Bab 6

Romance Series 9883

"Ehh korang kenal ke?." Tanya Tengku Khalil.

"Tak kenal." Mereka berdua jawab serentak.

"Habis tu, kenapa macam terkejut je ni?."

"Entah." Mereka berdua jawab serentak sambil menjeling tajam.

Tiba-tiba Yana berkata sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Az. "Saya tak kira, awak kena bayar balik lukisan saya."

"Ehh banyak cantik muka kau. Kau nak aku bayar lukisan kau?..satu sen pun aku takkan bagi."

"Saya tak kira!. Saya nak awak bayar balik ganti rugi!!!!!." Yana menengking kuat. 'Huhh lega dapat tengking mamat kepala batu ni.'

Az terkedu. 'Berani dia tengking aku depan keluarga aku dengan keluarga dia ni?. Selama aku hidup, tak pernah ada perempuan yang berani tengking aku. Jatuh saham aku, depan keluarga pulak tu.' Sempat Az membebel di dalam hati.

"Err korang ni dah kenal kan?. Kalau korang tak kenal, macam mana boleh gaduh pulak ni?." Pak Rahman memberanikan diri untuk bertanya.

Az berusaha mengawal emosi dan menjawab soalan Pak Rahman. "Tak Pak cik, haritu saya dengan kawan saya pergi joging, lepastu saya terlanggar lukisan-lukisan dia ni. Dia suruh ganti rugi, tapi saya tak nak." Tersenyum-senyum Az sambil menceritakan perkara sebenar. Dah terang-terang salah dia memang la macam tu.

"Ouhh. kalau macam tu, senang la kerja kita kan Senah." Tengku Qarmila berkata kepada Mak Senah.

Yang lain semua dah tersenyum-senyum kambing. Yana pelik 'kenapa diorang senyum-senyum pulak ni. Seram pulak aku tengok.'

Tiba-tiba Tengku Khalil meneruskan perbualan. "Kalau macam tu bila tarikh yang sesuai?."

"Tarikh apa?." Az beranikan diri bertanya dengan muka blur nya sambil menghirup air yang dihidangkan oleh Yana.

"Tarikh pernikahan korang berdua la." Tengku Khalil memandang pelik kearah anak terunanya.

Habis tersembur air yang dihidangkan oleh Yana tepat ke muka Yana.

Hati Yana lagi bertambah panas apabila mukanya disembur dengan air dari mulut Az.. "Woii, apasal dengan kau nihh. Agak-agak la, kalau nak terkejut pun tak payah la sampai tersembur dekat muka cantik aku ni. Lain kali tengok-tengok la dulu kalau nak tersembur tu..Eyy jijik lahh." Tengking Yana. Kali ni Yana tidak menggunakan 'saya, awak', hatinya panas tengok mamat tiga suku kepala batu depan dia ni. Dia mengambil tisu dan terus membersihkan mukanya.

"Yang kau duduk depan aku tu kenapa?. Banyak lagi tempat lain. Tak kan la aku nak sembur kena bagi hint dekat kau dulu?." Az tersenyum sinis.

"Cehh,rumah aku. Suka hati aku la nak duduk mana pun, atas bumbung ke, bawah katil ke, bawah meja ke, dalam jamban ke, apa kau kesah?." Yana menjeling.

"Memang aku tak kesah pun. Pergi la duduk atas bumbung tu. Shuhh shuhh, pergi la duduk atas bumbung." Az membalas dengan senyuman sinis sambil tangan nya digerak-gerakkan bagaikan menghalau seekor kucing.

Yana menghadiahkan jelingan maut kepada Az. Hatinya panas. 'Eyy mamat tiga suku kepala batu nih, geram betul lahh.. Orang macam ni nak jadi suami aku?. Ishh memang tak layak lahh.'

Pak Rahman, Mak Senah, Kyla, Tengku Khalil dan Tengku Qarmila hanya menyaksikan pertengkaran antara mereka berdua. Dua-dua tak nak kalah. Tanpa sedar, segaris senyuman terhias di wajah masing-masing kecuali Yana dan Az. Bagai anjing dengan kucing.

Tiba-tiba telefon Tengku Khalil berdering. Tengku Khalil meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

Selesai menjawab panggilan, Tengku Khalil meminta diri untuk pulang ke KL kerana ada hal katanya.

"Rahman, aku pulang dulu lah ye, ada hal dekat KL. Inshaallah,ahad minggu depan kami datang lagi. Kita bincang hal perkahwinan. Assalamualaikum." Tengku Khalil meminta diri.

"Baiklah, hati-hati memandu. Waalaikumussalam." Pak Rahman menjawab.

Setelah bersalam-salaman. Kereta Tengku Khalil meluncur untuk pulang ke KL. Pak Rahman, Mak Senah dan Kyla tersenyum sambil melambai-lambai sehingga hilang dafi pandangan kecuali Yana yang masam mencuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience