8

Romance Completed 8721

"weh kau tengok tak cerita Bermadu Kasih malam tadi kesian do kau tau tak bini dia sebenarnya dah kena bunuh pastu kena sorok pastu en.. "tak sempat Amier bercerita Adam sudah mencelah.

"huh.. cerita macam tu kau layan? "soal Adam sambil tergelak kecil.

"hm.. kau masih berhubung lagi ke dengan Hanim"soal Amier sengaja ingin menukar topik.

"tak "balas Adam seringkasnya.

"Adam.. move on tau, hari ni aku rasa majlis akad nikah diorang"jelas Amier mahu ingatkan Adam takut takut dia terlupa.

"hm aku tengah cubalah ni"balas Adam dengan rasa kecewa mana taknya sudah bertahun tahun mereka berpisah.. tak sempat nak bersatu orang lain pulak yang gantikan tempat dia.

"takpelah kalau kau hilang dia,aku ada.. kita couple?"pelawa Amier sambil keningnya dijungkit jungkitkan.Adam ketawa sambil memegang perutnya.

"sengal lah ,tak berselera aku"balas Adam sambil menolak lembut bahu Amier.

"hm kenapa kita lalu lorong ni ek? "soal Amier hairan .

"tak tahu lah saya"balas Adam sambil menjungkit bahu.

"Weh cuba kau tengok sana"kata Amier sambil bahu Adam ditepuk laju.

"taknak "usik Adam sengaja buat buat merajuk nak Amier pujuk.

"ish pandanglah sana"balas Amier pantas tangannya menolak wajah Adam ketepi.

"Oh My.. is that Anis? "soal Adam inginkan kepastian..Tubuh Anis yang terlantar sakit di atas tar jalan bersama darah kelihatan seperti sudah nyawa nyawa ikan.

"yup "Dengan segera mereka mendekati Anis yang terlantar sakit di atas tar jalan ,darah merah di tubuhnya masih tetap mengalir sedikit demi sedikit. Kelihatan jelas perut Anis yang sedikit membuncit seperti orang .. mengandung? soal hatinya.

"Mier cepat call polis !"gesa Adam sambil memandang kaki Anis yang dipenuhi darah.Amier hanya mengangguk segera dia mendail nombor telefon polis.

"hello puliss"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience