Bab 4

Romance Series 9883

"Mama tak kira, Az kena balik rumah mama harini juga. Mama dengan papa ada benda nak bincang dengan Az. Balik petang ni juga."

"Tapi ma, Az busy la..nanti je laa Az balik."Az membantah.

"Az busy apa?. Petang ni, mama tau Az balik. Az jangan nak buat perangai. Kalau Az masih sayangkan mama dengan papa, Az balik petang ni." Serta merta Tengku Qarmila mematikan handset.

'Ishh mama ni. Nak bincang apa lagi?. Balik je la. Kalau aku tak balik, nanti mama fikir aku tak sayang mama dengan papa pulak. Haihh.' Sempat Az membebel dalam hati.

Az call Elisa merangkap kekasih hatinya."Helo sayang, petang ni i busy la. Sorry ehh?."

"Apa?. You dah janji dengan i kan. You busy apa ni?."

"Sorry la sayang. Mama i suruh i balik rumah dia. Ada hal nak bincang. Nati lepas semuanya selesai, i belanja you makan, shopping, tengok wayang. Apa yang you nak, i bagi. Okey?." Az cuba memujuk Elisa. Harap-harap dia okey la.

"Haa?. Iya ke sayang?. Janji tau." Elisa melonjak gembira apabila terdengar perkataan 'shopping'.

"Ya, i janji. Okeylah i nak gerak balik rumah mama ni." Az segera mematikah talian dan terus bergerak ke rumah Tengku Qarmila.

Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya sampai juga Az di rumah mamanya.

"Ehh anak mama dah sampai. Jom la masuk, papa ada di dalam." Tengku Qarmila menyambut Az dengan senyuman.

Az mencium tangan mama nya. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dalam.Az menegur papa nya apabila ternampak papa nya duduk di sofa ruang tamu sambil membaca surat khabar.

Az mencium tangan papanya."Papa sihat?"

"Sihat, alhamdulillah."

"Err, papa dengan mama nak bincang apa?." Tanpa berlengah, Az segera bertanya tentang hal yang ingin di bincangkan oleh mama dan papa nya.

"Sebenarnya kami dah setuju nak kahwin kan Az dengan anak kawan papa."

"Apa?. Kahwin?. Az taknak, Az tak sedia lagi nak kahwin. Lagipun Az dah ada calon sendiri la pa. Please ma." Az membantah.

"Papa tak kira, kamu kena kahwin juga. Papa dengan mama dah sediakan semuanya. Hujung bulan ni kamu nikah dan terus bersanding." Tengku Khalil tetap berkeras mahu Az kahwin.

"What?. Kenapa hujung bulan?. Maknanya lagi 3 minggu la?.. Awalnya. Az taknak kahwin. Tah mana-mana perempuan la mama dengan papa kutip tu."

"Kalau Az taknak kahwin, Az jangan jejakkan kaki Az dalam rumah ni. Az jangan cabar papa. Papa dengan mama nak kahwin kan Az, sebab nak Az jadi lebih matang. Kami tak berkenan langsung dengan Elisa tu. Tak pandai nak tutup aurat. Harap je kaya, tapi kain pun tak mampu beli. Perempuan apa macam tu?." Tengku Khalil tetap berkeras mahu mengahwinkan anak teruna nya.

Az mengeluh berat. 'Huhh, aku dah tak ada pilihan lain. Aku kena juga kahwin dengan anak kawan papa. Kalau tak, aku dah tak boleh jejakkan kaki kat rumah ni lagi. Tapi Elisa macam mana?. Aku tak ada pilihan lagi. Aku kena ikut cakap mama dan papa.'

Dengan penuh keterpaksaan, dia menyatakan yang dia setuju dengan cadangan papa dan mama nya."Okey. Az setuju."

"Baiklah, kalau dah setuju, esok malam kita pergi rumah bakal pengantin perempuan. Boleh la Az nak kenal-kenal dengan bakal isteri Az tu." Tengku Qarmila menyampuk.

"Tapi kan, rumah dia dekat mana?." Az bertanya.

"Dia tinggal di kampung."

"Maknanya dia orang kampung la?"

"Haah, takpe la. Orang kampung selalunya perangai nye baik."

"Hmm, yelahh"

Sementara Yana pula.....

"Kahwin?. Taknak. Apa ni mak. Siapa yang pandai-pandai cadangkan ni. Mana boleh macam ni. Yana tak kira, Yana taknak kahwin. "

"Apa Yana cakap?. Yana ingat kahwin ni perkara boleh dibuat main-main ke?"

"Disebabkan tak boleh buat main-main lah Yana taknak kahwin. Tolong la mak, Yana taknak kahwin."

"Mak tak kira. Ayah nak kahwin kan Yana dengan anak kawan ayah.Ayah dah tetapkan tarikh pernikahan. Hujung bulan ni nikah dan terus bersanding."

"Yana tak nak kahwin. Lagipun Yana tak kenal bakal suami Yana. Mana tau dia tu perompak ke, pembunuh ke, tak ke nanya nanti."

"Ishh Yana ni tak baik la tuduh orang macam tu. Esok petang balik sini, sebab malam keluarga bakal suami kamu nak datang.Keputusan kami muktamad." Mak senah segera mematikan talian.

'Alamak, macam mana ni. Aku kena kahwin juga dengan orang yang aku tak kenal. Arhh stress laa.' Yana tidak berpuas hati dengan keputusan mak dan ayah nya. Yana terus terduduk di sofa sambil merenung jauh.

"Kau kenapa ni Yana?. Ada masalahke?." Kyla menegur.

"Mak ayah aq..."

Belum sempat Yana habiskan ayatnya. Kyla menyampuk dengan muka cemas."Haa?. Kenapa dengan mak ayah kau?. Dia orang sakit ke?."

"Hahh, bagi la aku habiskan ayat aku dulu. Merepek je kau ni."

"Habis tu?. Kalau bukan sakit apa dia?."

"Dia orang suruh aku kahwin." Dengan muka sedih dia ceritakan semuanya dari A hingga Z.

"Ouhh macam tu, so bila ko nak balik sana?." Kyla bertanya.

"Esok petang la. Kau nak ikut ke?"

"Tak nak la, segan."

"Kau nak segan apanya?. Mak aku kenal kau la. Kan kau pernah tidur seminggu dekat rumah aku?. Jom la ikut. Kalau kau tak nak ikut, aku tak nak balik."

"Alaa kau ni. Jangan la macam ni. Okey, aku ikut kau balik."

"Janji?"

"Ye aku janji."

"Esok petang kita gerak balik kampong."

"Okey."

?CONTINUED?
...SORRY KALAU TAK BEST..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience