Setelah Abu beredar dari situ. Na O Mei bingkas bangun. Air dalam bekas
diminumnya. Agaknya tadi Abu bertanya khabar sahaja. Dah makan ke.. dah
minum... Eyza dan Nurhalis yang memerhatikan dari jauh membuat andaian.
Pak Bakar dan Mak Teja tergelak sama.
Pernah suatu hari ketika Na O Mei dimandikan oleh Pak Bakar di luar
rumah. Apalagi kucing jantan lain sibuk meninjau Na O Mei. Ketika itu
Abu ada di laman rumah. Abu yang bersifat penyanyang dan perihatin
segera mempertahankan Na O Mei. Kucing jantan lain yang memrhatikan Na O
Mei segera diusir. Akibatnya berkeliaranlah kucing-kucing jiran tersebut.
Cerita Pak Bakar dan Mak Teja itu membuatkan Eyza dan Nurhalis ketawa.
Baik juga Abu kepada Na O Mei. Pelindung sejatilah katakan.
Namun ada sesuatu yang amat menyedihkan telah berlaku. Seperti kucing
jantan lain apabila menginjak kedewasaan. Abu juga tidak terlepas
mempunyai sikap yang sama sep[erti kucing-kucing yang lain. Dia suka
merayau namun kebaikkannya Abu akan tetap pulang ke rumah juga tepat
pada masanya.
Pada suatu hari itu. Ketika itu Abu berjalan sekitar rumah jiran di
bahagian block rumah paling belakang. Kisah sedih itu bermula di sana.
Kasihan Abu orang yang tidak berhati perut itu telah menyimbah Abu
dengan air panas. Badannya melecur separuh badan. Sedihnya.
Mak Teja apabila mendapat cerita dari jiran sebelah rumah yang lain
berasa sangat sedih. Patutlah Abu tidak pulang ke rumah beberapa hari
ini. Kejam betul jiran tersebut. Tidak berhati perut langsung.
Pak Bakar yang mendapat tahu semua itu mencari Abu bersungguh-sungguh.
Namun gagal menemuinya.
Mengikut cerita Abu di tuduh mencuri oleh jiran tersebut. Sedangkan yang
sebenarnya bukan Abu yang mencuri masuk ke dalam rumah jiran tersebut.
Ketika itu Abu hanya merayau sekeliling tempat berkenaan mengintai
kucing betina lain.
Mak Teja yang berasa sedih merasa sesal dengan kejadian tersebut. Sampai
hati jiran tersebut bersikap kejam sedemikian. Sesungguhnya berdosa
besar berbuat kejahatan terhadap binatang apalagi kucing. Semoga mereka
yang bersifat kejam tersebut mendapat balasannya. Abu yang ditemui
kembali kelihatannya menderita kesakitan. Bagaikan menitis air mata Pak
Bakar dan Mak Teja mengenangkan semua yang terjadi.
Badan Abu yang melecur teruk terkena air panas dirawat oleh Mak Inah
dengan sebaiknya. Hampir seminggu Abu tidak dibenarkan keluar rumah.
Jikalau keluar sekalipun hanya disuruh berkeliaran di halaman rumah.
Eyza dan Nurhalis apabila mengetahui perkara tersebut juga berasa marah
yang amat sangat dalam hati. Mereka adik beradik merasa sedih akan
kejadian tersebut. Kejamnya jiran tersebut. Semoga mereka insaf dan
menerima balasan yang setimpal. Berdosa pada binatang pastinya akan
mendapt balasan yang setimpal.
Beberapa bulan kemudiannya meskipun Abu telah sembuh semula. Namun
sejak dari itu kesihatan Abu turut terjejas. Akhirnya pada suatu hari
Abu ditemui mati di dalam parit. Kesian Abu . Dia menderita kesakitan.
Kulitnya juga berkudis. Pak Bakar dan Mak Teja menangis lagi mengenangkan
semua yang terjadi. Merasa kesal dengan sikap sesetengah manusia yang
tidak berhati perut.
Share this novel