Secret

Romance Series 1925

Selepas membaca text yang diberikan oleh Hisham. Mikayla menarik nafas sedalam yang boleh. Hati remaja nya tidak terlalu meronta seperti yang lain. Namun, terdapat sedikit kekecewaan yang berlaku. Menurut Hisham, Intan telah memberitahu Nadzmi bahawa Hisham memikat dirinya dan menyuruh Intan menjauhkan diri daripada Nadzmi. Namun hakikatnya, Hisham tidak pernah melakukan perkara tersebut dan itu hanya permainan Intan sahaja untuk tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Nadzmi padahal Nadzmi sangat mencintai nya.

Ring! Ring! Telefon Mikayla berdering, tertera nama Nadzmi di skrin telefon nya.

‘Apahal pulak budak ni call malam malam.'

Sebaik sahaja menjawab kedengaran suara yang agak serius tidak seperti selalu.

“Mikayla, saya nak jumpa awak sekarang. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak."

Jantung Mikayla berdegup kencang namun suara nya berjaya menyembunyikan rasa gelisah itu.

“Hm ya. Saya tunggu. Tapi tak boleh lama."

‘Eh terus endcall? Aku ada buat salah ke sampai dia macam ni?' Bisik hati Mikayla keliru apabila Nadzmi berkelakuan tidak seperti selalu.

******

“Dari tadi awak datang sini. Tapi kita asyik senyap. Awak nak apa sebenarnya?" Soal Mikayla tegas.

Renungan Nadzmi terhadap nya terhenti. Nadzmi membetul kan tempat duduk nya yang seperti kapal hanyut.

“Sebenarnya..Sebenar nya kan."

“Sebenar nya apa!"

“Intan bagi nombor telefon dia kat saya dan hujung minggu ni kami akan keluar sama sama sebab dia kata dia nak belajar so saya setuju.. Opss!"

Kata yang entah disengajakan atau tidak yang keluar dari mulut Nadzmi hanya membakar api di dalam hati Mikayla. Dengan renungan tajam Mikayla berkata.

“Oh yaka, so pergilah. Kenapa nak bagitahu saya?"

“Awak tak nak ikut ke?"

“Tak, just have fun with her okey? Saya penat dan saya nak belajar sendiri." Balas Mikayla dengan senyuman sindiran.

Mikayla pun masuk ke dalam rumah. Apabila Puan Azizah menyuruh Mikayla menyediakan minuman, Mikayla tidak menghiraukan nya malah menutup pintu dan membiarkan Nadzmi di luar.

Di ruangan bilik, Mikayla menjengah ke luar tingkap. Melihat kereta Nadzmi sudah berlalu pergi. Dia pun segera menghantar pesanan ringkas kepada Nadzmi.

‘To be honest, saya takut. Entah saya tak tahu nak bagitahu awak macam mana. But its so okey. Perasaan ni mungkin muncul sementara.'

Beberapa minit kemudian, Mikayla pun menerima pesanan ringkas daripada Nadzmi.

‘Faham apa yang awak cuba sampaikan. Tapi masa lalu tetap masa lalu. Awak jangan risau ya?'

Mikayla hanya mampu berfikir.

‘Masa lalu tetap masa lalu. Tapi macam mana dengan masa lalu tetap masa lalu, tapi perasaan tetap sama macam dulu?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience