BAB 2
MADU SEPAHIT HEMPEDU
BY : DON'T ASK
.
.
.
Lepas hari tu, hampir seminggu saya cuti sebab demam. Di usia 18tahun saya gadaikan dara saya. Bila saya masuk kerja, saya dengar Rizz cuti sebab isterinya bersalin. Saya cuba hubungi Rizz guna telefon office. Untuk beberapa kali dia nda jawab. Last try baru dia jawab.
"Hello Rizz, kau di mana? I miss you" "Miss you too sayang. Saya di rumah ni. Bini saya bersalin. Sayang okay sudah? Sorry sebab saya sampai sayang demam" Rizz
"Saya okay sudah. Cepat lah masuk kerja. Rindu"
"Hahaha okay okay. Esok saya masuk kerja. Okay sayang?" Rizz
"Okay. Love you"
"Love you too" Rizz
Saya senyum lebar bila Rizz balas ucapan i love you saya. Hmm! Nda lama lagi dia akan tinggalkan kau perempuan! Saya pun penat kerja untuk orang tua nda sedar diri tu. Cukuplah ada adik saya. Saya nda perlukan orang lain lagi.
Besoknya Rizz masuk kedai tapi mukanya monyok saja. Saya mahu tegur pun takut ni. saya biarkan saja di masuk bilik dan saya buat kerja di luar. Balik2 saya tengok arah bilik. Tapi nda ada tanda2 dia akan panggil saya. Saya mencebik sambil terus copy kertas2 yang berlambak. "Safa, bawakan saya panadol dan air suam" Rizz
Saya lepas kertas yang saya pegang dan pass dengan salah satu staff. Kemudian saya ke belakang dan ambil air dan panadol untuk Rizz. Ingatkan saya sendiri ja yang demam rupanya dia pun demam. Penangan perawan kali?? saya tersenyum sambil menutup mulut saya kemudian saya berjalan masuk ke bilik Rizz.
"Nah. Kenapa ni?"
"Stress!! Sayang picit kepala saya" Rizz
Saya pun duduk di sebelahnya dan mula memicit kepalanya. Dia pejamkan mata sambil bercerita pasal isterinya. Saya hanya mendengar tanpa kisah. Buat apa mau kisah? Bukan badan saya pun kan??
"Mahu ke mana?" Rizz
"Banyak kerja saya."
"Biarlah dorang buat. Teman saya sini saja" Rizz
"Di sini? Lepas tu nanti dorang buat cerita macam2 lagi?? Hurmm"
"Okay kita keluar" Rizz
Terus bersinar2 mata saya bila Rizz cakap mahu keluar. Saya senyum kemudian kami sama2 keluar. Kami singgah makan dan cari hotel. Biasalah kalau sudah di hotel. Semua pun tahu kenapa lelaki dan perempuan naik hotel kan?
Kami terbaring lemas selepas berkerja keras hampir 1jam. Tubuh kecil saya di baluti selimut dan pinggang saya di peluk.
"Bila kau mahu ceraikan dia?"
"Hurmmm saya fikir anak ni sayang. Dia baru saja bersalin. Tangguh dulu ya" Rizz
"Okay. Lepas ni kalau mahu macam ni pun kita tangguh dulu ya?"
"Sayang bha.... saya janji nda lama. Lepas saja dia habis pantang, dia sihat sepenuhnya, saya akan bagitahu dia." Rizz
"Janji? Jangan habis manis sepah di buang"
"Janji sayang. Okay sekarang rehat dulu. Jam5 saya hantar balik" Rizz Hubungan kami berkembang semakin mekar. Lebih dari hubungan suami isteri. Selepas 3bulan, masih belum ada khabar tentang perceraian nya dengan perempuan tu. Mula sudah saya rasa gusar. Setahun berlalu, masih juga begitu. Takut di perbodohkan pula selepas saya serahkan semua. Sekarang saya ada handphone sudah. Rizz belikan saya. Jadi saya chat Rizz untuk bertanyakan hal tersebut kerana sudah beberapa hari dia nda masuk office atau hubungi saya.
??bie di mana ni?
??kenapa sayang? Bie di sini rumah mertua
??patutlah! Merajuklah macam ni!
??sayang!!! Bie hantar Nisa saja. Petang ni bie ambil sayang. Tutup kedai awal sikit ya
??okay
Mendengarkan apa yang Rizz cakap barulah ada lega sikit hati saya. Kalau tidak memang bergegar jantung sebab risau. Yalah saya siapa? Perempuan tu tetap bini dia kan. Apa saya mahu buat ni supaya Rizz cepat2 kahwin dengan saya?
Petang tu saya tutup kedai awal dan suruh semua balik. Saya pula tunggu Rizz di depan kedai. Selepas setengah jam barulah Rizz sampai dengan t-shirt polo merah dan seluar pendek. Dia hanya berpakaian santai tapi masih tetap macho. Saya cakap jujur Rizz memang handsome!!
"Bie!! Rindunya" Saya masuk kereta saja terus saya meluru memeluk tubuh sasa Rizz. Dia membalas pelukan saya dan kiss bibir saya baru dia memandu keluar dari kawasan kedai. Tangan saya nda lari dari genggamannya. Dia betul2 romantik, sebab tu saya semakin sayang dengan dia.
Rizz parking di satu tempat menghadap laut. Kemudian dia pusing menghadap saya dan kucup tangan saya lembut. Wajah saya di pandang serius seperti ada sesuatu yang mahu dia katakan. Saya pula yang berdebar. Mungkinkah dia mahu tinggalkan saya.
"Jom kahwin!" Rizz
"Huh?? Bie serius bha!!"
"Iya serius lah bha ni sayang. Bini saya nda mahu bercerai, dia suruh saja kahwin." Rizz
"Ohh takutlah tu tiada tanggung dia"
"Begitu lah tu. Sayang mahukah kahwin dengan saya ni? Bini no 2???" Rizz
Sebenarnya saya nda mahu jadi bini no 2. Tapi di kepala saya ada rancangan baik untuk pisahkan dorang secara perlahan2. Saya pandang Rizz kemudian saya senyum lebar
"Mestilah mahu. Lama sudah saya tunggu ni bie."
"Kalau gitu, sayang bagitahu keluarga sayang, bie mahu jumpa hujung minggu ni. Lepas tu bie bawa keluarga bie jumpa keluarga sayang. Okay?" Rizz
"Okay bie. I love you!"
Balik rumah macam biasa, saya nampak adik saya sedang ulangkaji pelajaran. Saya duduk sebelahnya dan tanya macam mana pelajarannya. Sekarang dia darjah 6 sudah. Nda terasa adik saya sudah semakin membesar.
"Sara, bapak mana?"
"Baru balik tadi. Mandilah kali tu. Mama membebel nda habis2 kan gaji bapak kurang" Sara
"Hurmm tu orang tua memang fikir duit saja. Nda fikir tu kesihatan bapak kita. Bha kamu belajarlah. Kakak mahu pergi mandi dulu" Saya nampak bapak masuk bilik baru lah saya pergi masuk bilik air. Lepas mandi saya pergi masak macam biasa. Perempuan tua mana mahu masak. Nda guna di pelihara. Siap saja untuk makan malam saya panggil bapak dan adik2 saya yang lain.
"Pak, lepas makan ni saya ada hal mahu cakap."
"Iyalah. Bapak di depan saja. Bawa kopi nanti" bapak
Saya angguk kemudian teruskan makan. Sementara bapak sudah selesai dan tunggu saya di depan. Lepas makan saya buat kopi dan duduk di depan dengan bapak. Tu perempuan tua pun ada duduk di sebelah bapak sambil bapak picitkan kakinya
"Siapa yang penat kerja ni sebenarnya? Yang duduk di rumah goyang kaki atau yang berhempas pulas di luar berkerja? Bapak ni sampai bila mahu jadi begini?"
Terus bapak lepaskan kaki mama tiri saya kemudian dia duduk baik2 menghadap saya.
"Sama2 penat nak. Mama kau pun penat urus adik2 di rumah. Mana kerja rumah nda pandai habiskan. Dia lagi penat dari bapak. Bha apalah kau mahu cakap tadi?" Bapak
Saya tuangkan kopi untuk bapak dan letak di depan nya sambil dalam hati atur ayat untuk bercakap.
"Begini pak, saya ni, ada teman lelaki bha. Bukan juga orang lain, tapi boss saya. Macam yang bapak tahu dia ni sudah kahwin. Jadi dia mahu kahwin dengan saya sebab bininya nda mahu bercerai. Hujung minggu ni dia datang jumpa bapak."
"Kamu sanggupkah jadi bini no dua?" Bapak
"Tu sebelah bapak, bertahan juga sampai sekarang. Jangan sangka saya nda tahu kamu memang kahwin sebelum mama meninggal." sindir saya
"Safa, jangan samakan mama kamu dengan kamu. Hidup bermadu ni hati mahu kental. Kalau nda memakan diri sendiri" bapak
"Nda paya fikirlah pak. Hujung minggu dia datang jumpa lepas tu dia masuk meminang. Senang cerita, jangan tolak! Sebab saya sayang dia dan saya sanggup hadapi apa pun"
Selepas seminggu Rizz berjumpa dengan keluarga saya, dia pun bawa keluarganya berjumpa saya. Selepas sebulan kami pun di ijab Qabulkan dengan lafaz nikah di hadapan wali saya. Dan kami sah sebagai suami isteri.
Untuk pertama kalinya saya melihat seorang isteri memimpin tangan suaminya untuk di nikahkan?? Nisa menangis di satu sudut, melihat kami bahagia di atas pelamin. Sesekali mata kami bertentang, saya nampak kesakitannya. Tapi langsung nda terkesan di hati saya. Bagi saya yang penting saya bahagia??
Share this novel