Rate

Bab 3

Romance Series 5947

"Jom lah ke sekolah du du
Ada kawan baru du du
Excited nya hari ini du du
Mahu ke sekolah" Nyanyian Qiesya yang ceria itu menggunakan latar lagu Didi and Friends dan digunakan suara seperti cute girl pada awal pagi buta dengan niat excited untuk menuntut ilmu di sekolah barunya.
Yeay!

Selesai saja mandi dan memakai baju lengkap sekolahnya,dia mengambil beg sekolahnya untuk memastikan semua barang keperluan sekolahnya dibawa lengkap!

Kemudian dia mengerling ke arah jam di dinding biliknya itu menunjukkan baru sahaja pukul 5:30 pagi. Ok dah lambat dah ni.

'Eh wait! What? Pukul 5:30 pagi? Like...seriously? Awalnya... Patutlah ngantuk semacam dah aku ni.' Qieaya merengek seorang diri.

Nak tidur? Nanti terlajak pula subuh. Hurmm mentol menyala!!! Ting!!!

Qiesya menuju ke meja belajarnya dan membuka laci meja tersebut. Kelihatan ada sebuah kotak berwarna merah di dalam nya. Di capai kotak tersebut. Actually, kotak ni bukan Qiesya punya ya,tapi milik umminya. Cuma isinya saja milik Qiesya sepenuhnya.

Dengan bacaan bismillah,dia membuka kotak tersebut. Terserlah kilauan sinar dari dua bracelet dan seutas rantai emas. Bracelet yang berwarna perak dan berbatu permata itu dulu pemberian dari seorang lelaki yang pernah membuat dirinya terluka dan meninggalkan kesan yang teruk apabila ditinggalkan lelaki tersebut. Janji manis yang di ungkapkan dari si dia hanyalah dusta semata mata.

Susah benar mahu move on dengan first love sendiri kan? Susah kerana dia juga insan yang pernah melakarkan senyuman yang indah dalam kehidupan Qiesya Hezrina Bellyna.

Di buangkan pandangannya ke bracelet yang berada di tangan kirinya itu pula. Tidak dapat diungkapkan betapa istimewanya bracelet tersebut pada dirinya. Pemberian dari seorang insan yang cukup dia sayangi. Dia lah yang selalu menemani Qiesya ketika susah dahulu. Susah atau senang tetap bersama. Sungguh besar jasanya pada Qiesya.

Walaupun sudah lama tidak bersemuka,tetapi hubungan mereka seperti tidak terputus. Selalu saja diingati jejaka tersebut di ingatannya.

Cantik. Berwarna emas dan ditaburi dengan permata yang berkilauan serta corak bunga. Rantai pula, pemberian dari kedua ibu bapa nya ketika dia kecil lagi. Masih kelihatan cantik walaupun sudah lama tempoh menyimpannya.

Tiba-tiba pintu bilik kedengaran seperti diketuk dari luar.

"Hezrina,bangun. Waktu subuh dah nak masuk ni. Cepat bersiap untuk solat berjemaah"Ujar walidnya dari luar.

"Baik,walid"
==========================================================
"Assalamualaikum ummi,walid." Qiesya memberi salam kepada kedua ibu bapanya itu dan duduk di kerusi meja makan untuk turut serta bersarapan.

"Akk kami berdua ni tunggul saja ke yang kau beri salam pada ummi dan walid saja?"Satu suara lelaki menegurnya dari sisinya.

Ummi dan walid hanya menggelengkan kepala sambil tersengih.

"Entahnya dia ni. Dah lupa agaknya siapa abang dia. Yang selalu dijadikan tempat bermanja. Bila ada ummi dan walid saja,lupalah kita."Datang lagi satu suara garau di sisinya juga. Kedengaran seperti rintih saja.

Ezriq Rayqal dan Fazriq Eyfal.

Eh abang-abang Hez pun ada rupanya. Ala haih tidak pula beta nampak dua orang hamba di sisi beta. Sorry. Assalamualaikum" Sindir Qiesya.

Qiesya merapatkan badan kedua abangnya itu untuk dipeluknya. Dicium bergilir-gilir abangnya itu.

Hahaha rasakan!

"Hez,A-aku tak b-boleh nak ber-nafas"ujar Rayqal sambil menepuk badan Qiesya perlahan sebagai tanda protes.

"Eee Hez,geli la abang Riq tak suka hok gini. Lepas-lepas!"Dihalangnya bibir Qiesya dari terkena ke mukanya.

Pautan pelukan pun dileraikan.

"Hehe Hez rindu abang Riq. Nak peluk lama sikit boleh?" Pinta Qiesya.

"Janji jangan dicium muka abang eh? Jangan ketat sangat. Agak lah nak suruh abang Riq ni mati awal."

"Hehe tak la"balas Qiesya.

"Aik aku disini tidak pula dirindunya?"Rayqal mencebik dan menyambung untuk makan.

"Abang Qal dah dengki Hez semalam,tak mau la. Kita lagi sayang abang Fazriq. Abang Fazriq sayang Hez tak?" Dimanja kan suara dan dibuat muka polosnya. Comel!

Fazriq yang ternyata abang kandungnya sendiri pun nak cair melihat dan mendengarnya. Mahu tahi telinga meleleh ni! Euuwww!

"Sayang Hez? Herm, baik abang sayangkan teman wanita abang,dari adik abang yang mengada ni"balas Fazriq dengan sengihan di bibirnya itu.

"Ish dah lah. Kita nak makan. Nak pergi sekolah." Ditolaknya tubuh Fazriq ketepi. Dan bergegas makan dan bersiap untuk ke sekolah.

Selesai saja makan, Qiesya bersalaman dengan ummi dan walid serta Rayqal. Seterusnya dia keluar dari rumah dan menuju ke arah Fazriq yang sedang menghidupkan motor walidnya.

Sampai saja di sekolah,Qiesya menghulurkan tangannya ke Fazriq untuk bersalam.

"Sekolah nanti jangan nakal sangat tau. Jangan nak menggedik pula mencari teman lelaki. Ingat tu. Dah,abang kena pergi ni, Assalamualaikum."dihadiahkan ciuman di ubun-ubun kepala Qiesya sebelum pergi.

Qiesya pun memulakan langkahnya menuju ke pejabat untuk menguruskan aturan kelasnya pada hari ini. Terlebih semangat lah pula. Pada tahun ini Qiesta berumur 14 tahun,dan Fazriq pula berumur 16 tahun dan bersekolah di kolej komuniti. Rayqal pula? Umur sudah 19 tahun tapi masih belum dapat sambung kajiannya di universiti. Mungkin belum sampai lagi rezekinya.

Yang special didalam hidup Qiesya hanya lah keluarganya sendiri. Dan juga abangnya yang berada di luar negara sedang menyambung kajiannya. Moga ada jodoh,ada masa...kita jumpa.

Heyooo! Sorry update lambat. Nak ingatkan ni,even sesuatu benda itu melalaikam kita,ingat la bahawa negara kita sedang di landa masalah covid 19 atau dikenali sebagai Coronavirus. Termasuk la novel keyh. Jangan syok sangat sehingga anda mengabaikan kesihatan dan keselaman diri anda semua.

Yang benar,
Chyra Rosetta / ig:nurulbatdrisya_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience