Bab 3

Romance Series 9883

Dengan mata yang bengkak,Yana mengajak Kyla untuk temannya melukis di taman."Weyy, jom teman aku melukis dekat tempat biasa."

Teragak-agak Kyla mahu bertanyakan tentang Yana."Err Yana,boleh aku tanya sesuatu?."

"Tanya je lah.Kalau aku cakap tak boleh pun,nanti kau tanya jugak." Sinis Yana menjawab sambil memerlinya.

Tersengih-sengih Kyla apabila diperli sebegitu rupa. "Err kenapa dengan mata kau Yana?. Semalam kau balik rumah lepas jumpa Izhan,kenapa kau berkurung je dalam bilik?. Izhan ada buat apa-apa dekat kau ke?."

"Ehh,apa kau merepek nih. Kami okay je la. Tak ada apa pun. Semalam aku letih sangat." Yana menjawab dengan sengihan manis yang di buat-buat.

Sebenarnya Kyla dah tau si Yana tu ada masalah sebab malam semalam dia dengar Yana menangis dalam bilik. Risau juga dia. Tapi dia buat pekak je. Takut kalau dia tegur malam tu jugak dia kena marah dengan si Yana tu.

Yana menyergah kawan baiknya apabila melihat si Kyla sedang berangan sakan dengan gaya mukanya berkerut-kerut"Hoii Kyla, kau dengar tak apa aku cakap tadi?. Berangan je ko tau kan. Aku tau la ko tengah berangan kahwin dengan mamat CEO, kan?"

"Ehh ma..ma..mana ada. Pandai-pandai je tuduh orang. Tak baik la." Tersenyum-senyum Kyla apabila dituduhnya berangan.'Tak masuk akal betul la Yana ni,aku sebok fikir pasal dia, aku pulak yang di tuduhnya.'

"Dahh dahh jom gerak,nanti lambat pula."

Mereka memasukkan barang melukis di sit belakang. Setelah semuanya okey,mereka bergerak menuju ke taman permainan.

Setelah hampir 30 minit mereka di dalam kereta,akhirnya sampai juga mereka di taman permainan.

Yana menggeliat kerana badannya terasa terlalu letih. Kyla ni pun satu,orang suruh dia yang drive,tak nak pula dia.

Mereka menyusun alat perkakas-perkakas lukisan mereka di bawah pokok yang rendang dan memulakan aktiviti melukis. Sambil melihat budak-budak berkeliaran. Ada juga remaja-remaja yang meluangkan masa dengan aktiviti joging. Ahh,tenangnya.

Tiba-tiba...

Buk..

Seorang lelaki terlanggar perkakas-perkakas lukisannya bertabur di atas rumput. Habis semuanya rosak. Haihh malangnya.

"Alamak lulisan aku. Ishh siapa yang langgar lukisan ni. Arhh stress la macam ni." Yana membebel sambil tangannya lincah mengutip perkakas-perkakas yang bersepah di atas rumput.

"Ehh kau ni apahal melukis dekat sini!?. Mengganggu betul lah!." Dengan selamba lelaki itu menengking Yana. Dah terang-terang salah dia, tapi dia menyalahkan Yana pula. Ishh tak faham betul la.

"Hahh, apa pula saya yang salah!?. Awak yang langgar lukisan-lukisan saya. Habis kotor. Siapa yang nak beli kalau dah kotor macam ni?. Saya tak kira,awak kena bayar ganti rugi. Awak tau tak, lukisan ni for sale, not to be broken and discolored!. Understand?." Marah Yana.

"Kau nak suruh aku bayar ganti rugi?. Memang tak la. Lukisan buruk ni tak layak nak diganti dengan duit aku." Lelaki itu menjawab sinis.

Perit! Memang perit. Lukisan buruk dia cakap?. Kurang ajar punya lelaki. Aku lukis penat-penat, dia cakap buruk?. Memang nak kena la lelaki ni.

Pap!

"Aduhh,apasal kau tampar aku!. Ishh tak sedar diri betul minah ni. Dh tau diri tu miskin, buat la cara miskin. Kau nak kena penampar kidal aku ke perempuan?."

"Apa awak cakap?. Miskin?. Ya,saya memang miskin. Saya akui benda tu. Saya tau la awak tu kaya, tapi jangan sesekali menghina golongan miskin macam kami. Semiskin-miskin kami pun, kami tetap kaya dengan kasih sayang. Awak tu harap je kaya, kasih sayang?. Entah-entah tak cukup kasih sayang sebab tu la perangai awak jadi macam ni!." Yana membidas kata-kata lelaki tadi.

Kyla hanya membatu kan diri. Tidak magu masuk campur.

Lelaki tu mahu tumbuk Yana tetapi sempat dihalang oleh seorang lelaki."Weh Az, apahal sampai kau nak tumbuk perempuan ni?. Apa masalah kau ni?." Ohh,nama lelaki tu Az rupanya.

"Baik kau lepaskan aku Iwan. Karang kau yang kena penumbuk aku ni!" Az masih cuba melepaskan diri.

"No!. Kalau kau nak juga tumbuk perempuan ni,sorry aku tak boleh lepaskan kau. Dah la, jom lah kita balik, buat malu je gaduh dekat sini." Iwan berkeras.

"Ishh ye lahh. Lepas kan aku la."
Iwan tersenyum seraya melepaskan Az.

"Bagus. Macam ni la kawan baik aku. Dah jom balik." Iwan tersenyum.

Az memandang Yana lalu menjeling tajam.
"Aku takkan bayar ganti rugi lukisan kau. Dasar perempuan murahan!."

"Apa awak cakap tadi?. Perempuan murahan?. Wow pandai berkata-kata ya awak?. Saya tak kira, awak kena bayar juga!. Saya bukan hidup sorang, saya ada keluarga juga, saya kena tanggung kos pembelajaran adik saya. Awak ingat senang ke saya nak cari duit?." Matanya sudah berkaca-kaca mengenangkan nasibnya. Dah tu, kena tuduh perempuan murahan pulak. Sedihnya.

"Yana, jom la balik. Malu la gaduh dekat sini." Kyla mengajaknya pulang. Tetapi Yana masih berkeras minta ganti rugi.

"Aku tak nak bergerak selagi aku tak dapat ganti rugi. Duit tu aku kena bagi adik aku. Aku risau kalau adik aku tak ada duit belanja kat sana nanti." Air matanya sudah mengalir deras kerana teringatkan adik nya di oversease.

"Aku dah cakap, aku takkan bayar ganti rugi. Pandai-pandai la kau cari duit untuk keluarga kau. Tak ada kena-mengena dengan aku." Az terus berlalu tanpa menghiraukan Yana.

"Err Cik, maaf kan kawan saya tu ya. Dia tu memang macam tu. Tak nak kalah. Dia je yang betul. Kalau dia salah pun,dia takkan mengaku. Saya tau sangat perangai dia. Okey lah, saya minta maaf lagi sekali. Saya minta diri dulu." Iwan terus berlalu selepas meminta diri.

Yana terdiam.'Perangai kawan nya punyalah baik, tapi perangai lelaki yang langgar lukisan aku tu, macam harem.' Sempat lagi dia mengata si Az.

"Dah, jom lah balik. Hilang mood aku nak melukis." Yana mengajak Kyla pulang ke rumah.

"Haa jom lah balik rumah, aku pun dah penat dah ni. Sampai rumah nanti aku nak berendam dalam air sabun. Mmm wanginya." Sempat lagi Kyla berangan.

"Iyaa la tu kau." Yana tersenyum melihat kawan baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience