Unwanted person

Romance Series 1925

“Eyy jap. Nadzmi, kotak pensel saya tertinggal la dekat tempat duduk kereta awak. Pinjam kunci jap, saya nak pergi ambik." Mikayla menghulurkan tangan sambil tersenyum.

“Pilih. Kunci kereta atau kunci hati saya?" Usik Nadzmi membuatkan Mikayla tersipu sipu.

“Aku sepak kang, baik kau bagi cepat."

“Garang nya, yala cepat tau. Saya tunggu kat sini. I give you 5 minutes." Kata Nadzmi sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduk yang terdapat di halaman sekolah itu.

Selang beberapa minit, mata nya tiba tiba tertumpu dengan sosok wajah yang amat dikenali nya.

‘Kenapa? Kenapa hati aku tiba tiba rasa macam ni?' Bisik hati Nadzmi tertanya tanya siapakah gerangan perempuan itu.

Semakin perempuan itu menghampirinya, semakin detik hati nya berdegup kencang. Wajah nya berubah apabila Cikgu Zahara memperkenalkan perempuan itu kepada nya.

“Intan?" Nama itu keluar dari bibirnya membuatkan Cikgu Zahara mengerutkan dahi.

“Nadzmi kenal Intan?" Soal Cikgu Zahara.

Nadzmi hanya mengangguk dan tersenyum pahit. Nadzmi memandang wajah Intan seperti juga Intan memandang wajahnya. Tiba tiba, kehadiran Mikayla menghentikan suasana yang kelihatan tidak menyenangkan itu.

“Selamat pagi cikgu." Ucap Mikayla sambil tersenyum mesra.

“Mikayla, Nadzmi. Ni la pelajar baharu kelas kamu orang yang cikgu ceritakan minggu lepas. Intan namanya." Cikgu Zahara memperkenalkan Intan.

“Hai Emiylia Mikayla." Ucap Mikayla sambil menunduk sedikit tanda hormat.

Intan memperkenalkan diri dan membalas dengan senyuman.

*******

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Seimbas kembali peristiwa di dalam kelas. Mikayla menyedari sesuatu tentang perubahan Nadzmi. Sejak kehadiran Intan disini, Nadzmi sedikit membisu tidak seperti kebiasaan nya. 10 patah perkataan yang dikeluarkan oleh Mikayla, hanya satu perkataan sahaja di jawab nya. Mikayla melabuhkan punggungnya di samping Nadzmi lalu bertanya.

“Awak, kenapa ni? Awak macam tak okey je sejak tadi?"

Soalan Mikayla dibiar sepi namun dibalas dengan senyuman. Nadzmi menyuap dua tiga sudu nasi ke dalam mulutnya untuk mengalas perut. Mikayla hanya mendiam kan diri.

‘Aku mesti siasat kenapa dia jadi macam ni. Hm atau mungkin, Intan..'

Cepat sahaja dia mengelengkan kepala nya tanda tidak bersetuju dengan minda nya sendiri. Tidak mungkin Intan ada kena mengena dengan Nadzmi kerana Nadzmi tidak pernah menyuarakan sesuatu perihal perkara itu.

Nadzmi pulang awal dan tidak menghadirkan dirinya di kelas luar sidang kerana dia berkata bahawa dia tidak sihat. Mikayla semakin tenggelam dalam kekicauan hati nya itu namun dia tetap berfikir secara positif. Tiba tiba Intan mendekati dirinya.

“Hai Mikayla." Tegur Intan sambil tersenyum.

“Hai Intan, macam mana hari ni. Okey semua?"

“So far so good. Yang paling bagus bila dapat tengok muka orang yang kita rindu sangat."

‘Orang yang kita rindu? Kau cakap sapa?' Bisik hati Mikayla.

“Nak tanya, awak ada hubungan dengan Nadzmi ke? Atau sahabat je?" Soal Intan.

Inilah peluang untuk Mikayla mengorek rahsia kalau kalau Nadzmi ada kaitan dengan Intan atau tidak, fikirnya. Dia pun menafikan hubungan cinta nya dengan Nadzmi dan hanya berkata bahawa dia hanya berkawan sahaja.

Intan mengangguk tanda memahami sesekali mempamerkan wajah gembira nya. Riak wajah itu tidak menyenangkan hati Mikayla. Mikayla pun menanyakan sesuatu.

“Awak ada hubungan ke dengan Nadzmi?"

“Actually, he is my first love since we are in form 3 and dia kata. Saya first love dia. Sound funny right sebab kita just remaja yang tak tahu apa apa but you know what. For me, he is my everything until now."

Kata kata Intan itu membuatkan hati Mikayla bagai dihempas dan dirobek. Sesak dadanya menahan sebak namun ditahan pahit sedikit demi sedikit. Dia tidak menyangka bahawa perempuan itu telah membuat perasaan Nadzmi berdolak dalik begitu sahaja, sampaikan Nadzmi tidak menoleh nya seperti selalu. Dengan perasaan yang sakit, Mikayla pun tersenyum seperti tiada apa yang berlaku.

“Ouh, patutla. Nadzmi senyap je hari ni. " Ujar Mikayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience