Rate

BAB 1

Romance Series 5952

Beberapa tahun kemudian...

"Nur Qiesya Hezrina Bellyna! Sudah pukul berapa ni? Tak mahu bangun lagi ke anak dara oi? Matahari sudah tegak dia atas kepala tapi tetap juga teruskan menyambung kerja kilang air liur basi kamu tu! Lepas saja Subuh,terus masuk ke bilik dan terus membongkang saja kerja kamu. Yang lain dalam rumah ni ramai lelaki pun sudah bangun pergi mencari rezeki. Kamu---"

Belum sempat lagi leteran puan Hasanah di ruang dapur,Qiesya keluar dari biliknya sambil mengeliat dan menguap yang tidak ada rupa seperti anak dara. Kurang sopan ini anak. Puan Hasanah yang terpandang ke arah anaknya itu,terus saja mahu sambung berleter tapi,terbantut kerana Qiesya terlebih awal memotong percakapannya.

"Morning ummi. Kenapa bising-bising ni? Hez baru saja balik petang semalam,bukan? Penat yang Hez rasa ni,tak hilang lagi."Ujar Qiesya. Panggilan Hezrina memang digunakan untuk ahli keluarganya sahaja. Manakala,di sekolah kawannya akan memanggil dengan nama Bellyna.

"Morning hok lu lah!" Muncul pula figura abang keduanya di ruang dapur sambil menunjal kepalanya itu tadi. Main kepala orang ni,fikir bapak tak bayar zakat ke hah?!

"Ala Abang Qal ni. Tak memahami langsung pada adik mu ini. Kan semalam Hez baru saja balik petang semalam dengan bawa barangan asramah tu. Bajunya,barang sekolahnya dan banyak lagi lah. You know what,i still feel tired." Adunya Qiesya dengan membuat muka manjanya. Ini salah satu kenyataan di dalam keluarga mereka. Qiesya anak yang bongsu dan sudah tentu akan menjadi manja yang lebih kerana dia perempuan!

"Gedik kau ni. Tumbuk nanti baru tau" Kata Ezeiq Rayqal dengan membuat muka menyampah akan perwatakan manja!

"Abang Qal ni...mesti rindu sangat dengan Hez,bukan? Come to me. Hez peluk Abang Qal!" Qiesya dengan rambut panjangnya yang mengerbang itu yang kelihatan seperti hantu kak Limah,terus mengejar Rayqal yang sudah lari lintang pukang keluar dari rumah dan pergi ke kawasan belakang rumahnya.

"Hezrina! Pergi lah mandi sana! Air liur basi kau tu masih kelihatan di muka kau yang tidak seberapa cantik tu. Dah lah rambut tu mengerbang serupa cik ponti saja. Plus pula dengan mulut busuk kau tu. Oh my god. Jatuh lah populariti aku dekat kampung ni" Ujar Rayqal dengan nafas yang tercungap-cungap.

Qiesya yang memerhati Rayqal berlari seperti lipas kudung tadi,mengekek ketawa. Mengilai suaranya dengan lantang sekali. Dia hanya boleh memerhati Rayqal yang masih ingin merehatkan diri. Dia hanya lihat Rayqal dari tingkap biliknya saja. Jikalau dia keluar dengan keadaan macam ni,mahunya di kecam habis-habisan oleh manusia yang durjana di luar sana. Selain itu,diri ya akan menjadi viral di akhbar-akhbar atau media sosial dengan tajuk besarnya 'ANAK USTAZ YUSOFF FAIRAL PEMILIK MADRASAH DARUL ISTIQAMAH DI MUAR, DIDAPATI KELUAR DARI RUMAH DENGAN GAYA YANG MEMALUKAN' !!!

NO. NO. NO. NO. NO. It can't imagine!!! Ah!!! Tak nak lah nanti dah besar tak laku macam Rayqal. Heh,antertu eh? Ah,whatever lah.

"Hezrina ummi malas dah nak meleter, kamu tu nanti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sia-sia sahaja aku berleter dari tadi. Pergi mandi sana lah. Lepas ni nak pergi uruskan hal persekolahan kamu. Jangan layan abang kamu tu sangat la." Laung Puan Hasanah dari ruang dapur.

"Hah! Apa tecegat lagi tu? Tak dengar ke ummi dah marah tu? Kang,aku sebat..meraung kau" Gurau Rayqal tapi mempamerkan muka yang garang. Ini dinamakan hipokrit saja lebih.

"Ala abang Qal kan sayang Hez,tidak sanggup punyalah abang nak lakukan perkara sebegitu,bukan? Hahaha" Qiesya mengilai sahaja kerana baginya itu bahan yang lucu,mungkin? Sehingga terbaring dia mentertawakan Rayqal sambil berguling. Ingat ni sukaneka ke?

"Ow kau nak tengok aku punya sayang pada kau macam mana ek? Ke sini kamu! Biar aku sekeh kepala kau! Hohoho"

Dengar saja suara Rayqal seperti berwatakkan 'rasaksa', dia mula lari dari bilik nya. Tetapi baru saja ingin keluar,Rayqal sudah berdiri dihadapan dirinya.

"Kamu nak lari ke mana ha? Hehe meh sini kau!" Baru saja Rayqal ingin masukkan Qiesya ke dalam dakapan,Qiesya lebih pantas melarikan diri melalui celah kangkang Rayqal!!!

Apabila Rayqal memusingkan tubuhnya dan menjengah keluar dari bilik itu,Qiesya sudah berada di hadapan pinti bilik air. Qiesya sudah menayangkan sengihan kerang busuk. Just today your day,Qiesya!

"Abang Qal,kan Allah marah bila lelaki mendera kaum hawa. Walaupun Hez tau abang hanya nak geletek,ia tetap dikira mendera kerana boleh mendera fizikal Hez yang terlalu fresh ini. Itu dipanggil dayus. Mahukan kamu di murka oleh Allah?" Sindir Qiesya.

"Kau.."Tiba-tiba saja ada sesuatu yang hinggap dia pipi kirinya. Bunyi seperti 'CUP'? Itu bukan bunyi orang bercumbu ke? Sedar-sedar saja, mukanya berkerut melihat Qiesya mengekek ketawa sambil membuat flying kiss. Kau rupanya cium aku eh? Siap kau! Getus dalam hati Rayqal.

"Gila punya adik. Dah lah mulut berbau mengalahkan ikan sungai,main cium saja pipi aku yang suci ni. Habis tercemar nanti. Oh my God! Leter,i will start my revenge with you,adik!"

Bahagia lah kau sepuas-puasnya. Aku tidak mahu diri mu kembali seperti dahulu. Jika kau ada masalah,aku akan bantu sedaya upaya demi tidak ingin melihat air mata mu jatuh lagi. Please... Getus hati Rayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience