Bab 8

Romance Series 9883

Yana duduk termenung di kerusi yang di sediakan di taman. Lihat gelagat kanak-kanak bermain taman. Dia tersenyum nipis. Fikirannya berserabut. Dia tidak mahu berkahwin dengan mamat tu. Dia cakap sorang-sorang. Bukan gila. Tapi cuma sekadar luahan perasaan."Aduhh macam mana ni. Aku tak nak kahwin dengan mamat kepala batu tu. Lagipun aku baru break dengan Izhan, takkan aku nak terima mamat tu. Mamat tu mungkin dah ada girlfriend. Ehh aku tak nak jadi perampas. Tak pasal-pasal aku kena serang dengan girlfriend dia. Eyy tak nak lah. Tapi aku tengok muka mak dengan ayah macam mengharap sangat aku kahwin dengan mamat tu. Tak sampai hati la pulak nak hampa kan dia orang. Emm nanti je lah aku fikir."

Tiba-tiba dia merasakan tangannya digenggam seseorang. Dia memandang wajah orang yang memegang tangannya. Seorang budak lelaki comel sedang tersenyum. 'Ehh anak siapa pulak ni? Aduii mesti dia fikir aku ni mak dia. Ke muka aku ada iras-iras mak dia?. Haha merepek la kau. Aihh salah orang budak ni.'

"Akak, kenapa akak termenung lepastu cakap sorang-sorang?. Akak tak ada kawan ke?." Budak itu bersuara.

"Ehh adik ni siapa?. Mana mak ayah adik?." Tanpa menjawab soalan budak tu, Yana terus bertanya. Ok ayat bersepah.

"Akak, jom main buaian sana tu nak tak?." Budak itu terus menarik tangan Yana tanpa sempat Yana menjawab.

"Ehh dik. Kejap. Lepaskan tangan akak dik." Budak itu menghiraukan Yana. 'Adui tak boleh jadi ni. Nanti kalau mak ayah budak ni nampak, mesti dorang fikir aku nak colek budak ni. Tak pasal-pasal kena tuduh.'

"Adik, berhenti kejap dik. Akak nak tanya.
Kejap la dik. Jangan la tarik akak kuat sangat. Sakit la." Yana masih berusaha menyuruh budak itu berhenti.

'Arghh tak boleh jadi ni. Aku kena tinggikan suara jugak dengan budak ni. Melampau betul lah.' Tahap kesabaran Yana makin menipis. Yana menengking budak tu sambil merentap tangannya dengan kasar agar terlepas dari pegangan budak tu."Adik!. Akak cakap stop!. Berhenti la!. "

Budak itu terkejut. Dia memandang muka Yana yang merah padam menahan marah. "Maaf kak. Saya tak sengaja. Kalau akak pun tak sudi kawan dengan saya, tak apa lah. Saya pergi dulu. Minta maaf lagi sekali. Iskk iskk" Budak itu meminta maaf sambil badannya terhenjut-henjut menahan tangis.

'Alamak, nangis la pulak. Aduii aku tak patut tengking dia macam tu. Kesian dia.' "Ehh dik. Jangan la nangis. Akak tak sengaja la." Yana memujuk.

Budak tu masih menangis. 'Adui macam mana aku nak pujuk budak ni?.' Yana ternampak sebuah gerai ais-krim.

"Emm,adik nak aiskrim tak?. Kalau adik nak, adik kena berhenti menangis dulu. Boleh?" Yana masih memujuk.

Budak itu terdiam sambil mulutnya mengukir senyuman. "Aiskrim?. Wah nak."

"Okey. Jom kita pergi beli aiskrim. Akak belanja."

"Jom."

Setelah beberapa minit memilih aiskrim, mereka kembali di tempat Yana duduk sebelum budak itu menarik Yana.

"Siapa nama adik ni?" Yana bertanya dengan lemah-lembut.

"Azam Mikael." Budak itu menjawab sepatah.

"Ouhh sedap nama adik. So adik nak akak panggil adik apa?."

"Emm Azam boleh, Mikael pon boleh jugak. Ikut akak lah nak panggil apa."

"Okeyy kalau macam tu akak panggil adik Mikael lah."

"Hehe, okey kak."

Yana perasan ada dua orang lelaki tegap dan berpakaian seperti gangster yang tidak dikenalinya sedang berjalan menuju ke arah mereka. Yana panik.

Yana berbisik kepada Mikael. "Mikael, lelaki tu nak datang sini ke?. Akak takut lah."

"Lelaki?. Mana?." Mikael bertanya.

"Tu haa. Lelaki dua orang tu. Nampak macam gangster pon ada. Mikael nampak tak?" Yana menafikannya.

Tanpa menjawab pertanyaan Yana, Mikael terus bangun dari tempat yang didudukinya dan terus berlari tanpa menghiraukan Yana yang sedang panik tahap gaban.

"Ehh Mikael nak pergi mana tu?." Yana terkejut akan tindakan Mikael.

Tiba-tiba Yana terdengar lelaki itu menjerit memanggil budak itu. "Woi jangan lari!!."

Yana panik dan terus mengejar Mikael kerana dia rasa bertanggungjawab atas keselamatan Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience