Like a new day

Romance Series 1925

Sesampai sahaja Mikayla di sekolah. Kelihatan Nadzmi sedang duduk di tempat nya sambil membaca buku. Sudah berhari Nadzmi menyepikan diri tanpa sebarang berita. Mikayla berasa keliru dan tertanya tentang kelakuan Nadzmi.

“Kenapa awak tak call or text saya?" Soal Mikayla kelihatan bingung.

“Awak pergi sekolah dengan sapa tadi?"

Nadzmi tidak memandang nya namun terus menerus membaca buku.

“Papa. Awak jawabla soalan saya dulu." Gesa Mikayla.

“Saya busy 2 3 hari ni. Tak sempat nak chat or text." Balas Nadzmi ringkas.

“Walaupun untuk beberapa minit pun tak sempat?"

“Please, saya penat."

“Hai Mikayla, hi sayang."

Sapaan Intan itu membuat hati Mikayla berdegup kencang. Dengan spontan nya dia berkata.

“Sayang?"

“Thanks for your help Mikayla, sebab awak nak tukar tempat duduk dengan saya. Kami makin dekat and jadi macam dulu." Kata Intan sambil tersenyum.

Dengan linangan air mata, Mikayla hanya mendiamkan diri lalu beredar dari situ. Nadzmi yang berubah takut, mengejar nya. Intan hanya tersenyum lalu melabuhkan punggung di tempat duduk nya.

“Mikayla Emiylia tunggu. Saya boleh jelaskan."

Tercungap cungap Nadzmi mengejar namun Mikayla tidak mempedulikan nya lalu masuk ke dalam tandas. Lama Nadzmi menunggu di luar, namun kelibat Mikayla pun tidak kelihatan.

‘Takkan dia bunuh diri kot dalam tu, eh masuk ke tak ni ey.' Bisik hati Nadzmi risau.

“Eh Nadzmi, apa awak buat kat situ. Mengintai ey." Tegur Cikgu Karim yang membawa rotan.

“Tak la cikgu tak. Saya tengah ermm, siram pokok ni haa."

“Apa ke gila nya siram pokok tandas ni. Kalau nak sangat, hah tu. Banyak je pokok kau nak siram."

Mikayla pun muncul dan menyapa cikgu Karim. Mata nya sembab akibat menangis namun bernasib baik Cikgu Karim tidak perasan dan hanya membalas sapaan Mikayla.

“Hah Nadzmi, pergila masuk kelas. Dah nak mula dah pun pdp. Cikgu sebat kang baru tahu."

“Yeye, bye cikgu. Eh salah, Assalamualaikum."

Nadzmi bertempiaran lari dan Cikgu Karim hanya mengelengkan kepala.

*****

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Dengan rasa bersalah, Nadzmi memandang Mikayla yang hanya mendiamkan diri.

Hisham memerhati apa yang sedang berlaku lalu mendekati Mikayla.

“Awak okey?" Soal Hisham risau

“Tak tahu. Saya tak tahu yang saya okey ke tak."

Rasa kecewa jelas terpancar di raut wajah Mikayla. Walaupun Mikayla tersenyum, namun Hisham tahu apa yang tersirat di sebalik hati gadis manis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience