Kereta proton Iswara itu terus meluncur laju menyelusuri jalan raya
menuju ke pasar ikan utama di Bangunan Tamu Limbang. Ketika ini
pemandunya tengah sibuk mencari parking yang sesuai untuk meletak
kereta. Sudah dua kali dia berpusing-pusing memandu keretanya di tempat
yang sama di hadapan bangunan Tamu Limbang tersebut. Letih yang terasa
membuatkannya mengeluh. Akhirnya dia mengalah jua. Biarlah. Lantaklah
parking jauh pun tak apa. Dia sedikit berputus asa.
Pada pagi ini cuaca begitu cerah. Udara pun menyegarkan. Pak Osen
akhirnya mengambil keputusan meletakkan keretanya di kawasan yang agak
jauh sedikit dari kawasan bangunan Tamu Limbang tersebut. Tapak pasar
malam lama yang sudah berpindah operasinya menjadi pilihannya.
Kawasan parking itu betul-betul berhadapan dengan Purnama Hotel di
seberang jalan. Di sebelah kiri hotel berkenaan kelihatan masjid Limbang
yang tersergam indah. Kedudukan masjid Limbang tersebut pula berhadapan
dengan sebuah stesen minyak Petronas dan Sekolah Rendah Melayu Pusat.
Ketika ini cuma di sana sahaja tempat parking kereta yang belum penuh.
Biasalah hari ini hari jumaat. Lagi pula hari ini, hari pertama bulan
ramadhan untuk tahun 2010. Pasti ramai yang membeli barang keperluan
untuk dimasak petang nanti di rumah.
Walaupun jam baru sahaja menunjukkan tepat jam 8.30 pagi, kelihatannya
sudah ramai penduduk di Limbang yang turun ke pasar. Di Limbang hari
jumaat adalah hari besar dan sungguh meriah. Pada ketika ini ramai
peniaga yang datang dari ceruk rantau menjual barang-barang hasil kebun
dan laut yang diperolehi mereka.
Selain itu pengunjung dari Brunei juga mengambil kesempatan untuk datang
ke Limbang pada hari ini. Kesempatan itu digunakan oleh penduduk negara
Brunei untuk datang beriadah Bagi penduduk Brunei Limbang adalah sebuah
bandar syurga membeli belah. Barang-barang boleh didapati murah di sini.
Selain itu juga kesempatan yang ada digunakan untuk melawat saudara mara
yang berada di Malaysia khususnya yang berada di Limbang. Mengikut
sejarah pada suatu ketika dahulu Limbang adalah sebahagian daripada
negara Brunei.
Pak Bakar mengeluh lagi...! Kedudukan parking tersebut sebenarnya agak
jauh. Pasti akan membuatkannya berjalan lebih sedikit nanti. Menyesal
juga kenapalah dia tidak memandu Vespanya sahaja. Salahnya juga. Nasi
sudah menjadi bubur. Dia menyalahkan dirinya sendiri.
Enjin kereta telah pun dimatikan. Perlahan-lahan Pak Bakar keluar dari
kereta. Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Seekor anak
kucing comot menghampirinya. Kesian pula melihat anak kucing itu
berkeliaran begitu sahaja.
“Meow....” Anak kucing comot itu berbunyi manja. Pak Bakar tidak jadi
melangkah kaki. Serba salah jadinya apabila anak kucing itu cuba
bermanja-manja dengannya. Ahh... biarkan sahajalah. Apa yang penting dia
harus menuju ke pasar ikan dengan segera.
Share this novel