Your voice always make me smile.

Romance Series 1925

Mikayla Emiylia. Keunikan namanya selalu menjadi tarikan setiap orang yang mendengar. Seperti keunikan namanya, dia juga mempunyai personaliti yang sukar untuk ditafsirkan.

“Hello? Sapa ni?"

Usik Mikayla apabila nama seorang yang dicintainya tertera di skrin telefon nya. Usikan itu disambut dengan ketawa seorang lelaki yang agak garau dan nakal suaranya. Mendengar sahaja suara itu, sudah menyenangkan hati Mikayla.

“Eh tak kenal ke? Jangan nak mengada ey. Mikayla, sudi tak naik kereta dengan beta hari ini?" Pelawa Nadzmi.

“Ermm tak nak."

Jawapan Mikayla itu membuat Nadzmi keliru dan terus bertanya dengan nada yang sedikit perlahan namun tegas.

“Lah kenapa pulak?"

“Nak naik kuda, tak nak naik kereta." Usik Mikayla lagi.

Nadzmi menghela nafas dengan perlahan dan tertawa kecil lalu menyambungkan bicara.

“Iyala buk, nnti saye sediakan kuda untuk awak ye. Lembu pun boleh, kereta jenazah pun boleh." Gurauan Nadzmi itu membuatkan nya ketawa terbahak bahak.

‘Gurau kasar kau ey.' Bisik hati Mikayla geram.

“Hah yela, see you later. Tak guna"

Mikayla terus mematikan panggilan telefon itu dan segera mendapatkan ibunya.

“Puan Azizah.. Mana ni? "

“Amboi, Puan Azizah? Nak kena budak ni. Hah nak apa? Mama sibuk ni." Kata Puan Azizah iaitu ibu kepada Mikayla.

“Jangan la marah mama. Maa, harini Mika pergi sekolah dengan Nadzmi tau."

“Yelaa, belajar rajin rajin.. Jangan nak bercinta je, jangan buat benda tak elok. Kalau tak, pintu rumah tu terbuka je Mika."

Bebelan ibu nya itu membuatkan Mikayla memuncungkan bibirnya. Sambil menyuap sekeping roti berintikan kacang. Mikayla pun membalas kata kata ibunya itu.

“Yala mama, Mikayla ingatla. Mama ni, takkan la tak kenal anak mama."

Ding! Dong!

“Assalamualaikum." Ucap Nadzmi yang sudah sampai menjemput Mikayla untuk ke sekolah bersama.

“Hah, Nadzmi dah sampai tu. Baik baik tau. Nadzmi! Jaga anak aunty betul betul. Kalau tak, aunty pancitkan tayar kereta tu tau!"

Mikayla memandang Nadzmi yang terpinga di hadapan pintu. Baru sahaja Mikayla hendak mengusik, cepat sahaja tangan Nadzmi mencuit lembut lengan Mikayla membuatkan Mikayla menjerit kecil.

Begitula mereka setiap hari, ada ada sahaja helah yang mereka lakukan. Walaupun masih mentah, namun kematangan yang ditunjukkan oleh mereka berdua menyakinkan Puan Azizah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience