1

Romance Completed 8721

Dulang yang dipenuhi makanan dibawa bagai menatang minyak yang penuh.Tiba tiba sahaja telefon bimbitnya berdering berulang kali. Bibirnya digigit geram, menahan sakit hati.

Pergerakannya segera diberhentikan, dulang ditangannya pula diletakkan sebentar di salah satu meja tempat duduk pelanggan.

Pantas tangannya menyeluk masuk kedalam poket seluarnya terus dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang berdering tidak henti henti daripada tadi. Lantas dijawab dengan keadaan wajah yang berkerut.

"Hello ! ya nak apa?! "balas Hanim dengan meninggikan suara.

"Ni Hanim kan ?"soal seseorang yang berada di dalam talian sepertinya kedengaran jelas suara seorang lelaki.

"iya ni Hanim, cakap tu boleh cepat sikit tak Hanim ada banyak lagi kerja nak buat ni ! "balas Hanim lagi dengan wajah yang masam mencuka.

"er.. aaa... "respon suara lelaki itu seperti tergagap gagap

"Oi! Hanim cepat sikit buat kerja tu jangan nak makan gaji buta pulak ,aku potong gaji kau kang! "laung En Nazim daripada ruangan dalam dapur sambil memerhatikan semua pekerjanya yang tekun melakukan kerja dengan baik. Hanim hanya mengangguk pantas.

"call balik nanti boleh tak ? boss Hanim dah marah ni so..sorry ok bye "pantas dia mematikan panggilan orang yang bercakap dengannya sebentar tadi sambil menjeling tidak puas hati tak pasal pasal dilabel sebagai pekerja yang makan gaji buta, melangut tak tentu arah.

Apronnya disapu sapu supaya kelihatan kemas, senyuman diukir dibibir, nafasnya ditarik perlahan lahan kemudian dihembuskan. Fuh..segera dia menyambung pekerjaannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience