9

Romance Completed 8721

Majlis akad nikah akan bermula, masing masing masih menunggu ketibaan pengantin lelaki.

"Kak Min mana pengantin lelakinya ni lama dah tunggu ?"soal Pn. Zarina tak sedap hati.

"entahlah saya dah call tapi dia tak angkat " balas Puan Aminah yang masih mencuba menelefon anaknya kembali.

"Nim kau rasa Fiq datang ke? "soal Dian yang duduk di sebelah Hanim yang cantik didandan seperti pemaisuri.

"kalau dia tak datang lagi bagus"balas Hanim dalam keadaan bisik bisik.

Mata mereka masing masing terarah kepada kereta honda dihadapan muka masjid.Dengan segera Fiqry berlari lari tidak tentu arah selepas dikejar pihak polis.Dia segera menyorok di belakang ibunya dipeluk ibunya rapat rapat.

Tiba tiba sahaja polis menyerbu masuk,
"Assalamualaikum kami daripada pihak polis, terpaksa menahan anak puan kerana disyaki merogol dan membunuh seorang wanita yang masih dalam keadaan mengandung"kata seorang daripada pihak polis.

"bukti mana bukti? saksi? "balas Fiqry yang masih didalam pelukan ibunya.

"kami saksi kejadian"balas Adam dan Amier serentak.

"Adam?Amier?"hairan Hanim.

"Fiq apa kau dah buat ni"soal Pn. Aminah sambil menangis sebak melihat perangai sebenar anaknya.

"mak maafkan Fiq, ampunkan Fiq"Fiqry meronta ronta mohon kemaafan . Pn. Aminah tak henti henti mengesat air matanya yang berjurai mengalir di pipi tuanya itu.

"Ikut kami ke balai"pantas Fiqry digari dan diusung untuk dibawa ke dalam kereta polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience