Rate

PROLOG

Romance Series 5947

"Nenda,kenapa mommy masuk hospital?" soal seorang budak lelaki berumur 8 tahun pada nendanya

"Mommy Mir sekarang berada di bilik operate. Mommy mir tengah sakit. Kita doakan yang baik-baik ya ,sayang." Jawab nendanya

"Mir,if you boring,you can go to the garden"ujar Dato Syed Hud Ismail,bapa kepada Syed Mir Iqbal. Kasihan dia melihatnya anak sulungnya itu kelihatan sedih. Mungkin bila dia jejak saja di taman akan terubat hati yang luka?

"Okay."

Ketika Iqbal sedang bermain di buaian,dia agak tertarik pada seorang budak perempuan yang elok duduk memeluk lutut sedang terhincut-hincut badannya. Adakah dia menangis? Iqbal dapat lihat yang kulit gadis itu kemerahan mungkin dek kerana menangis dengan teruk.Dengan rasa prihatinnya,Iqbal pun menuju ke arah gadis tersebut.

"Hey dear,why you crying?" Soal Iqbal.

Iqbal melihat wajah gadis itu sudah berjuraian dengan air matanya apabila gadis itu mengangkat kepalanya bila disoal. Gadis itu agak terkejut apabila datangnya seorang bidadara dan dengan prihatinnya bertanya atas sebab apa dia menangis. Dia diam seketika untuk meredakan tangisan untuk menjawab.

"Walid saya masuk hospital tadi. Ibu kata ayah sedang dirawat kerana cedera dek sebab kemalangan ketika menuju ingin pulang ke rumah" Jawab gadis itu.

Fikiran Mir juga tiba-tiba sahaja tertanya,mengapa mommynya berada di bilik rawatan? Adakah mommy Mir juga terlibat dengan kes kemalangan?

Mengapa dia tidak menanyakan hal ini pada daddy atau nendanya? Huh! Kerana dari awal lagi dia di suruh jangan menanyakan perkara itu. Mungkin kerana ayahnya tidak mahu dia berasa sedih seperti gadis ini.

Tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya sebentar tadi dengan lambaian tangan kecil milik gadis di hadapannya sekarang.

"Awak termenungkan apa? Awak pula,mengapa berada di hospital ini? Siapa yang sakit? Oh ya,nama awak siapa ya?" Mungkin gadis itu mulai rasa selesa disebabkan itu lah pelbagai soalan ditujukan pada Iqbal.

"Errr- my name is Syed---"Belum habis bicara Iqbal itu,gadis itu memotong percakapannya laju.

"Ehehe maaf abang. Saya tak berapa pandai pasal bahasa inggeris. Saya masih lagi belajar buat masa ni. Boleh abang bercakap dalam bahasa melayu saja? Oh by the way,nama saya Nur Qiesya Hezrina Bellyna."Gadis itu tersengih sambil membuat gaya tangan 'peace'. Comel pula! Takut juga dia kalau pertanyaannya akan dijawab dengan bahasa inggeris oleh lelaki itu.

Tak faham lah jawabnya!

"Oh. Hye little kid---"Ingin saja Iqbal menyebut nama gadis itu sekali lafaz,tetapi agak panjang dan membuatkan dia mudah lupa.

'Macam mana nanti bakal suami awak nak sebut nama awak yang panjang itu semasa akad nikah nanti?' Soal Iqbal dalam hati sambil tergelak kecil.

"Again,what is your long name? And how to i call you? Why so long? Maaf lah kamu sebut tadi lagu sangat."Petah pula Iqbal menanyakan nama gadis itu.

"Nur. Qiesya. Hezrina. Bellyna."Saru persatu nama panjang itu disebut oleh gadis itu.

"Oh. So long. Can i call you Qie? Sebab Qiesya tu dekat dengan nama abang di sekolah. If i call you Hezrina,macam panjang juga. But,your name still long. One more thing,nama Bellyna tu kebiasaan orang panggil 'Bell'. Tak best pula." Mir dengan selamba badaknya komen tentang nama panjang Qiesya dan sambil itu membuangkan pandangan pada luar kawasan taman permainan.

"Ish! Itu nama saya,jadi biar lah. Jangan nak pot pet boleh? Ummi dan Walid yang berikan nama panjang tu kerana ada makna yang cantik macam saya. Abang ada? Tak ada kan? Cemburu lah tu." Ujar Qiesya sambil muncungkan bibirnya sedepa sebagai tanpa protes. Geram!

"Bukan apa la,Qie pun namanya tetap cantik,bukan? Simple but nice. I like that style. Don't you like it?" soal Iqbal.

"Hurm boleh lah. Ha kembali pada sesi soalan tadi. Cepat." Arah Qiesya dengan nada tegasnya. Padahal ingin mengorek rahsia Iqbal,mengapa datang ke sini. Dasar gedik!

"Owh abang pun tak tahu sebabnya. Tiba-tiba saja dapat panggilan dari pihak hospital. Mommy abang yang sakit. Itu saja yang abang tahu." Jawab Iqbal dengan rasa sayunya.

Apabila Qiesya mendapati raut wajah Iqbal berubah menjadi suram,cepat saja dia mengajak bermain di taman untuk kembalikan sifat periang Iqbal seperti tadi.

Ketika mereka berseronok bermain,datang seorang lelaki remaja menghampiri mereka.

"Hezrina,jom balik. Waktu melawat hampir tamat. Ummi dah ajak balik. Esok kita datang melawat walid lagi. Keadaan walid sekarang sudah normal." Ajak lelaki tersebut.

"Alaaa abang Haz. Hez baru saja ingin bermain dengan kawan baru Hez ni. Tak nak balik! Kita nak bermain lagi! Tak nak!" Nakpak saja Qiesya memberontak tidak mahu balik dan hampir menangis,Iqbal mendekati Qiesya untuk memujuk.

"Qie,jangan macam ni please. Tak baik tau buat abang Qie macam tu. Esok kita boleh bertemu lagi kan? Nanti kita main sama-sama lagi,ok?" Ujar Iqbal sambil mengangkat tangan sebagai tanda berjanji.

"Erm baik. Kita jumpa esok ye Abang Mir. Harap kita sentiasa akan berkawan tanpa ada perpisahan. Wassalamualaikum." Ucap Qiesya sambil melambaikan tangan dan tersenyum manis.

"Waailaikumsalam." Jawab Iqbal dengan mengukirkan senyum nipis. Dia agak sedih apabila adanya perpisahan dalam setiap perjumpaan. Setakat ini,belum pernah lagi dia merasai keperitan bila terpisah dengan orang yang dia sayang. Tetapi dia dapat tahu,perpisahan itu sangat membuatkan hatinya terluka.

Kepulangan Qiesya dan abangnya itu hanya dihantar dengan pandangan yang penuh berharap. Tersenyum sebentar dia apabila teringat yang dia terlupa ingin memberitahu nama penuhnya. Sudahnya,Qiesya juga memanggilnya seperti nendanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience