.

“Mana kau dapat?’’ Soalku.

“jinyoung bagi percuma. Kau suka?’’

“Cantik.’’ Bicaraku lalu aku memandang wajahnya dan berhenti di situ.

“Muka kau ini dah kenapa?’’
Soalku dan saat ini juga loceng pelajaran pertama berbunyi. min jae  dengan pantas menarik aku ke suatu tempat. Di saat semua sedang berpusu-pusu hendak masuk kelas dan di saat itu juga kami bersungguh-sungguh untuk ponteng kelas.
“Kau nak bawa aku ke mana?’’ Soalku dan jawapan yang hanya dia berikan.

“Rahsia.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience