Part 1

Romance Series 4982

BAB 1
MADU SEPAHIT HEMPEDU
BY : DON'T ASK

??Tinggalkan suami ku!! Kau nda malukah?? Macam nda ada lelaki bujang dalam dunia ni? Laki orang juga kau mahu?

??laki orang tu sekarang jadi laki akulah! Kongsi lah harta tuhan. Dia bukan nya lupakan kau pun. Ibadah bha ni kan??

??sial! Perempuan Sial!! Aku sumpah kau ndak akan bahagia!! Bagitahu Rizz ceraikan aku!! Ceraikan aku!! Kau nda akan bahagia atas penderitaan aku!!

Saya nda tahu saya harus ketawa atau pun sedih. Tapi saya bahagia melihat tangisan perempuan yang kini bergelar janda kerana saya. Seolah2 ada satu kepuasan dalam diri saya. Puas yang membuat saya rasa bahagia.
# imbas kembali

"Safa!! Cepatlah bapak kau bukan nya nda ada kerja lain!" Jerit mama tiri saya.

"Sabar sikit bha. Yang kerja kasih makan kamu ni saya! Jadi bersabarlah!" Bentak saya

Mama tiri saya hanya menjeling. Sejak kecil saya di pulaukan. Sejak mama saya meninggal masa umur saya 8tahun, bapak saya terus menikah dengan mama tiri saya. Nda lah jahat tapi suka mengulun. Ini itu semua saya yang buat.

"Jangan juga kau terlampau kurang ajar Safa. Macam mana pun itu sudah jadi mak kau bha" bapak saya bilang

"Kalau dia anggap saya anak ndak dia kasi beza2 saya sama anak2 kamu pak. Sudahlah. Saya lambat sudah ni"

Bapak hantar saya ke tempat kerja. Lepasan darjah 4 agak2 kerja apa yang saya buat?? Kerja di restoran sebagai pelayan sajalah. Tangan saya sampai luka2 akibat terlampau berendam dengan air sabun dan sisa kotoran makanan. Hujung bulan gaji rm400 sangat nda berbaloi.

Kalau saya nda fikirkan adik saya yang masih sekolah mungkin saya nda mahu kerja ni. Bagus saya merantau di KL. Tapi saya nda mahu adik saya rasa hal yang sama dengan saya. Masa ni umur saya dalam 18tahun, semua aset saya baru mulai tumbuh. Badan saya kecik2 saja. Tinggi nda tinggi pun. Kerja sama keling buat saya rimas di lihat2. Pan*a* saya selalu jadi bahan tamparan tangan boss saya.

Satu hari tu saya basuh piring di dapur. Tiba2 saya kena peluk dari belakang. Leher saya di cium2. Gelinya saya masa tu. Dengan jambang kena2 di kulit saya. Apa yang saya buat masa tu betul2 buat lelaki trauma kalau kena. Saya kumpul tenaga saya dan saya picit sepenuh hati biji ***** tu kaling!

"Argghhh!! Arghhhh!!!"
Saya yang terlepas sudah masa tu terus berlari keluar. Sempat saya ambil duit di kaunter sebab ngam2 gaji pula hari tu. Saya naik kereta sapu saja balik rumah. Sampai rumah kena marah2 pula sebab berhenti kerja

"Ehh Safa! Kau sangka murahkah barang2 zaman ni? Kalau kau nda kerja tolong bapak kau adik2 kau ni mau makan apa?!" Mama tiri saya Kepala saya kena tolak2. Saya paling benci mama tiri saya sebab dari sebelum mama meninggal dia memang ada affair dengan bapak saya. Lepas saja mama meninggal terus dorang kahwin. Sebab tu saya benci dia! Dan saya benci tengok orang bahagia

"Ehh orang tua!! Kalau kau mahu senang, kau kerja lah!! Jangan mahu harap di bagi makan saja"

"Safa!! Kau masuk bilik!!" Bapak

Satu bulan juga saya nda kerja. Saya pusing2 cari kerja. Akhirnya saya dapat kerja kedai fotokopi. Gaji rm500. Okay sikitlah. Kerja pun santai. Kalau mahu peperiksaan barulah sibuk sampai ke malam.

Boss saya ni sudah kahwin. Nama nya Rizz. Boleh tahan juga, kulit putih, mukanya pun lawa handsome. Tapi entahlah, bila saya nampak dia layan pekerja2nya yang lain saya sakit hati. Saya macam nampak apa yang bapa saya buat dengan mama saya dulu.

Sebab bapa curanglah sampai mama saya mati sebab murung dan meroyan lepas melahirkan adik saya. Saya benci lelaki begitu. Sudah nampak pengorbanan perempuan masih lagi cari lain.

"Safa, kau belum balik? Mahu jam 7 sudah." Rizz

"Belum boss. Banyak lagi kerja ni. Besok kena ambik sudah ni, yang lain nda mahu ot. Terpaksa saya buat sendiri"

"Terpaksa bayar kau lebih lah ni sebab ot??nda la saya main2 ja. Mari saya tolong kau binding" Rizz

Malam tu sampai ke tengah malam baru lah siap. Sebab esok pagi2 cikgu tu mahu ambil sudah. Kalau copy saja mungkin nda lah susah tapi kena binding lagi. Kalau mesin jammed kena guna manual lagi lah lambat.

"Kita makan lah dulu. Baru saya hantar kau balik. Kau sudah bagitahu kah mak bapak kau ni yang kau ot?"Rizz

"Saya mana ada telefon boss."

"Kau nda pakai telefon kedai?" Rizz

"Nda ingat no bapak saya boss. Biarlah. Nda juga dorg kisah tu" Kami pergi makan lepas tu boss hantar saya balik. Macam2 juga lah dia tanya saya. Sampai hal peribadi saya. Biasa lah lelaki kan. Tapi entah lah saya suka bila dia beri perhatian dengan saya.

Makin lama kami makin rapat sampai saya bagi amaran yang lain jangan terlampau rapat dengan Rizz. Saya cakap bininya nda suka. Actually saya yang nda suka. Bininya manalah tahu. Dia bukan nya pernah datang kedai pun.

Kalau Rizz datang kedai, mesti dia panggil saya masuk dalam biliknya. Saya pula macam bangga bila Boss lebih perhatian dengan saya. Sampai ada saya dengar yang cakap saya ni simpanan Rizz. Ahh lantak kamu lah. Kalau betul pun apa salahnya.

Ada hari tu, Rizz macam demam panas. Tapi saya banyak kerja. Banyak paper yang mahu di copy. Sudahlah staff lain nda mahu ot. Masalah kenderaan dorg bilang. Terpaksa lah saya ot sendiri. Nasib ndak lah banyak betul. Cuma kejar masa. Nasib Rizz kasih teman saya di kedai. Dia di bilik saya pula binding kertas di luar. Saya duduk di lantai sebab meja nda muat dengan kertas2 yang bertabur. Tiba2 Rizz keluar dan duduk sebelah saya. Dia alihlan tangan saya lepas tu baring atas paha saya.

"Ermm kenapa?"

"Sakit kepala saYa Safa." Rizz

"Baringlah di dalam. Saya banyak kerja lagi ni"

"Baring sini saja lah." Rizz

Mahu nda mahu saya biarkan sajalah dia baring di paha saya. Sementara saya pula kesusahan bergerak sebab kalau saya bergerak ambil kertas di depan saya mesti muka Rizz tersentuh di dada saya. Segan pula saya. Tapi Rizz sedap juga tertidur

Siap saya buat kerja saya kejutkan Rizz minta hantar pulang. Dia duduk di kerusi sementara saya susun semua kertas yang siap di binding ke atas meja. Tiba2 saya di peluk dari belakang.

"Boss!! Apa ni??"

"Saya sayang kau Safa." Rizz "Ishh tapi kau sudah kahwin kan. Lepaslah"

"Kalau kau dengan saya, saya sanggup ceraikan bini saya Safa" Rizz

Tiba2 timbul rasa bangga bila Rizz sanggup tinggalkan bininya sebab saya. Saya berpusing dan pandang Rizz

"Betul?"

Jari saya bermain di dadanya. Rizz pejamkan mata dan angguk.

"Kau akan tinggal kan dia?"

"Ya. Saya akan tinggalkan dia Safa. Lama sudah saya suka kau cuma saya nda berani cakap" Rizz

Saya letak telunjuk saya di bibir Rizz kemudian saya rapatkan bibir saya di telunjuk saya. Terasa nafas Rizz nda teratur sudah. Perlahan saya tarik kemeja nya dan bawa dia masuk dalam bilik office. Dalam hati saya hanya ingin memiliki lelaki ini. nda kisahlah walau harus memisahkan dia dengan isterinya.??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience