BAB 4

Drama Completed 230

“Meowww...” Abu seperti memahami tutur kata dua anak beranak tersebut..
Pasti di dalam hati Abu berkata. Ada betul juga kata Mak Teja itu.

“Ye lah Mak... Abu ya baik ilak. Adakah nya sanggup kelaie ngan pusak
lain semata-mata mok pertahankan si Panda. Nasib bait ku cepat hari ya.
Tiga ekor pusak jantan lain cuba mengeronyoknya. Apa gik ku ambik la air
dalam baldi simbah pusak lain ya..” Eyza geram menyuarakan ketidak
puasan hatinya.

“Yalah tek... Heran juak. Kenaklah si Panda juak yang jadi pilihan?
Sedangkan tek banyak gik pusak lain yang ada.” Mak Teja memeluk Abu dan
mengusap tubuh badannya.

“Meow... “ Abu mengiau lembut. Berdiam diri dibelai tuannya.

Nurhalis yang diam sejak dari tadi hanya tersenyum. Dia memerhatikan
Abu yang duduk terenah dibelai Mak Inah. Agak manja juga kucing bernama
Abu itu.

Apa yang pasti Abu adalah seekor kucing yang baik hati dan bijak. Pak
Bakar sangat menyayanginya. Apa yang paling membanggakan Pak Osen
kucingnya yang bernama Abu itu manja dan baik hati sama seperti Tetey.
Tiap kali subuh Abu akan datang di kakinya seolah membangunkannya untuk
solat subuh.

Mengingat itu semua air mata Pak Bakar meleleh sedih mengenangkan Tetey
yang telah mati. Kematian Tetey begitu dirasai dulu.. Kehadiran Abu
pada hari pertama bulan ramdhan itu dulu amat bermakna.

*Adik Abu Na o Mei Si Pusak Parsi...*

Beberapa bulan telah berlalu. Abu juga semakin meningkat dewasa. Pak
Bakar akhirnya menerima juga pemberian Pak Zaidi iaitu seekor Kucing
parsi. Nama kucing Parsi itu ialah Na O Mei. Kata Pak Zaidi ini adalah
baka keturunan generasi kedua Abu. Kucing Parsi itu bernama Abu itu dulu
kepunyaan Pak Bakar tetapi dipinjamkan Pak Bakar kepada Pakcik Zaidi untuk
proses mengawan akan tetapi sayangnya Abu juga telah mati akibat sakit
tidak berapa lama kemudian.

Badan Abu sungguh besar dan sikapnya juga sungguh manja dan miang.
Kadangkala Mak Teja takut untuk memegang Abu. Cuma Pak Bakar sahaja yang
berani. Semua kucing lain yang berkeliaran di PGA limbang bertempiaran
melarikan diri sebaik Abu keluar dari kandangnya. Mana tidaknya mereka
takut dikejar Abu yang suka bermain nanti.

Apa yang paling melucukan pernah sekali ketika Abu dilepaskan dari
kandang. Abu pernah berkelahi dengan beberapa ekor kucing lain di PGA
Limbang. Semua kucing itu dikejarnya habis lari lintang pukang. Lawak
betul pada masa itu. Melihat badan Abu yang sangat besar pastinya semua
kucing lain menjadi takut.

Sebelum ini Pakcik Zaidi ada juga bertanya samaada Pak Bakar mahu
memelihara anak kucing parsi generasi pertama namun Pak Bakar menolak.
Katanya sudah cukup banyak kucing peliharaan.

Untuk kali kedua ini akhirnya Pak Bakar tidak dapat menolak lagi. Oleh
itu dia menerima sahaja pemberian Pakcik Zaidi. Na o Mei pun dipelihara
dengan sebaik-baiknya. Bulu Na o Omei sungguh tebal. Ekor Na o Mei
lentik. Warna bulunya berwarna putih dan hitam. Nama Na o Mei diberi
kerana pada ketika itu di tv 3 popular dengan cerekarama slot Na O
Mei... Pelik tapi benar.

Abu yang pertama kali melihat Na O Mei. Menyapa lembut Omei. "Meowww...!

Na O Mei yang berada di dalam kandang memonyokkan mukanya. Bulunya tegak
meremang. Agaknya Na O Mei ketakutan.

“Jangan ganggu O Mei Abu ... Adik kau ya..” Ujar Pak Bakar tegas. Seperti
memahami kata Pak Bakar Abu beredar. Dari hari itu seperti memahami
arahan Pak Bakar Abu sentiasa menjaga tingkah lakunya. Na O Mei sentiasa
dijaga seperti adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience