BAB 11

Fantasy Completed 4352

“Walid, sorry, walid. Sorry! Ana dah jumpa dengan benda yang walid cari. Adik sendiri guna ayat tu.” Tak meyempat-nyempat! Tak bagi salam, terus je dia meluru kepada ayahnya.

“Benda apa ni, Dira?” kerutan sekali agi terukir di dahi tua milik Hj. Yackob. Hjh. Sharifah yang baru hendak meletakkan cawan yang berisi kopi di atas meja melangutkan kepalanya. Apalah anak dara aku ni? Eeeh! Terlupa pula dia buat apa semalam.

“Puntianak! Dia dengan keluarga dia kena sihir. Teruk sangat, walid! Ana baru baca sikit je dia dah sakit dah. Ana rasa dia tak boleh datang rumah kita. Boleh tak kalau walid yang pergi rumah diorang?” Nadira yang membahasakan dirinya ‘ana’ yang bermaksud saya terus menceritakan perihal Nazmi. Akhirul kalam, Hj. Yackob mengangguk-angguk tanda mengerti.

“Macam mana, walid? Boleh tak kalau walid pergi rumah diorang?” tanya Nadira sekali lagi.

“Kejap, kejap. Semalam anti pergi mana sampai tak balik semalaman?” Persoalan yang diajukan oleh abangnya ‘menyirapkan’ darah Nadira.

Seluruh keluarga tertumpu kepadanya.

“Semalam ana lawan dengan dia. Lepas tu, ana tunggu dekat atas pokok. Tak nak bagi dia lari” tipu Nadira. Tipu sunat. Keluarganya susah nak memahami keadaan.

“Anti panjat pokok lagi? Berapa kali ummi pesan jangan?” Hjh. Sharifah sekali lagi menegur anaknya. Dulu, Nadira suka memanjat pokok. Pernah sekali, mereka dipanggil menghadap muka pengetua yang agak handsome sebab Nadira ponteng kelas dan bersembunyi di atas pokok.

“Ala.. Yang tu kita bahas masa lainlah. Sekarang ni, walid boleh tolong dia ke tak?” tanya Nadira kalut. Mahu tak kalutnya? Badan dia dah naik bau sebab tak mandi pagi.

“Dia saudara sesama Islam. Apa pulak tak bolehnya?” Tahulah Nadira keputusan bapanya. Dia akhirnya meminta diri untuk membersihkan diri.

“Nasib baiklah aku dapat tahu hal ni. Kalau kau nak kahwin dengan Atyrah nanti macam mana?” desis Nadira. Kini, mereka berada di rumah Nazmi.

“Aku bagitau dia lepas kami kahwinlah” jawab Nazmi selamba. Ewah.. Ekou ni…..

“Woi, pompuan tak suka kena tipulah. Kang tak pasal-pasal dia minta cerai, naya kau. Keluar surat khabar ‘Suami 1 Minit’. Aku gelak sampai bergolek nanti. Kau tengoklah.” Nazmi tahu itu hanya gurauan, dia hanya mengukirkan senyum manis saja. Ya Allah, andainya dia bukan lagi seperti sekarang, will he be as charming as now?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience