BAB 10

Fantasy Completed 4352

Nazmi memegang kepalanya yang terasa berat sekali. Baru pertama kali dia dapat merasakan rasa sakit selepas dua tahun yang lalu iaitu sejak dia disihir. Nazmi memandang ke tepi kerana dia dapat menghidu bau darah. Kaki kananlah nampaknya.

Tapi, apa yang diharapkan benar-benar mengejutkan dia. Biar betul Dira dekat sini? Tanpa sempat dia berlalu pergi, Nadira sudahpun bangun dari tidurnya. Hohoho! Ni bukan cerita Sleeping Beauty ye nak buat tidur lama-lama.

“Mi, siapa kau yang sebenarnya?” tanya Nadira sebaik sahaja dia mencelikkan kemilau indahnya.

“Apa kau cakap ni? Eh, best tak parti semalam?” Nazmi cuba berlagak biasa. Nadira mengeluh. Dia bangun supaya dia dapat posisi yang lebih baik. Malu gilerr anak dara tidur tak berbumbung. Dengan lelaki bukan muhrim pulak tu. Bukannya apa, dia tertidur lepas Subuh tadi. Lepas Subuh? Alamak! Habislah kena smash dengan walid!

Nadira mengeluarkkan telefon bimbitnya. Bateri kong! Adudududuh…. Pedulikanlah.. Nadira mengangkat muka bujur bulatnya.

“Mi, cakaplah siapa kau yang sebenarnya. Aku dah tengok semalam” desak Nadira.

“Nampak apa? Mimpi kut” Nazmi cuba menafikan apa yang didakwa Nadira.

“Mi, Atyrah tahu tak siapa kau yang sebenarnya?” tanya Nadira lagi. Dia akan cuba pelbaga cara supaya dia dapat memastikan apakah benar Nazmi sekeluarga yang dicari ayahnya.

“Tahu apa?” Nazmi masih cuba menafikan perkara yang sudah terang lagikan bersuluh. Nadira kesuntukan masa. Dia membaca beberapa potongan ayat al-Quran dan Nazmi terduduk kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang teramat.

“See? Kau masih nak nafikan lagi? Tell me, Nazmi. Who are you?” Nadira mula hilang sabar.

“Dira, please! Stop it” Nazmi merayui Nadira supaya berhenti membaca ayat suci al-Quran itu.

“Kau ingat aku tak perasan ke? Setiap kali kelas Agama Islam kau ponteng, setiap kali hujan kau tak ada, setiap kali perjumpaan malam mesti kau susah nak datang. Kau buat semua tu bersebabkan?” torcher Nadira! Torcher..

“Okey, okey. Aku bagitau kau tapi mesti jadi rahsia kita” Nazmi akhirnya mengalah.

Nazmi pun mula membuka bicara, mematahkan kata.

“Aku dan keluarga aku sebenarnya puntianak. Tapi, asal kami manusia. Dulu, ayah aku korporat yang berjaya, mak aku pulak selalu habiskan masa dengan amal ibadat. Abang aku yang sulung masa tu still belajar dekat USM. Abang yang kedua masa tu baru nak ambil SPM and aku pulak baru nak ambik PMR.”

“Hidup kami were just fine sampailah satu hari kami perasan yang setiap kali kami nak buat ibadat, mesti jadi something. Sampai satu hari ni, adik bongsu aku makan benda mentah yang berdarah. Bila hujan ataupun sejuk, mesti kulit kami jadi pucat. Lain daripada yang lain. Bila hari biasa-biasa je barulah kulit kami jadi macam orang lain.”

“Ayah aku tak boleh nak tahan keinginan dia untuk makan benda yang berdarah. Mulanya dia dah banyak berusaha lawan dengan nafsu dia sampailah satu hari dia terlanjur makan anak klien dia. Disebabkan tulah, kami buat keputusan untuk jauhkan diri dari orang lain.”

“Pengajian abang-abang aku pun tertangguh sebab kami tak boleh nak lawan dengan nafsu kami. Kami betul-betul lapar bila bau benda yang berdarah. Telinga kami macam boleh dengar je darah manusia yang mengalir. Masa tu, kami betul-betul jadi dahaga. Macam satu laut pun tak cukup untuk hilangkan haus tu.”

“Sampailah satu hari, aku betul-betul cuba untuk lawan. Setiap hari, kami makin berjaya tahan dan lastly, kat sinilah aku. Disebabkan aku tak ambil PMR, cikgu letak aku dekat kelas Tekno sebab dia tahu kemampuan aku. Abang aku terpaksa repeat SPM sebab dia tak datang periksa.”

“Parents dengan adik aku still kat gunung tu dan tak pernah keluar. Satu hari, aku dapat syak yang mungkin kami disihir ataupun kena santau. Aku sarankan dekat parents aku pergi berubat tapi, tak ada seorang pun yang berjaya. Sampailah kami jumpa dengan ustaz ni. Dia cakap dia akan cuba cari orang lain yang kebih hebat daripada dia tapi sampai sekarang tak tahu apa cerpasal ustaz tu. Disebabkan tulah, kami putus asa dan asingkan iri kami daripada orang lain.” Penjelasan panjang lebar Nazmi itu Nadira betul-betul ambil perhatian.

“Dan sekarang, macam nilh kami.” Nazmi akhiri ceritanya.

“Kenapa kau tak pernah cerita dekat aku?” Nadira bertanya kesal. Orang yang dicari-cari bapanya sudahpun berada betul-betul di depannya tapi dia masih tak perasankannya.

“Kenapa pulak aku nak citer dekat kau? Aku tak nak orang lain tahu benda ni” Nazmi bertanya hairan. Siapa Nadira sampaikan dia perlu betul-betul percayainya.

“Sebab aku anak kepada ustaz yang orang tu maksudkan. Sekarang ni, macam nilah. Kau hantar aku, lepas tu aku cakap dekat ayah aku. Kalau dia setuju, maybe dia pergi tempat korang dan buat apa yang patut.”

“Betul ke?” Seribu kerutan jelas terpancar di dahi licin milik Nazmi. “Ayah kau kerja apa sebenarnya?” tanya Nazmi.

“Pengamal ruqyah. Kami pindah ke sini pun sebab benda nilah. Ayah aku dapat gambaran yang ada orang macam kau yang perlukan dia tapi sampai sekarang dia tak jumpa orang tu. Aku pula bodoh sampai macam ni sekali sampaikan kerja ayah aku pun tertangguh lama” Nadira mengutuk dirinya sendiri.

“Weh, sekarang ni pukul berapa?” tanya Nadira.

“8.30. Kenapa?” tanya Nazmi.

“Weh, hantar aku balik. Aku tak tau jalan ni. Drivelaju-laju tau.” Nadira segera menaiki kereta Nazmi. Malu tak malu letak tepi. Sekarang, dia perlu jelaskan kepada walid, atau dia akan dihukum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience