Bab 2

Romance Series 9883

Sesampainya dia di depan pintu kondominium yang diduduki bersama sahabat baiknya Kyla, dia terus melangkah masuk untuk merehatkan diri.

Tiba-tiba Kyla yang berada di ruang tamu menyergahnya."Woii apasal kau balik lambat sangat?.Bukan ke kau janji dengan Izhan nak jumpa pukul 2 petang?.Ni dah pukul 3 petang dah ni."

"Apa!? Dah pukul 3 petang?.Ehh aku keluar sekejap tau."Sambil membebel,dia melangkah untuk keluar dari kondominium nya.

"Ehh sekejap.Kau baru balik kan.Kau nak pergi mana pulak ni?"Kyla menghentikan pergerakannya.

"Aku nk pergi jumpa Izhan.Okey lah, aku gerak dulu."Terkecoh-kecoh dia berlari untuk mendapatkan keretanya yang berada di tingkat bawah di tempat parking yang telah disediakan.

Dia berjanji dengan Izhan untuk berjumpa di taman permainan.Di taman, dia tidak nampak kelibat kekasih hatinya.Dia buat keputusan untuk menunggu di salah satu kerusi sambil membaca novel.

Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang dengan sinis."Hye Yana.Dah lama sampai?"

"Ehh Izhan..Lama jugak la.Kenapa awak sampai lambat hah?.Harini kan hari ahad.Awak cuti kan." Balas Yana.

Izhan merenung Yana dengan renungan yang tajam."Ohh,kau lambat boleh pulak?. Pagi tadi aku tunggu kau 2 jam boleh pulak.Dah tu tak datang pulak tu.Buang masa betul la."

"Err,ke..ke..kenapa awak bahasakan dengan 'aku kau'?. Sa..sa..saya mintak maaf pasal pagi tadi.Bukan selalu pun saya lambat." Tergagap-gagap dia mempertahankan dirinya.

"Apa kau cakap?.Bukan selalu?.Ehh aku dah bosan la dengan kau ni. Kau ni dah la selekeh.Aku dah jumpa perempuan lagi cantik dari kau la.Menepati masa pulak tu.Bukan macam kau,lembab.Kalau macam ni la perangai kau,baik kita break je la."Izhan meluahkan kemarahannya.

"Saya minta maaf,, saya tahu saya salah. Saya lambat. Izhan, please maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya taknak break" bersungguh-sungguh Yana merayu agar dirinya dimaafkan.

"Arghh peduli apa aku? Aku nak break. Aku tak kira, kau nak atau taknak,,aku still dengan pendirian aku. Aku nak break. Kau faham tak? Putus!!. Dah laa Yana, perempuan macam kau ni tak layak laa dengan aku. Kau ni sebenarnya nak kikis duit aku je kan? Kau nak berapa? Aku boleh bagi la.. Dasar perempuan miskin!" Izhan menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati Yana.

"Ya Allah. Saya tak pernah pun terfikir nak kikis duit awak. Sampai hati awak fitnah saya macam tu? Saya ikhlas sayangkan awak."

Tiba-tiba Yana terdengar seorang perempuan memanggil Izhan dengan perkataan sayang.

"Sayangg!"

"Ehh baby! U buat apa dekat sini?."

"Hehehe tadi I cari U dekat office, tapi U tak ada. So I tanya P.A U, then dia cakap U keluar pergi taman. U buat apa pergi taman ni sayang?"

"I pergi taman ni sebab nak jumpa dengan perempuan ni kejap..Ada problem sikit. Ehh lupa nak kenalkan perempuan ni dekat U. Okay nama dia ni Yana and Yana, kenalkan ni girlfriend aku, Hayra Delisha."

Yana senyum dan sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan haa gituw.

"Eewww perempuan kampung. Hey perempuan, kau tak layak laa nak salam-salam aku. Eeww geli la dengan tangan kau tu. Entah pegang benda kotor then kau nak salam aku? Memang tak laa. Aku jijik la nak sentuh orang macam kau ni." Hayra memaki Yana sambil riak wajahnya betul-betul menandakan yang dia sangat jijik dengan Yana.

Hayra sememangnya anak orang kaya yang tiada adab. Harap je belajar tinggi-tinggi kelangit, tapi adabnyaa ketanah!. Dia hanya merasakan dirinya paling bagus paling hebat. Huhh, barangkali dia lupa satu ayat ni 'hidup ni macam roda. Kadang kita kat atas,kadang kat bawah. Tak semua yang kita ada akan kekal ada dengan kita selamanya' erkk betul ke ayat tu? Macam tak ada kena mengena je?Hentam saja la labu.

"Sayang!! Apa U cakap ni? U tak kesian ke dekat dia huhh baby?" Izhan menegur Hayra yang agak keterlaluan.

"Ouhh sekarang ni U nak backup perempuan kampung ni la? Korang ada apa-apa ke? Baik U terus terang dengan I!!"

"Apa yang U merepek ni sayang? I just tegur ayat U tu sebab agak keterlaluan. Sudah terang lagi bersuluh perempuan ni pakai baju selekeh, kalau U tegur lagi teserlah laa keselekehan dia tu, malu dia nanti. I risau nanti orang fikir perempuan ni cleaner kat taman ni pulak. Karang tak pasal-pasal dia kena kerja part time kutip segala saiz and jenis-jenis sampah kat taman ni, makin selekeh pulak dia nanti." sambil menahan ketawa, Izhan membalas kata-kata wanita kesayangan dia yang perangai entah apa-apa tu.

"Ehh baby! Pandai laaa U ni hahahahahahahah. Mesti masa U kecil, mama U hari-hari bagi makan kismis dengan kurma Yusof Taiyob kann? Lepas tu mesti mama U hari-hari bagi U minum susu kann? Sebab tu U pandai macam ni kan? Baiknya mama U sayangg." Dengan bangga Hayra Delisha membalas kata-kata Izhan.

"Hahahaha well, ni Izhan la. Jom la sayang, I lapar la. Teman I cari kismis, kurma and lagi satu I nak susu supaya sistem saraf otak I berhubung." Izhan menarik tangan kekasih hatinya lalu meninggalkan Yana seorang diri dengan hati yang telah hancur.

Gila!! Ini gila!! Pasangan yang gila!! Bagai pinang dibelah dua laa tapi malangnya gila! Hahahahaha author jahat. HOHOHOHOHO

Sebelum berlalu, Hayra sempat melempar duit berjumlah 50 tepat di muka Yana.

"Kau ambil duit tu then pergi beli baju baru okay? Beli yang cantik sikit. Kalau tak cukup, kau minta la sedekah dekat tepi-tepi jalan sana tu. Itu pun kalau ada orang nak bagi la. Okaylaa aku pergi dulu, bye bye perempuan miskin."

Mata Yana sudah berkaca-kaca.Menelan segala jerkahan yang mengguris hatinya.Malang sungguh dirinya.Dia mahu membantah tetapi mulutnya bagai terkunci tubuhnya menggeletar.Hanya air mata je yang mengalir pada saat ini.

Dia merenung memandang budak-budak yang berkeliaran di taman itu.Sedikit sebanyak terhibur juga hatinya yang lara .

Share this novel

Nurul Amira
2019-12-09 16:49:20 

Bkn ketanah dh tuh..dlm tanah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience