She who destroys the light

Romance Series 1925

“Mikayla awak akan duduk dengan Hisham dan Intan akan duduk dengan Nadzmi."

Mendengar sahaja arahan yang diberikan oleh Cikgu Zahara itu. Nadzmi pun memalingkan muka nya ke arah Mikayla seolah tertanya apa yang sedang berlaku. Mikayla hanya mendiamkan diri.

“Intan bagitahu cikgu yang dia rabun. Jadi cikgu terpaksa tukarkan tempat duduk Mikayla dengan Intan. Mikayla awak okey kan? "Soal Cikgu Zahara.

Mikayla mengangguk tanda bersetuju dan segera mengalihkan beg sekolah nya di tepi Hisham. Beberapa minit kemudian, ada sesuatu yang sedang menganggu fokus Mikayla iaitu perbualan rancak antara Nadzmi dan Intan yang sedang duduk di hadapan nya.

“Saya tahu apa yang awak fikir Mika."

Suara Hisham masuk menjengah ke dalam ruang fikiran Mikayla yang sedang memikirkan sesuatu. Dia pun memalingkan muka nya ke arah Hisham.

“Lembut, licik itu memang perangai nya."

“Maksud awak?"

Sukar untuk Mikayla meneka maksud di sebalik kata kata Hisham itu.

Hisham tersenyum dan meletakkan jari manis nya ke mulut tanda menyuruh Mikayla diam kerana tidak mahu Cikgu Zahara mengesan perbualan mereka. Mikayla mengangguk tanda memahami isyarat tersebut. Lalu Hisham mencapai sehelai kertas yang terdapat di meja Mikayla dan menulis sesuatu.

‘Saya pernah jadi mangsa permainan Intan. Nadzmi benci saya disebabkan fitnah Intan.'

Mikayla pun cuba mengagak sesuatu tetapi gagal.

“Nanti chat saya, saya bagitahu apa yang terjadi antara mereka." Bisik Hisham dengan suara yang agak perlahan.

*****

Nadzmi menawarkan diri untuk menghantar Mikayla pulang ke rumah. Namun, tiada perbualan antara mereka cuma lagu ‘First love' Adele sahaja bergema di dalam kereta.

“Best kan lagu ni, sesuai dengan suasana sekarang." Luah Mikayla setelah lama berdiam diri.

“Maksud awak?"

“Something bad will happen between us. Tak ka awak rasa macam tu? "

“Stop cipta sesuatu yang tak ada. Kalau awak dah tahu, saya nak awak please jangan fikir benda yang bukan bukan. Kami just kawan."

“Ya kawan, we will see."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience