BAB 14

Fantasy Completed 4352

“Dira, sedar tak sedar, dah dekat setahun kita jumpa balik,kan?” Nazmi memulakan bicara. Sungguh dia terpegun dengan keayuan Nadira. Biarpun dia berkulit manis, tapi Nadira dah pandai berfesyen sikit. Lebih baiklah daripada dulu pergi mana-mana, mesti t-shirt dengan tracksuit je.

Nadira hanya mendiamkan diri. Hati, tu cuma kata-kata seorang kawan je. Kau janganlah perasan lebih-lebih….

Tak sedar pula bila Nazmi buat macam tu. Dia mengeluarkan cincin.

“Aku dah lama kenal kau. Dan sekarang, aku rasa lebih baik aku bagi kata putus je. Aku suka kau dari dulu lagi tapi aku buta dengan adanya Tyrah. Aku betul-betul perlukan kau. Sudi tak kau jadi isteri aku?” Entah dari mana dia dapat kekuatan itu tapi, sedar tak Dira? Dia lamar kau!

Hati, jangan buat macam ni. Kesianlah Tyrah dekat rumah tu.

“Mi, apa kau cakap ni? Tolonglah ingat Tuhan. Ingat Tyrah.” Tanpa menunggu apa-apa penjelasan, Nadira terus mengangkat punggung dari situ. Sekali lagi, Nazmi kecewa adn inilah yang paling ditakutinya sejak dia sedar yang dia cintakan Nadira.

Nadira baru saja menaiki kereta kecilnya. Hatinya begitu ingin sekali menangis. Dia bersyukur kerana dapat bertemu Nazmi sekali lagi. Dia juga bersyukur kerana akhirnya Nazmi dapat memahami perasannya kepada Nazmi. Tapi, mengapa masanya tak tepat? Bukannya Nadira tak mahu menjadi madu, bukannya dia tamak atau apapun. Tapi, dia juga seorang wanita. Dia tahu apa yang akan dirasakan Atyrah nanti. Dia cuma tak mahu menjadi perosak rumah tangga orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience