Rate

Bab 2

Fanfiction - KPOP Series 1136

Jam empat petang kami bertiga senyap-senyap masuk ke dalam rumah mengikut tingkap bilik kami walhal itu rumah kami sendiri.

Nak tahu kenapa kami melakukan sedemikian.

Hal ini disebabkan oleh dua manusia di belakang aku. Wajahnya yang lebam-lebam umpama berlaku perang yang besar, kalau omma lihat pasti akan benar-benar risau.

Sebaik selamat sampai di dalam bilik aku keluar menunjukkan wajah pada omma memberitahu yang kami sudah pulang.

“Mana yang lain?’’Soal omma.

“Mereka di bilik .’’

“Sudah makan?’’ Omma menyoal dengan wajahnya yang tersenyum.

“Hm.’’ Aku hanya bergumam sambil mengganguk.

“Nanti kalau nak makan lauk ada di dalam kuali.’’

Aku tersenyum membalas kata-kata omma lalu masuk ke dalam bilik setelah memperlihatkan wajah kepulangan.

Jimin: Kenapa kau jawab kertas peperiksaan pada hari pertama sahaja. Jawab aku, kau ke mana?


Min jae : Sekurang-kurangya aku datanglah juga walaupun sehari.

Jimin:MARKAH 23 , KAU TIDAK MALU?

Min jae: SEKURANGNYA YANG 23 ITU NAMPAKLAH YANG AKU BELAJAR SEDIKIT.

Jimin:BAHAGIAN MANA YANG MENUNJUKKAN YANG KAU INI BELAJAR.
HUH?

Mereka bergaduh beradu suara siapa yang paling tinggi vokalnya tidak sedar yang mereka telah menggangu kenteteraman seseorang. Wajah mereka yang semakin lama semakin dekat semata-mata nak pamerkan wajah bengis mereka sampai tidak sedar yang sebenarnya ada seseorang yang terhimpit dan tersepit lalu terjepit antara mereka berdua dan ianya adalah
“Boleh sedar tak yang ada seseorang di tengah ini.’’

Aku.
Akulah insan yang tersepit di situ.

“KAU PUN SAMA SABTU AHAD MENGHILANG.’’Jimin memarahi aku. Secara tiba-tiba aku pula yang menjadi mangsa amarah si Jimin. Dia ini aku risau pula bertambah lebam wajahnya nanti.

“Aku kerja.’’ Bicaraku santai nanti kalau aku terjerit-jerit soal aku kerja omma pula yang risau.

“Untuk?’’ Jimin menyoalku kembali .

“Rahsia.’’ Itu jawapan aku.

“Sudahlah aku mahu tidur.’’ Jimin bersedia tarik selimut.

“Taehyung jom main.’’ Bicara Min jae seraya menggangu fokus aku sekali lagi dan aku hanya menggeleng mengatakan bahawa aku tidak mahu.

“Kau tidak mahu ke tempat tadi?’’ Kali ini perlawaan Min jae benar-benar menarik perhatian aku. Aku suka sebab tempat itu ada seseorang yang aku nak jumpa.

“JOM.” Dengan semangat aku berbicara sedemikian lalu Jimin juga semangat bangun kembali dari tidurnya semata-mata hendak memberi amaran kepada aku.

“Kau belajar jangan hendak dengar cakap si Min jae ini.’’

“Aku bukan nak main, tapi aku memang nak pergi.’’ Bicaraku seraya cuba menyembunyikan niat di hati.

Jimin menarik wajahnya sambil mengemas meja secara tiba-tiba.
Cuba mengalihkan perhatian dari membuatkan diri dia fokus menghidupkan kemarahan yang bakal berlaku.


“KAU TIDAK MAHU IKUT SUDAH.’’Lalu aku melampiaskan kemarahan aku pada Jimin yang mengendahkan aku.

“KAU KENAPA?’’Marah Jimin.

Tok! Tok!
Seseorang mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki ke ruangan bilik kami.

Mereka apa lagi dengan pantas dan cekapnya serta kelam –kabutnya itu menyorokkan wajah mereka masing-masing. Selimut ditarik menutupi wajah mereka menunjukkan bahwa mereka sudah tidur.

“Omma bawakan susu.’’Bicara omma seraya melihat ke arah kami semua lalu pandangannya teralih pada Jimin.

“Biasanya jam sebegini hyung kau belajar.’’ Bicara omma dengan wajahnya yang berkerut memikirkan jawapannya itu.

“Mereka penat.’’
Jawabku.

Omma hanya mengganguk dengan senyumannya yang seperti biasa sebelum berlalu keluar dari ruangan bilik ini.

Kesimpulannya tiga-tiga pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Kim min jae.

Jimin pergi sambil membaca buku sementara aku berborak santai dengan Min jae.

“Kau selalu ke pergi ke tempat BB2P?’’ Soalku lalu kedengaran ada orang lain pula yang menjawab pertanyaan aku namun jawapannya adalah sebuah pertanyaan.

“Apa BB2P?’’

Dia Jimin. Aku tidak tahu mengapa dia tidak suka akan mereka. Hendak kata mereka ada sejarah silam macam tidak pernah berlaku walaupun mereka satu kelas.

"Kenapa nak jumpa mereka?" Jimin menyoal sambil dirinya fokus pada langkah kakinya.

"Jinyoung ajak, katanya ada perkara nak tunjuk." Bicara Min jae selaku pemberi jawapan pertama kepada Jimin.

"Aku nak pinjam buku nota Jinyoung." Kali ini aku memberi jawapan.

"Aku pun nak jumpa Jinyoung juga."
Jimin menjawab pertanyaannya sendiri. Tapi jawapannya antara dengar tak dengar. Tak tahu dia sedang bicara dengan kami atau diri sendiri.

"Min jae nak jumpa Jinyoung tu aku faham kenapa , otak dia memang begitu, aku nak jumpa sebab aku nak belajar dengan dia , nak harapkan kau ajar gajah boleh melayang kalau belajar dengan kau." Aku berhenti berkata setelah itu membuatkan ianya tergantung.

"Tapi kenapa kau nak jumpa Jinyoung?" Min jae menyambung kata-kata aku. Kini wajahnya tidak boleh diusik. Untuk sesaaat dia menjadi dingin.

Jimin hilang kata. Pergerakannya membeku. Ada jawapan yang cuba dia sembunyikan.

"Mungkin sebab dia pelajar nombor satu dan aku yang kedua."

Jinyoung kini muncul di hadapan kami. Dari mana datangnya aku tidak tahu. Rambutnya yang kusut dan wajahnya yang penuh dengan lebam membuatkan aku terfikir yang dia baru lepas cari pasal dengan samseng jalanan.

"Dah, meh sini tolong aku, sung jae kena belasah." Dia bicara dengan tenang seperti aman dan damai serta betapa tenteramnya dia kini.

Aku pun dan kami pun dengan tenang mengikuti jinyoung.

Sekian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience