3

Romance Completed 8721

Badan yang penuh keletihan itu dihempaskan di atas katil . Matanya yang menahan ngantuk dilelapkan sebentar . Entah apa yang membuatkan dia terjaga tiba tiba sahaja tangannya menjalar ke poket seluar untuk mengambil telefon bimbitnya.

Matanya terbeliak sambil kepalanya disengetkan sedikit.

"siapa dia ni ,scammer je kot.. tapi takkan la sampai tinggalkan 12 misscall "soal dirinya sendiri.

Tiba tiba sahaja telefonnya berdering,kelam kabut dia jadinya..

"Assalamualaikum ,Hanim busy lagi ke"soal lelaki misteri yang berada di dalam talian itu.

"Waalaikumsalam dah tak tapi.. boleh saya tahu siapa ni sebenarnya"soal Hanim inginkan kepastian.

"esok kita jumpa boleh? "soal lelaki itu tanpa menjawab soalan daripada Hanim.

"macam mana saya nak jumpa awak, sedangkan saya tak kenal awak pun mama saya kata.. "tidak sempat Hanim ingin menghabiskan ayat tiba tiba sahaja lelaki itu mencelah.

"jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali " balas lelaki tadi.

"hah tahu pun jadi tak payah lah saya nak jelaskan dekat awak panjang berjela "

"tak kesahlah apa pun yang penting esok saya nak jumpa awak dekat Restoran Mawardah awak tahu kan ?"balas lelaki itu dengan nada penuh keyakinan

"tapi.. "

"jangan risau saya takkan apa apakan awak"pantas lelaki itu menamatkan talian.

Dia mengeluh panjang ,matanya yang mengantuk itu dilelapkan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience