BAB 7

Fantasy Completed 4352

Uargh!!! Leganya PMR dah habis. Pasukan bola sepak pun berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa dan pasukan bola baling pula hanya berjaya di peringkat kebangsaan. Bukan sebab ketidak berkesanan strategi yang mencipta kekalahan cuma bukan rezeki mereka kali ni. Tak pelah. Mesti ada hikmah di sebalik semua ni.

“Nadira, malam esok cikgu nak buat parti. Join jom” ajak Aqil. Dia keeper pasukan bola sepak. Memang badan atlet dia ni.

“Parti? Sempena apa?” tanyanya hairan.

“Menang peringkat antarabangsa tu” jawab Aqil ringkas. Bukannya ajak-ajak ayam tapi, Aqil ni memang jenis yang suka straight to the point.

“Bukan bulan lepas ke menang? Apasal baru nak sambut esok?” tanya Nadira kehairanan. Buat blur lagi..

“Cikgu nak tunggu kau. Lagipun, tak bestlah kalau tak de kau” balas Aqil.

“Erm.. Nanti aku tanya bapak aku dulu. Kalau okey, aku on tapi, kalau tak, sorry sorry ek.”

“Esok kau datang sekolah tak?” tanya Aqil lagi. Jaga-jaga Aqil, kalau kau masuk kelas Akaun lambat, siap kau kena ganyang dengan Cikgu Zehra.

“Datang. Kenapa?” tanya Nadira lagi.

“Gila rajin kau ni. Ada apa-apa ke?” tanya Aqil lagi. Okey. This is the first time Aqil berkias-kias.

“Aku dah janji dengan Dayana nak datang esok sebab kami nak kemas perpustakaan” Nadira menjelaskan sebab munasabab dia ke sekolah.

“Oh. Tak pelah! Esok kau full time dekat perpustakaan ke?” tanya Aqil lagi.

“Tak! Pagi, dari pukul 8 sampai 10.30 aku dekat situ. Then, aku balik sana balik pukul 11. Sampai pukul 2 macam tu, aku blah.” Mula dah loyar buruk dia ni..

“Ngee. Okeylah. Aku masuk kelas dulu. Tata.”

“Weih, Aqil, kenapa kau tanya?” laung Nadira. Tapi, Aqil hanya melambai-lambaikan tangan dan berlari masuk ke kelasnya semula. Wathcheva!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience