Rate

PROLOG 2

Romance Series 5947

Setelah beberapa hari berada di hospital,tidak lah Iqbal berasa bosan kerana menunggu Datin Mira sedar dari koma. Dengan kehadiran rakan baharunya iaitu Qiesya,dia merasakan hidupnya berubah dari muram menjadi ceria.

Walaupun dia mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi mereka tidak lah mempunyai hubungan yang rapat. Dapat di lihat perwatakan dirinya dan adik-beradiknya yang jauh bezanya. Sifat Iqbal seorang yang kurang bercakap dan mempunyai wajah yang dingin. Sebaliknya pula pada adik-beradiknya, mempunyai sifat yang ceria dan wajah mereka sentiasa dihiasi dengan senyuman.

Teringat pula Iqbal pada budak perempuan seorang ni. Pencuri hatinya! Iya,Qiesya Hezlina Bellyna lah orangnya. Tiada siapa lagi yang dirinduinya selain Qiesya seorang pada waktu berada di hospital ini. Teringat pada dia kerana beliau juga mempunyai sifat yang mencuit hati. Comel orangnya,petah saja bercakap dengan orang yang baru di kenali dan dia seorang budak yang mungkin kelihatan matang.

Tapi,ada pelbagai soalan yang bermain di benak fikiran Iqbal. Jenis bagaimana rindunya pada budak perempuan itu? Pada umurnya yang sangat muda lagi? Inikah yang dikatakan cinta king kong? Eh,king kong juga bercinta,bukan? Hurm,persolan ini akan Iqbal soalkan pada nendanya lain kali.

Setelah sedar dari mengelamun yang agak lama,dia baru perasan pada waktu sebegini,dia perlu berada di taman permainan untuk bermain bersama Qiesya! Mati lah aku!!! Mesti Qiesya akan naik hantu apabila dia sampai di sana nanti. Mukanya juga mesti kelihatan seperti nenek,tetapi nenek muda! Hahaha.

Iqbal pun bergegas bangun dari kerusi di hadapan bilik Datin Mira itu dengan cepat. Dari jauh, dia dapat melihat wajah Qiesya tidak seceria sebelum ini. Mengapa pula ni? Takkan lah dia sedih atas kerana kehadiran Iqbal lewat ke taman. Itu mustahil!

Iqbal pun mendekati Qiesya. Sebenarnya dia datang kali ini berjumpa dengan Qiesya dengan membawa perasaan yang sangat gembira kerana ingin menyampaikan satu hasrat kepada Qiesya. Qiesya lah orang yang membuatkan hidup Iqbal berubah serta merta.

"Hye beauty,why your face look sad? Sorry again because i'm late. Abang mengelamun tadi. Hehehe."Sapa Iqbal sambil tersengih saja. Tiada langsung rasa bersalah eh?

"Ab-abang Mir..."Suara Qiesya kedengaran seperti serak basah. Terlihat juga Iqbal pada air mata yang baru sahaja menitik dari pemilik mata itu.

"Eh, kenapa ni Qie? Kenapa menangis? Ayah Qie sakit ke? Siapa yang berani buat Qie menangis ni? Biar abang marah dia!"Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Iqbal kerana terlalu risau pada Qiesya. Perlu lah dia mengambil tahu tentang Qie kerana dia tidak mahu gadis yang disayanginya menghadapi masalah. Sakit hatinya melihat air mata gadis itu keluar.

"Kita takkan dapat bertemu lagi lepas ini. Wa-walid dah discharge petang ni. Sekarang walid dan ummi be-beri masa pada Qie untuk berjumpa sebentar dengan a-abang. Abang ada sesuatu yang nak diucapkan dengan Qie sebelum Qie pergi ni?" Soal Qiesya yang kedengaran sangat sedih dan air matanya kali ini lebat merembes keluar.

Badan Iqbal ketika ini kaku sahaja. Mengapa perpisahan perlu dia hadapi pada waktu yang ingin dia bergembira? Betapa sedihnya dirinya ingin melepaskan orang yang tersayang pergi dari hidupnya. Adakah jarak mereka dipisahkan dengan jarak yang jauh? Ke mana pula Qiesya akan menetap selepas ini? Bagaimana pula dengan Iqbal? Dapatkah Iqbal menahan diri dari terus terluka kalau Qiesya pergi dari hidupnya? Tidak dapat bayangkan bagaimana dirinya nanti. Mungkinkah sifat dinginnya akan kembali semula? Dapatkah Iqbal terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka? Tapi,dengan bantuan siapa?

Memang! Meamang agak mengarut,mengapa Iqbal akan rasa 'heart broken' untuk situasi ditinggalkan oleh gadis yang baru sahaja dia kenal. Umurnya juga terlalu muda untuk merasakan itu semua. Tetapi,Allah memang tidak menghalang manusia rasa cinta itu. Cinta itu hadir kerana itu adalah fitrah yang Allah berikan pada makhluk ciptaannya,manusia.

"Tak apalah kalau Abang Mir tiada sesuatu untuk disampaikan untuk Qie. Qiesya perlu pergi sekarang ni. Selamat---"Belum sempat Qiesya menghabiskan ucapannya itu,dirinya selamat berada di dalam dakapan Iqbal. Badan Qiesya yang menggigil itu dipeluk erat agar dapat memberikan kekuatan pada gadis itu supaya tidak menangis lagi.

Mustahil lah kalau tiada apa yang ingin disampaikan oleh Iqbal pada Qiesya,gadis yang bertakhta di hatinya. Pelbagai luahan ingin dia katakan tetapi,ketika ini egonya menggunung untuk menghalang semua luahan yang perlu dia ungkapkan pada Qiesya.

"Little kid,Qiesya. You should know just i can love you than you family. I love you so much. And this is present for you. Abang nak Qie ambil ini dan pakai sentiasa bila sudah besar nanti. Bracelet ini sesuai jika dipadankan dengan tangan Qie. I know. Kalau awak pakai sekarang,mungkin longgar sangat. Now you must save this and look this beautiful bracelet and think about me. Tolong jangan hilangkan sebab gelang ni tanda perasaan abang pada Qie. Bila pada waltu Qie dah dewasa,kenangkanlah abang sentiasa. Ok sweetie." Iqbal melepaskan dakapannya dari Qiesya. Panjang mana pun luahan pada Qiesya sebentar tadi,baginya itu hanyalah picisan dari hatinya. Saja panjangkan ucapan itu dengan kata-kata manis suapaya hati ini tidak akan rasa perit.

"Thanks for everything,abang. Please take care bila Qie dah tiada lagi di sisi abang. Abang perlu terima kenyataan ini dan belajar untuk redha dan pasrah sahaja. Lagipun,mungkin Allah akan ketemukan kita pada lain masa? Siapa tahu aturannya. Kita pun kenalah berdoa dan berusaha. Lagi satu,Qie appreciate perasaan abang pada Qiesya. Tapi,kita masih muda untuk lalui fasa percintaan ini. Pada waktu akan datang,tidak mustahil akan ada orang lain bersama di sisi kita. Qie pun sayangkan abang,tetapi hanya sebagai abang,tidak lebih dari itu. Maafkan Qie ya. Terima kasih untuk bracelet ni. Susah-susah sahaja buat untuk Qie yang tak berapa penting ni. Sebelum Qie terlupa,err terima kasih juga sebab ada ketika Qiesya sedih hari tu. "Ujar Qiesya yang kelihatan menahan sebak.

Sakit. Perit. Pedih. Iti saja perasaan yang Iqbal rasakan ketika Qiesya membalas. Sudah Iqbal dapat mengagak perkara itu akan berlaku. Jikalau dia meluahkan semua hasratnya pada Qiesya,tentu lebih teruk hatinya terluka atas kata-kata Qiesya yang kononnya sebagai 'semangat'. Tetapi sebaliknya pula pada Iqbal. Itu adalah rasa bagai hatinya dihiris dengan pisau tajam.

"Hezrina,jom balik. Kita perlu pergi sekarang ni." Panggil Hazriq dari luar taman permainan

"Baik" Balas Qiesya.

"I had to go know. Erm-bye. Wassalamualaikum" Ucap Qiesya sambil kepalanya menunduk saja dari tadi.

Belum sempat Qiesya memulakan langkah untuk pergi,sekali lagi dirinya di dakap oleh Iqbal tetapi dari belakang.

"Selamat tinggal,Nur Qiesya Hezrina Bellyna. I hope we can meet again. InshaAllah." Dengan kekuatan yang telah Iqbal kumpulkan,dia melepaskan pelukannya dari Qiesya untuk biarkan Qiesya pergi.

Iqbal hanya kaku sahaja melihat bayangan Qiesya dan Hazriq yang hampir hilang dari pandangannya itu.

'Pergilah kamu wahai cinta hati. Tapi,selepas saja aku dah uruskan segalanya yang patut,kau akan ku miliki walaubagaimanapun caranya perlu aku lakukan.' Bisik hati Iqbal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience