Rate

Bab 5

Fanfiction - KPOP Series 1136

Hahahahahah

Please!

Jangan mencarut.

"Lawakan buku tu?" Soal Jimin seolah-olah sedang memerli.

Aku hanya menjungkit sebelah kening menunjukkan bahawa aku tidak faham apa yang si Jimin cuba sampaikan.

Jimin dengan pantas menundukkan sedikit kepalanya ke hadapan membuatkan rambut belakangnya berkumpul memenuhi dahi. Aku terjungkit sedikit ke belakang dek kerana terkejut dengan tindakan tiba-tiba si Jimin.

"Hyung?" Aku memanggilnya.

Dengan pantas dia mengangkat kepalanya dengan penuh gaya. Dia menutup persembahan model si Jimin dengan gaya menyikat semula rambutnya yang sudah tidak terurus.

Sebagai penambahan, dia berjalan meninggalkan aku dengan lagak seorang model tengah berjalan plus berlagak.

Aku terpinga-pinga di situ.

Lawa?

Apa yang cuba dia sampaikan?

Aku membelek-belek buku tersebut. Tengok bahagian belakang, depan, tengah. Tapi tiada apa-apa sehinggalah aku akhirnya perasan.
Bahagian muka surat belakang sekali di bahagian bawah belah kanan tertulis satu ayat.

#Dari hyung untuk Taehyung. Sila buat nota sendiri, sekian#

Woww...

Hahahhahaha....

Hahahahahajahah.....

Tiba-tiba aku rasa macam sia-sia sahaja buat ayat terharu berjurai air mata last-last kena game dengan si Jimin.

hahahaha ..

Pastu-pastu Jinyoung pun ikut sekali.

Sekian, terima kasih.
Akan ku gunakan buku ini dengan penuh menghargai.

"Taehyung." Seseorang memanggil aku. Aku menoleh ke arah suara tersebut.

ianya Yook Sung jae.

Pelajar peringkat ketiga dalam tingkatan.

"Wae?" Aku menyoalnya hairan.

Setelah jarak kami yang jauh tadi menjadi pendek dia mula menghulurkan sebuah buku pada aku.

Adakah ini permainan yang kedua? Bukan perli tapi berhati-hati setelah kejadian memalukan tadi memeluk ingatan aku yang aku tak boleh nak lupa.

Teragak-agak tangan aku untuk menerimanya. Melihat aku yang penuh keraguan Sung jae meraih tangan aku untuk menerima buku tersebut.

"Ini buku nota sejarah aku, ambillah. Aku dengar kau nak."

"Aah." Aku membalasnya ringkas.Mungkin sebab Sung jae ni nampak pendiam jadi aku kekok nak bercakap.

"Terima kasih semalam tolong aku." Ucapnya lagi.

Dan selepas itu suasana sunyi...

.......
.......
.....

ahahahaha
please someone tolong datang cakap sesuatu.

"Jinyoung." Nama jinyoung dipetiknya tiba.

"Ya?"

Dia menelan liur seketika sebelum menyambung bicara.

"Dia pernah bergaduh dengan Jimin."

"Bila?"

Ding dong

Jawapan aku tidak terjawab dek kerana penguman yang bakal disiarkan.
Sebuah penguman yang menyelit di antara perbualan kami.

"Perhatiaan kepada Park Jinyoung dan Park Jimin dari kelab memanah sila hadir ke bilik guru sekarang."

"Park Jimin?"

Aku menyoal diriku hairan. Walau pun aku bukan ahli kelab memanah tapi aku tidak pernah pula mendengar nama park Jimin. Kim Jimin hyung aku itu pernahlah aku dengar.

"Jimin yang kau kenal dia bukan hyung kau." Bicara Sung Jae.

Terkejut tak?

Terkejutlah we.

Aku tak tahu hendak memberi reaksi apa. Aku sudah lama tinggal dengan si Jimin tiba-tiba manusia depan aku ni cakap yang kami bukan adik-beradik kandung.Tolong. tolong betulkan pemikiran si sun jae ni. Dia sudah mengarut tahap ayam mengembek kambing berkokok.

Aku membersihkan habuk yang berada di bahu kanan sung jae lalu aku meniup tangan aku bagi membuang habuk yang melekat.

"Sung jae, hal begini tak boleh bawa gurau."

Lantas riak muka sung jae berubah. Dia kecewa kerana kata-katanya tidak dipercayai aku.

"Lupakan." Bicaranya sebelum melangkah kaki meninggalkan aku.

Mendengar dia bicara sebegitu membuatkan aku harus bertanya sendiri Jimin soal ini.

Saat ini aku tak marah, hanya keliru. Berharap Sung jae yang salah faham.

Aku melihatnya pergi memastikan dia benar-benar hilang dari pandangan aku. Jika aku yang pergi sekarang kelihatan tidak sopan kerana aku baru membuat dia kecewa.

Lantas setelah dia hilang dari pandangan barulah aku bergerak menuju .....

Park Jimin

tidak

Kim Jimin.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience