BAB 12

Fantasy Completed 4352

Ingatan itu sekali lagi datang menyapa Nadira. Selepas Nazmi sembuh, Nadira sekali lagi dipinggirkan. Pernahkah Nazmi mengambil berat tentangnya? Oh, ada! Masa tu, dia sekumpulan dengan Nazmi dalam ekspedisi mendaki Gunung Jerai di Kedah. Masa tu, kaki Nadira terkehel dan Nazmilah yang menolongnya. Masa tu, kawan-kawan perempuan yang lain masing-masing cedera. Tapi, mungkin masa tu Nazmi hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang ketua. Lagipun, lepas Atyrah nampak ‘adegan’ tu, dia ada bercakap dengan Nazmi dan sejak itulah Nazmi seperti menjauhkan diri daripadanya.

Nadira pun tak pasti dengan perasaannya. Dia dah biasa dengan kesan-kesan yang dialami pesakit seperti muntah-muntah dan sebagainya ketika bapanya merawat pesakit. Cuma, kenapa aku mesti cemas sangat-sangat tatkala Nami muntah darah dengan sangat teruk?

Selepas Nazmi sembuh dan Nadira dipinggirkan, dia berazam untuk lebih berusaha dalam pelajaran agar dia dapat pergi jauh dari sini buat sementara waktu tanpa dapat dikesan sebabnya oleh ibu dan bapanya.

Lagipun, dia tahu level Atyrah dan dia pilih sekolah nun di Sabah. Nasib baik dia lulus PMR dengan cemerlang, dapatlah dia merasa duduk tempat orang. Kini, sudah hampir lima tahun dia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Macam mana dia boleh ingat Nazmi balik?

Tadi, dia dapat satu projek ni. Bergabung dengan polis di Semenanjung. Takkanlah polis Sabah/Sarawak pulakan? Dan dalam ramai-ramai pegawai tu, ada Nazmi. Kena pulak dia kena bekerjasama dengan kumpulan Nazmi. Lagilah teringat masa silam gamaknya..

Tapi, dia mesti profesional. Jangan disebabkan kisah lampau, dia nak dapat markah tercorot. Hello! That’s not Nurul Nadira Syafinaz Hj Yackob!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience