6

Romance Completed 8721

*flashback

"Haram !!" jerit Dian sambil matanya sakit memandang Hanim dan Adam berpegangan tangan.

"Biarlah Hanim nak kawin dengan Adam, Dian kawinlah dengan Amier"balas Hanim sambil memeluk lengan kecil milik Adam.

"lelaki dengan perempuan mana boleh kawin, lelaki dengan lelaki,perempuan dengan perempuan lah "sampuk Amier dengan penuh keyakinan.

"eh mana de.. lelaki dengan perempuan boleh kawin la"balas Dian yang bingung dengan kata kata Amier.

"Aunty! Aunty! perempuan dengan lelaki boleh kawin kan? "soal Adam ingin kepastian. Pn. Zarina hanya mengangguk ,menahan ketawa melihat kerenah mereka.

"Haa.. betullah apelah kau ni Amier , jomlah Hanim kita cari rumah baru kesian anak anak kita duduk dekat dalam kotak je"balas Adam sambil mengangkat kotak yang didalamnya mempunyai 5 ekor anak kucing.Hanim hanya menurut perintah.

"tunggu itu anak kami! "jerit Dian sambil berlakon meraung raung di atas rumput.

*flashback end

Adam hanya mendengus menahan ketawa,sambil duduk memandang pemandangan di atas bangunan.Tiba tiba sahaja namanya dipanggil, pantas dia menoleh kebelakang.

Hanim terus melabuhkan punggungnya disebelah Adam.
Mereka diam seketika memandang langit malam yang indah ditemani beribu ribu bintang di langit.

"indahnya pemandangan malam macam ni kan.. sejuk je"Hanim bersuara sambil senyuman manisnya terukir di bibir.

"macam tu jugak indahnya kenangan kita waktu dulu²"balas Adam sambil memandang wajah Hanim disebelahnya.

"kalaulah masa boleh diundurkan.. "

"kalaulah masa boleh diundurkan Adam harap sangat yang kita tak pernah berjumpa"balas Adam dengan penuh kekecewaan.

"maksud Adam? "

"Congrats"ucap Adam bersama senyuman.

"Thanks"balas Hanim menunduk rasa kecewa.

"Hanim tahu tak kesilapan paling besar yang pernah Adam buat? "

"tak tahu, apa dia? "soal Hanim ingin tahu.

"mencintai manusia yang tak akan pernah jadi milik kita" balas Adam dengan ukiran senyuman tawarnya walaupun hatinya bagai ditoreh toreh pisau.Hanim hanya terdiam tidak tahu ingin apa diperkatakan.

"Adam penat.. Adam penat kejar cinta manusia yang takkan pernah habis"

"kadang Adam rasa sia sia je air mata ni keluar semata² kerana seorang perempuan "luah Adam sambil menongkatkan dahinya, sakit bila difikirkan balik.

"kenapa kita yang jadi mangsa.."balas Hanim dengan nada suara yang perlahan.

"emh.. dah pukul 9.00 dah ni perempuan tak elok tau balik lewat² malam"balas Adam sambil memerhatikan jam tangannya sambil berpura pura membuat riaksi ceria.

"Tak nak! "bantah Hanim.

"balik lah Hanim nanti mama marah"balas Adam dengan nada suara lemah lembut.

"selama ni Hanim penat tunggu Adam bertahun tahun,tapi kenapa Fik pulak yang senang² dapatkan Hanim dengan mudah "balas Hanim meluahkan segala perasaannya sambil air matanya mengalir.

"terima hakikat yang Adam bukan milik Hanim lagi.."balas Adam dengan hati yang dirobek robek.

"takkan semudah tu je Adam nak mengalah mana pergi Adam yang dulu,yang selalu ada untuk Hanim"balas Hanim teresak esak.

"Hanim dengar ni "ujar Adam

"hm? "

"Adam dah tak cintakan Hanim, lupakan Adam anggap je yang kita tak pernah berjumpa"balas Adam sambil matanya memandang tepat kearah anak mata yang dipenuhi air mata kecewa di hadapannya.

"Adam tipu! "jerit Hanim sambil menolak kasar bahu milik Adam dan terus berlari pergi meninggalkan Adam seorang diri.

"selamat tinggal ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience