part 4

Romance Series 4982

BAB 4
MADU SEPAHIT HEMPEDU
By : DON'T ASK
.
.
.

Habis kelas mekap tu saya pergi shopping lagi sekejap. Saja saya mahu beli barang dan tunjuk yang Rizz lebih perhatikan saya dari Nisa. Saya balik Nisa tengah ayun Hannah di ruang tamu. Semak saja mata saya tengok ni anak beranak oh.

"Safa! Sekejap. Saya mahu cakap pasal hal tadi" Nisa

"Ehhh belum habis lagi kah?"
"Kenapa kau buat begitu? Apa yang kau mahu tunjukkan?" Nisa

"Tunjukkan apa? Kau cakap apa ni?"

"Kau sengaja kan buat begitu supaya saya bercerai dengan Rizz? Kau jangan mimpi ah Safa. Kau buat lah apa kau mahu, tapi ingat Allah akan balas. Kau akan menyesal!" Nisa

"Nisa!! Masuk bilik kau!! Kenapa nda habis2 mahu marah Safa ni? Apa salah dia?" Rizz

Saya sembunyikan senyuman saya. Padan muka! So girls yang bergelar bini ke dua tu. Kalau laki kamu nda adil sama kamu, buat ja begini. Jangan juga sampai ke dukun semata2 mahukan perhatian laki??

"Abg, Safa ni sengaja buat kita bergaduh. Dia mahu pisahkan kita abg. Sampai kita bercerai!" Nisa

"Nisa!! Kalau dia mahu buat, lama sudah dia buatlah! Tapi demi hubungan kita dan demi tuntutan masa saya dia sanggup bawa kau tinggal dalam rumah ni. Sudah masuk bilik kau!" Rizz Nisa angkat Hannah masuk bilik kemudian Rizz bawa saya masuk ke bilik kami.

"Syg jangan lah ambil hati sangat dengan Nisa tu. Nanti bie nasihatkan dia. Syg rehatlah" Rizz

Saya buat muka sedih dan peluk Rizz. Ini baru permulaan Nisa. Selagi kau belum keluar dari hidup Rizz, selagi tu kau nda akan tenang.?? saya pejam mata dan tidur. Sebab saya ada rancangan lagi esok nya

Beberapa bulan kemudian, Nisa masih bertahan walau macam2 yang saya buat untuk singkirkan dia. Entah apa yang buat dia bertahan.

"Kak, kenapa saya tengok kakak ni benci betul dengan kak Nisa." Sara

"Sara, kau budak lagi lah. Kau belajar saja. Jangan sibuk hal orang tua"

"Kak saya 11tahun sudah. Saya faham apa yang berlaku. Sudahlah kak. Kesian dengan Kak Nisa dan Hannah. Tiap hari abg akan marah dorang." Sara "Kak cakap jangan sibuk kan! Masuk bilik kau!"

Sara berlari masuk bilik, tapi dia masuk bilik Nisa. Sebab dia suka bermain dengan Hannah.

"Kakak buat ni demi kita Sara. Demi masa depan kau juga. Jangan cakap kak buat salah hanya sebab saya buat begini"

Sejak kebelakangan ni saya rasa cepat penat. Kepala saya asyik sakit2 saja. Bila saya ingat2, saya lambat sudah period. Mungkinkah saya mengandung? tapi saya tepis tu perasaan sebab saya nda mahu berharap sangat.

"Sayang, nda ke kedai hari ni?" Rizz

"Petang sikitlah. Sakit kepala sayang. Bie kenapa belum pergi kerja?"

"Bie nda kerja hari ni. Ada urusan di luar saja ni. Sayang kenapa pucat ni?" Rizz

"Entah, sayang rasa pening2 bie"
"Pergi hospital atau pergi klinik saja. Mahu bie hantar?" Rizz

Saya angguk kepala. Kemudian saya bersiap mahu keluar dengan Rizz. Tiba2 Rizz masuk dan cakap yang dia nda dapat hantar pergi klinik sekarang sebab dia sudah janji mahu hantar Nisa dengan Hannah pergi klinik Hannah hari ni.

"Bie sayang sakit ni. Nda larat"

"Sayang rest di rumah lah. Nanti bie belikan ubat ya" Rizz

Rizz kiss dahi saya kemudian dia terus keluar dari bilik. Terpaksa saya mengeluh saja. Nda larat saya mahu berfikir terpaksa saya berdiam saja hari ni.

Petang tu, Saya bersiap pergi kedai lepas tu saya masukkan duit ke dalan akaun. Order semua barang yang kurang dalam kedai baru saya balik rumah. Sampai rumah saya nampak Rizz bermain dengan Hannah. Pening kepala saya dari pagi belum hilang lagi. Nampak dorang berbahagia tambah menyakitkan kepala saya.
Saya masuk bilik dan baring di atas tilam. Saya pejam mata, tiba2 saya teringat tadi saya beli sesuatu. Saya berdiri ambil barang tu dan terus masuk bilik air. Tersenyum puas saya bila saya lihat pregnant kit tu menunjukkan yang saya positif hamil.

"Hmmmm tuhan pun berpihak dengan saya Nisa??"

Lepas ada nya anak ni, saya akan lebih mudah kuasai Rizz. Lebih mudah singkirkan Nisa lepas ni. Saya mandi kemudian saya baring rehatkan badan saya. Sebenarnya saya sangat lemas. Mungkin sebab saya mengandung trimester pertama. Tapi sebab niat saya mahu singkirkan Nisa, membuat saya bersemangat. Dan malam tu, Rizz hanya mencium dahi saya kemudian masuk ke bilik Nisa.

"Bersenang hatilah Nisa.??"

Esoknya saya pergi klinik untuk buat semula test air kencing. Selepas doktor sahkan saya mrngandung 5minggu saya balik ke rumah. Sebab saya penat, dan lemah sangat.

"Sara! Buatkan kakak air jus."
Saya baring di sofa sambil memicit kepala saya. Nda lama kemudian, saya dengar bunyi gelas di ampai atas meja. Bila saya buka mata, saya nampak Nisa yang letakkan air tu baik juga hati dia hari ni buatkan saya air? Mimpikah apa perempuan ni?

"Mana Sara? Kenapa kau yang buat air tu?"

"Adik kau sekolah. Lupakah? Minumlah. " Nisa

Lepas Nisa masuk bilik saya terus teguk air tu sampai habis. Lepas tu saya baring balik. Kepala saya yang sakit mula ringan. Tapi perut saya pula yang memulas. Makin lama makin sakit

"Arggghhhh... sakit!!! Nisa!!! Tolong!!!"

Saya meminta tolong dengan Nisa, sebab cuma dia yang ada dalam rumah tu. Tapi bila dia keluar, dia malah ketawakan saya. Tapi sebab sakit di ari2 saya yang sangat memuncak rasanya, saya kuatkan diri merangkak ke arah Nisa.

"To...olong!!! Sa...kit!"
Nisa langsung nda pedulikan saya. Malah dia ketawa melihat saya yang terbaring menahan sakit.

"Kau gilakah!! Tolong saya!! Sakit!!!

"Baru julab bha tu Safa! Belum racun lagi?? apa yang kau buat dengan saya lagi sakit dari ini" balas Nisa

"Kau racun saya kah ni?"

"Julab lah bukan racun. Pergi tandas la nanti perut kau okay lah tu." Balasa Nisa Sinis

"Saya mengandunglah Nisa!!! Apa kau buat ni?"

"Me... mengan...dung?" Nisa

Nisa kelihatan terkejut bila saya bagitahu saya mengandung. Dia berdiri keras seperti patung

Lemas sudah saya rasa. Semakin lama saya rasa perut saya macam mendidih saja. Melihat Nisa yang ketawa buat saya bertambah sakit. Sejahat saya ni saya nda pernah terniat cuba racun atau buat apa2 yang memudaratkan. "Arrrrggghh!!!"

Saya terbaring sambil memegang perut saya. Rasanya tubuh saya bergulung sudah menahan sakit. Terasa celah paha saya panas dan basah

"Sayang!!! Kenapa ni? Darah??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience