Part 5

Romance Series 4982

Seperti biasa, saya hantar Hannah ke sekolah baru saya pergi kedai dan tengok pekerja saya. Habis saya buat kerja terus saya ambil Hannah pula di sekolah. Itulah rutin harian saya sejak Hannah sekolah ni.

"Ibu, tadi Umi ada datang." HSaya nda boleh terus hidup sebumbung dengan Nisa.

"Safa, maafkan saya" Nisa

Saya limpaskan saja Nisa yang merayu memohon maaf. Saya tepis tangannya yang menyentuh tangan saya. Masih saya ingat gelak tawanya bila saya mengerang kesakitan hari tu. Tiba2 muncul kebencian saya.

Saya masuk bilik. Sebab kalau saya nampak muka Nisa, hati saya jadi sakit sangat. Saya jadi murung, pendiam, saya nda suka bercakap sekalipun dengan Rizz.

Saya mula memandu pulang ke rumah sambil kayan cerita dari Hannah. Nisa selalu juga berjumpa Hannah

"Umi cakap, Hannah sudah besar. Dia mahu ambil Hannah. Walau pun saya ni jahat. Tapi saya nda pernah nafikan hak Nisa sebagai ibu kandung Hannah. Dan saya cuba didik Hannah dengan didikan terbaik.

"Ikutlah dengan umi sekali sekala. Nanti ibu bagitahu abah"

"Nda apalah ibu. Lain kali lah. Ibukan sakit. Lagi pun adik2 Hannah ada di sana temankan umi" Hannah

Sifat siapa agaknya di warisi Hannah? Mungkin Nisa kan. Nda kan lah saya pula?? lucu rasanya. Sampai rumah saya terus ke dapur dan masak. Nda lama kemudian telefon saya berdering.

"Sara?"

??assalamualaikum Sara! ??waalaikumsalam kak. Mana bha kakak ni? Lama nya saya tunggu!! Jam berapa mahu ambil saya ni?

Terdengar suara rungutan Sara di hujung talian. Saya terlupa yang saya kena ambil dia hari ni di asrama.

??sorry kakak terlupa bha. Bha kejap tunggu sana. Kakak datang ambil

??cepat sikit

Tuttt

"Hannah, siap cepat kita ambil Ucu di kolej"

"Kejap bu!!" Hannah

Sejam kemudian saya sampai depan kolej dan nampak muka Sara macam kena panggang saja. Merah sebab tahan marah dan cuaca pun panas.

"Sudah bagitahu ambil awal tapi tetap lambat. Kakak ni memang lidut kan?" Sara

"Sara, jangan tunjuk depan Hannah bolehkah?" Bisik saya

"Ohh haii Hannah" Sara

"Hai ucu" Hannah

Sepanjang jalan hanya suara Sara dan Hannah saja yang terdengar. Saya memandu menuju ke arah rumah bapak. Tiba2 Sara bersuara.

"Buat apa mahu ke sana?" Sara

"Sara, buruk macam mana tu tetap bapak kita. Lagi pun berapa tahun sudah Sara nda pernah ikut kakak balik sana. Nda lama kamu graduat sudah. Restu bapak tu penting"

"Hurmmm masih juga kakak mahu pandang dia kan. Tu orang tua yang selalu pukul saya masa kecik saya nda akan lupa tu. Jangan sampai saya hilang sabar nampak muka dia nanti" Sara

Sara masih belum lupakan apa yang mama tiri kami buat. Entahlah, saya pun susah mahu lupakan tapi bila sudah kena dengan diri sendiri baru saya faham. Saya pandang Sara kemudian saya cakap

"Tunggu di kereta saja kalau nda mahu naik. Kakak mahu tengok bapak saja. Sebab bapak nda sihat"

Sara buat bodoh ja bila saya cakap. Kadang2 saya mahu marah tapi bila ingat sara sudah besar, saya cuba tahan hati saya. Sebab saya sayang adik saya. Inilah amanah terakhir arwah mama saya.

Sampai saya di rumah bapak saya, singgah sekejap, saya tengok adik2 saya yang lain pun besar2 sudah. Saya bagi duit belanja dan ubat bapak. Lepas tu saya balik. Sebab balik2 sudah bunyi hon kereta.

"Macik saya balik dulu. Jagalah tu bapak kami macam mana dia jaga kamu sampai dia belakangkan kami selama ni"

"Kasih maaflah bapak kamu Safa. Air di cincang nda akan putus. Cukup kamu benci macik, jangan kamu benci bapak kamu" mama tiri saya

Saya angguk saja lepas tu saya turun dan terus memandu balik ke rumah. Sara marah2 sepanjang jalan bila saya bagitahu bapak mahu jumpa dia. Tap hampa dia nda mahu dengar nasihat langsung. Saya berfikir, biarlah, dia masih muda. Nanti dia sedar sendiri juga.

Sampai waktu makan malam barulah Rizz balik. Macam biasa saya sambut dia balik dan sediakan air untuk dia mandi. Sara pula di ruang tamu sedang ajar Hannah buat homework. Lepas Rizz siap mandi kami makan sama2. "Cuti panjangkah Sara?" Rizz

"Ahh iya. Kenapa bang?" Sara

"Tiadalah bagus juga, ada teman kan kakak kamu dengan Hannah di rumah. Abg ni selalu keluar daerah" Rizz

Sambil makan kami bercerita. Tapi lebih banyak bercerita Sara dengan Rizz lah. Macam2 topik dorang. Saya fikir2 sementara Sara nda buat apa2 kerja bagus dia jaga kedai saja. Bolehlah saya fokus dengan rumah dan Hannah.

"Sara, sementara kamu belum buat apa2 ni, bagus kamu jaga kedai saja."

"Iya, betul juga tu. Jaga saja kedai tu Sara" Rizz

"Yala, tapi bagi saya cuti2 dulu. Saya mahu ke pulau. Bolehkah?" Sara

"Boleh saja. Bagitahu saja bila nanti abg bagi duit" Rizz

Baru saja saya mahu halang tapi Rizz sudah bagi izin. Saya tarik nafas saja. Sara pun adik Rizz juga. Dia tahu Sara sudah besar.

"Besok!!" Jawab sara sambil angkat2 keningnya

"Bha besok nanti abg hantar lah. Sekali ambil duit di bank" Rizz

"Jangan bagi banyak sangat bie. Biar dia belajar berjimat masa bercuti"

"Apa lah kakak ni nda spoting betul. Saya mahu juga beli2 di sana. Shopping sesuatu yang tiada di sini." Sara

"Sudah2 lah. Makan, nanti besok abg bagi duit. Jangan kamu adik beradik bertekak pulak" Rizz

Saya bukan nya nda suka Rizz baik dengan Sara. Tapi cara dia manjakan sara tu yang saya nda suka. Terlalu manja sampaikan saya boleh nampak sumbang ni bila tengok dorang berdua. Palis2 semoga di jauhkan.

Lepas makan kami semua masuk bilik. Saya tengok Rizz tengah kemas2 baju. Hairan juga saya kenapa dia nda suruh saya kemaskan.

"Bie, kemas baju ni mahu ke mana?"

"Ohh hubby outstation dua tiga hari." Rizz

"Ohh di mana? Dengan siapa?"

"Sendiri. Ada urusan bisnes hubby. Di luar daerah. Syg mahu pesan apa2 kah?" Rizz

"Hurmm nda lah bie. Hubby outstation, Sara ke pulau, berdua lagi lah saya dengan Hannah" "Syg keluarlah jalan2 dengan Hannah. Jangan lupa tengok2 kedai pula" Rizz

Saya angguk kemudian saya tolong packing baju2 Rizz. Malam tu Rizz nda tenang tidur. Balik2 berpusing. Tengok jam, main handphone. Entahlah yang pasti dia gundah gulana.

Besoknya saya siapkan sarapan pagi sebelum Sara dan Rizz keluar. Saya sediakan atas meja dan saya hantar Hannah ke sekolah. Lepas tu saya bergegas balik ke rumah sebab saya takut Rizz jalan sebelum saya sampai. Masuk saja dalam rumah saya dengan benda jatuh di dapur, macam bunyi sudu, cepat2 saya berjalan ke dapur. Saya nampak Sara berdiri di sinki sambil betulkan rambutnya, sementara Rizz sedang menikmati sarapannya.

"Bunyi apa tadi?"

"Ohh sudu jatuh, nda sempat ampai di sinki." Sara

Saya duduk sarapan dengan Rizz dan Sara masuk ke dalam. Mungkin sudah selesai sarapan. Lepas tu saya hantar mereka sampai ke pintu "Bie, hati2 memandu tu. Pastikan sara naik bot yang betul baru hubby jalan okay. Hubby nda kejar masa juga kan?"

"Iyalah. Syg pun hati2 di rumah. Bawa Hannah keluar jalan2 nanti supaya nda bosan." Rizz

Rizz cium dahi saya kemudian saya kiss pipi Sara. Masa ni baru saya perasan, baju yang Sara pakai dan baju yang Rizz pakai macam sedondon. Sebab Sara pakai cardigan jadi baju bahagian dalam nda berapa ketara.

"Aikk sama oh baju kamu?? berjanji kah?"

"Ehh iyakah? Saya order online ni kak" balas Sara
"Sara cepatlah!" Rizz

"Okay kak. Baii" Sara

Jujur saya cakap, hati saya rasa nda sedap dengan apa yang saya nampak. Walau hanya sehelai baju. Ya Allah! Jauhkanlah segala rasa curiga saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience