Rate

Bab 2

Romance Series 5947

"Iqbal! Qayrel! Turun cepat! Cepat!!!' Datin Mira Faiqa menjerit terlolong memanggil anak-anaknya dari ruang tamu dengan perasaan yang gelisah.

"Ma,kenapa jerit panggil nama Rel? Rel baru saja siap mandi tadi" Risau dibuatnya tiba-tiba saja Datin Mira memanggil dirinya dengan nada sangat merisaukan. Ada perkara buruk berlaku kah?

"Pa- Papa sayang,dia-di-Allah!" Belum habis lagi Datin Mira habiskan kata-kata, tiba-tiba saja tubuhnya hilang pertimbangan dan penglihatannya kabur.

Qayrel sempat menyambut tubuh Datin Mira dan di bawa ke sofa. Iqbal yang baru saja turun dari tangga agak terkejut melihat wajah mamanya pucat lesi,tetapi hanya berlagak tenang. Dia menghampiri Adik bongsunya yang berada di sofa bertentangan dengan sofa Datin Mira.

"Fify,why you crying? Tell me the truth,and why mama fainted? Any bad new within our family right now?"

"Abang Iqbal isk-isk papa dia ada di hospital sekarang ni. M-mama dapat berita dari PA papa,ada orang sabotaj company papa pagi tadi. Itu sebab papa tiba-tiba saja terkena heart attack. Tak t-tahu lah siapa isk yang busuk hati sangat dengan family kita"Luah Syarina Fify Mardhiah,adik bongsu kepada kembar Syed Mir Iqbal dan Syed Nik Qayrel.

Terus saja tubuh kecil itu dibawa ke dalam dakapan Iqbal. Sekarang dia sedang memikirkan bagaimana ingin masalah yang besar ini. Kes ini semestinya melibatkan pihak polis untuk membantu kerana syarikat yang ditubuh kan oleh Dato Syed Hud Ismail, baru saja untuk menaikkan nama. Mungkin disebabkan kemajuan syarikat papa mereka mengembang dengan baik,mereka yang diluar sana cemburu dan membuat perkara terkutuk ini! Itu tidak mustahil!

Terang lagi bersuluh orang yang sabotaj itu hanyalah ingin menjatuhkan papa mereka. Walaupun umur Iqbal masih muda untuk tahu semua itu,tapi tidak salah dia masuk campur kerana ini melibatkan keluarganya juga!

"Bal,kau boleh drive kan? Jom bawa mama dulu ke hospital. Perkata ni kita ketepikan dahulu. Yang penting sekarang mama. Risau pula nanti koma seperti dulu." Ujar Qayrel.

**********************************

"Papa ada syak tak siapa yang buat sabotaj tu?" Soal Iqbal.

"Papa tak pastilah. Setahu papa,tak ada pula papa bermusuh. Papa baik-baik sahaja dengan mereka yang bekerjasama dengan company tu. Tidak ada pula layanan buruk atau berdengki." Jawab Dato Syed Hud Ismail.

"So weird. Ini kes besar, pa. Company papa yang baru ditubuhkan sudah meningkat maju tetapi kena sabotaj. Impossilble if our family down to muflis. Ini melibatkan kes jenayah. Polis juga akan turut serta untuk bantu. So kita kena kumpul bukti or maklumat. Papa jangan lupa untuk cari peguam. Maybe hal ini akan dibawa ke mahkamah. Kita berdoa saja pada Allah untuk memohon petunjuk." Ujar Iqbal.

Sesungguhnya,Dato Hud sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang sangat matang seperti Iqbal. Walaupun umurnya sekarang begitu muda,tetapi dia telah menunjukkan bakat yang besar untuk masuk tangan dalam hal kerja.

Qiesya dan Qayrel sekarang berada di wad Datin Mira. Alhamdulillah,mamanya dalam keadaan yang stabil. Kata doktor,jika mereka terlewat menghantar Datin Mira ke wad kecemasan,sudah tentu maut menimpa pada mama mereka. Sungguh mereka tidak sanggup untuk kehilangan orang yang tersayang. Allahuakbar!

"Dy,ni Bal nak turun nak ambil angin segar di luar sebentar. Dy ada nak kirim benda tak?" Soal Iqbal.

"Tak apa lah. Daddy nak rehat sekejap. Nanti tolong tengokkan mummy tu ye. Apa-apa roger dengan daddy."ujar Dato Syed Hud Ismail sambil senyum nipis.

"Baik"

Iqbal menuju ke kedai serbaneka di tingkat bawah untuk membeli air dan makanan ringan. Boleh lah di bawa bersama ketika mengambil angin di taman permainan.

Selesai saja membuat pembayaran,dia terus melangkah pergi ke tapak taman permainan.

"Qie, Mir. rindu nak main bersama Qie lagi. Adakah Mir berpeluang untuk berjumpa dengan Qie semula? Bukan Mir tak nak dengan kata Qie,tidak! Tapi Mir dah tak boleh betahan lagi. Mir tidak akan sama sekali mahu berputus asa untuk mencari Qie. Mir tak nak kehilangan sesiapa pun." Rintih Iqbal. Tidak dapat dia menahan air yang bertakung di tubir matanya itu dari mengalir. Dia bukan lemah! Tetapi bila terkenang tentang wanita itu,pasti air matanya akan menitis. Perasaan apakah ini, Ya Allah!

Iqbal mengesat air matanya dengan kasar.

'Tak! Aku bukan lemah! Aku takkan lemah! Qiesya adalah semangat aku untuk terus mencari jejak dia. Nantikan kedatangan aku,Qie!' bisik hati Iqbal.

Di situlah kenangan manis terakhir Iqbal bersama Qiesya. Biarpun hanya sebentar saja berkenalan,hatinya terputik dengan Qiesya pada waktu pertama kali mereka bertentangan mata.

Di hospital mamanya dulu di rawat dan tidak lupa juga ayah Qiesya.

Tapi, masih berlegar-legar persoalan di mindanya. Ada kaitan kah mereka berkenalan ni? Impossilble! Ish nanti jelah fikir!

"Qie tunggu abang Mir datang ya. Jangan tahan rindu tu sangat,nanti buat sayang abang terluka pula. Wait for me ya sayang. I still love you." Ujar Iqbal sambil membayangkan wajah Qiesya di mindanya.

Memang seperti psiko. Tapi,demi Qiesya,sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku sekelip mata sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience