Part 3

Romance Series 4982

BAB 3
MADU SEPAHIT HEMPEDU
BY : DON'T ASK
.
.
.
Lepas seminggu berkahwin dengan Rizz, kami pergi honeymoon di ******. Handphone Rizz saya off sebab dari dalam bas lagi asyik berbunyi saja. Mesti panggilan dari Nisa. Ganggu saja orang honeymoon. Satu minggu di sana seminggu jugalah handphone Rizz off. Malam tu, hari terakhir kami di sini, esok kami akan balik rumah sudah. Tiba2 ada chat dari Nisam entah dari mana dia dapat no phone saya.

??Tinggalkan suami ku!! Kau nda malukah?? Macam nda ada lelaki bujang dalam dunia ni? Laki orang juga kau mahu?

??laki orang tu sekarang jadi laki akulah! Kongsi lah harta tuhan. Dia bukan nya lupakan kau pun. Ibadah bha ni kan??

??sial! Perempuan Sial!! Aku sumpah kau ndak akan bahagia!! Bagitahu Rizz ceraikan aku!! Ceraikan aku!! Kau nda akan bahagia atas penderitaan aku!! photo
Rizz akan ceraikan kau juga. Sabarlah, jalani hari2 indah bermadu.

Saya sengaja hantar gambar saya dan Rizz tidur bersama. Saya sengaja supaya Nisa nda tahan dan tinggalkan Rizz. Tapi saya silap, beberapa bulan berlalu, dia masih saja bertahan dengan Rizz. Malahan Riz lebih kerap pulang ke rumahnya dengan alasan rindukan anak.

"Bie balik sana lagikah?"

"Iya, Hannah sakit. Rindu bie kali" jawab Rizz

"Yaka? Bukan mama dia yang rindukah?"

"Hahaha atau sayang bie ni cemburu? Okaylah bie di sini malam ni" Rizz

Senang mahu kuasai Rizz ni. Hanya sedikit gaya manja saja. Saya dan Rizz makan bersama, kemudian kami santai di ruang tamu. Rizz ada belikan saya rumah, ndalah besar sebab dia bukannya kaya pun. Tapi cukup selesa dengan 3 bilik. Saya bawa Sara tinggal dengan saya supaya dia lebih selesa. Sementara Nisa tinggal di rumah mama Rizz.

Saya nda kerja, tapi kedai fotokopi tu saya yang jaga sekarang. Rizz buat projek lain. Seminggu 3kali saja saya pergi pungut hasil di kedai. Kamu sangka kedai fotokopi nda untungkah? Kamu nampak saja nilai dia kecil tapi untungnya besar juga. Sebulan boleh cecah rm10k juga hasil nya. Apa lagi kalau dari sekolah2 memang banyak. Bayangkanlah, Rizz nda ambil pun duit tu. Semua masuk akaun kedai dan saya yang pegang.

Saya nda pandang ni pasal duit. Saya sayang Rizz sebenarnya sebab tu lah saya sanggup bermadu. Dan sebab tu juga saya nda mahu lagi bermadu dan saya mahu mereka berpisah. Saya mahu Rizz milik saya seorang.

"Bie..."

"Hmmm..."

"Bie sayang saya kah?"

"Sayanglah bha" rizz Saya tersenyum. Saya harus mulakan rancangan saya supaya mudah untuk pisahkan Nisa dan Rizz.

"Kenapa Nisa tinggal di rumah mak? Kenapa nda tinggal di sini saja?"

"Sayang okay kah ni?" Rizz

"Sayang serius ni bie. Kalau dia tinggal di sini kan bagus. Bie nda jauh ulang alik. Kalau ada apa2 kita tetap duduk satu rumah. Senang kan begitu?"

"Saya ada fikir jugam tapi kalau Nisa nda mahu macam mana??" Rizz

"Mesti dia mahu tu bie. Kan bagus serumah. Boleh eratkan hubungan"

"Nanti bie tanya Nisa. Thanks sayang sebab tolak ansur dengan Nisa. Ini yang bie harapkan" Rizz

Rizz peluk saya. Saya senyum penuh makna. Dalam hati sya berkata, selamat datang ke neraka Nisa. Nda sabar saya dia tinggal serumah dengan saya. Biar dia sendiri yang minta cerai dari Rizz. Selepas seminggu Rizz bagitahu saya yang Nisa setuju untuk tinggal serumah. Saya lah orang paling gembira bila dia setuju. Saya suruh Sara siapkan bilik untuk Nisa. Esoknya Rizz bawa Nisa ke rumah dan saya dengan sebaik mungkin melayan Nisa di depan Rizz.

"Masuk kak. Terima kasih sebab sudi tinggal di sini. Nda sangka kak Nisa setuju"

"Ini rumah suami saya kan? Tempat seorang isteri di sisi suami nya, dan saya di sini sebab suami saya." Nisa

Dengan sombong dia bercakap begitu. Ikutkan hati mahu saja saya tuba lada di dalam mulutnya. Kata2 tu terlalu pedas buat saya. Tapi saya selindung di sebalik senyuman palsu.

"Okay, Nisa, sayang kamu berbaik2 lah. Nisa, abg harap kau boleh biasakan diri di sini" kata Rizz

"In shaa Allah abg." Balas Nisa sambil memeluk pinggang Rizz

Terbakar hati saya bila melihat kemesraan mereka berdua. Ini di depan saya, apa lagi kalau di belakang saya ?? mungkin lebih mesra dari ini. Sebab saya nda dapat tahan panas hati saya, saya berlalu pergi dari sana dan masuk dalam bilik. Nda lama kemudian Rizz menyusul masuk ke dalam bilik saya.

"Bie? Kenapa nda temankan kak Nisa?" Saya berpura bertanya

"Nda apalah sayang. Dia tidurkan anak tu. Bie rindu sayang" Rizz Rindulah tu sebab sudah dua malam nda balik sini. Saya buka perlahan baju saya dan naik atas badan Rizz. Saya melayan Rizz dengan maha hebat sebab saya mahu Rizz gilakan saya. Sampailah Rizz terkulai lemas bila nafsunya tersalur sehingga puas.

"Puas?"

"Sayang memang hebat." Balas Rizz tercungap2

"Mana lagi hebat, sayang atau kak Nisa?"

"Mestilah sayang. Kak nisa mana pernah buat begini. Asyik bie saja di atas. Kadang2 mahu juga layanan yang spesial macam sayang buat ni" Rizz

Puas hati saya mendengar pujian dari Rizz. Perempuan tu nda akan mampu buat apa yang saya buat. Apa dia tahu? Berlagak suci dengan tudung labuh tu? Mana mampu puaskan nafsu Rizz yang maha hebat ni

"Bie, besok saya ada kelas makeup. Hantar saya ah"

"Okay sayang." Rizz
Esoknya masa saya menunggu Rizz ambil saya untuk pergi kelas makeup saya nampak Nisa dan anak nya duduk di bangku luar. Sementara Sara sedang ulang kaji pelajaran di ruang tamu. Saya berjalan ke arah Nisa yang lengkap bertudung. Padahal di luar pintu rumah saja pun. Mengada2 gayanya, saya yang geram dan rimas.

"Nda panas kah kau pakai begini ni? Saya yang rimas oh"

"Panas? Sikit ja ni Safa. Lagi panas sana tu" balas Nisa

"Sana?? Sana mana??"

"Neraka" balasnya sinis

Entah kenapa saya rasa dia sedang cakap tentang saya sekarang sebab mata nya memandang saya. Saya balas pandangan nya dengan jelingan.

"Saya bawa kau tinggal sini bukan suruh kau goyang kaki. Pakaian di dapur tu, cuci! Saya balik saya mahu semua sudah bersih"

"Saya bukan orang gaji Safa. Saya isteri Rizz." Nisa
"Hahaha Isteri? Dalam rumah ni, saya yang berkuasa. Kau mahu kekal aman di sini sila ikut arahan saya"

"Kau lupakah Safa? Saya isteri pertama. Rasanya kau belum tua untuk lali tentang hal ni" Nisa

"Diam!! pelan2 saja Nisa. Pelan2 saya akan singkirkan kau"

Masa tu saya nampak kereta Rizz memasuki pagar rumah. Dengan pantas saya tarik Hannah dari tangan Nisa dan Nisa cuba untuk rampas Hannah semula. Saya pula berkeras memeluk Hannah

"Apa kau buat ni Safa!? Lepaskan Hannah!" Nisa

Saya senyum sinis dan masa tu juga Nisa tolak dada saya. Dengan sengaja saya jatuhkan diri saya di lantai sehingga terdengar suara Rizz memanggil nama Nisa.

"Nisa!!! Apa kau buat ni?" Rizz

Saya masih berpura2 kesakitan di atas lantai.

"Safa cuba rampas Hannah dari saya abg. Saya nda sengaja tertolak dia" Nisa

"Bie !! Bie nda apa. Nisa nda sengaja. Saya mahu dukung Hannah tadi tapi Nisa nda mahu. Nda apa lah. Anak dia kan"

Saya buat muka sayu dan sedih. Airmata saya pun mengalir. Nisa pula cuba pertahankan tapi mana Rizz percaya. Sebab dia nampak apa yang berlaku tadi ??

"Nisa!! Safa tu mahu kamu berbaik. Kenapa buat begini?? Salahkah dia mahu dukung anak kita? Hannah kan anak Safa juga?" Rizz

Rizz kelihatan marah dan menarik tangan saya menuju ke kereta. Sempat saya melihat Nisa dengan senyuman sinis.

"Abg!!! Dia bohong!!" Nisa

Sayangnya Rizz hanya biarkan Nisa dan terus memandu keluar dari rumah. Dia sangat marah pada Nisa. Hmm!! Rasakan!!??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience