Rate

Bab 4

Fanfiction - KPOP Series 1136

Di kawasan sekolah dan sewaktu rehat, aku dipanggil oleh jinyoung di kelasnya sekaligus merangkap kelas Jimin.

Hahahahah apahal aku berdebar ni.

Aku lambat-lambat berjalan di kaki lima. Sengaja sebab sambil berjalan sambil tu aku harus berfikir hendak beri reaksi apa. Ini pertama kali aku berjumpa dengan jinyoung.

Pelajar nombor dua di tingkatan kami. Yang pertama hyung aku.

"So, kenapa kau tak excited jumpa aku?" Jimin muncul di hadapan aku secara mengejut.

Aku hampir sahaja hendak memaki budak ni , selamat aku sempat tahan. Kalau tidak angin taufan puting beliung melanda.

"Cepatlah jawab soalan aku."

Kesabaran dia masih ada batas. Aku sengaja menguji kesabaran dia dengan tidak menjawab pertanyaan yang telah dilontarkan. Namun semakin aku diam semakin terasa bahang yang telah dihasilkan. Okaylah-okaylah aku jawab.

"Dia orang luar yang aku jarang berbincang sebab tu aku jadi kekok. Nervous sebab dia tu ada ciri-ciri yang aku nak jadi suatu hari nanti. Kau lain, aku hari-hari jumpa jadi aku selesa. Nak marah, gaduh, aku tak segan. Lagipun aku tak pernah terdetik nak melampui diri kau sebab kau hyung aku. Kau yang akan tunjukkan dekat aku jalan jadi aku akan sentiasa berada dekat belakang kau. Aku ikut jinyoung supaya aku boleh berada dekat belakang kau. Bukan di depan. Kau hyung aku. Pemimpin aku.''

Sekian luahan dari aku. Jimin yang mendengarnya jadi diam dibawa emosi sayu.

"Macammana kalau suatu hari nanti aku jadi nombor dua?" Kali ini dia menyoal aku. Wajahnya dialihkan tanpa memandang aku yang sudah menguap selepas sesi luahan perasaan. Panjang sangat yang dihurai jadi aku tak tahan.

"Aku jadi nombor tiga." Ringkas aku menjawab tapi ianya membuatkan Jimin tersenyum sebentar.

" Tak perlu. Bagi aku kalau aku salah kau tegur aku, kalau kau salah aku tegur. Aku manusia. Buat kesilapan lalu belajar."

Kali ini nasihat hyung benar-benar masuk ke dalam hati aku. Aura yang dipamerkannya kini terasa lain. Tidak seperti biasa.

Kata- katanya entah kenapa terasa hangat.

"Hyung."
Aku memanggilnya lembut.

Baru sahaja Jimin hendak menjawab aku, jinyoung pula muncul dari hadapan.

"Nah buku nota yang kau nak pinjam. Min jae bagitahu aku."
Dia menghulurkan buku nota sejarah miliknya lantas aku mengambil tanpa membuang masa.
Riak wajah jinyoung mendatar. Tidak senyum tidak marah.
Hanya muka kosong yang dipamerkan.

Aku hendak berkata sesuatu macam terima kasih or apa-apa sahaja, tapi seperti biasa mulut aku terkunci.

Selepas memberikan buku nota Jinyoung terus berlalu pergi.

sombong.
hahahahah.

Kenapa aku gelak. okay aku marah sebenarnya sebab kena palau.

"Bukalah nota tu." Jimin memberikan arahan.Aku akur lalu membukanya.

Bila aku buka aku rasa macam...

HAHAHAHAHAH.

Kosong weyhh.

Aku kena tipu.Sabar jangan carut, Tenang tahan diam.
Jangan Kim Taehyung.

please.!!!

HAHAHAHQHHAHA

Share this novel

Yanna Md Noor
2023-06-11 09:03:37 

teruskan


NovelPlus Premium

The best ads free experience